Cerita asal: Ustaz Haron Ibrahim
Gambar hiasan
Hati saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.
Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami.
Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang ke bawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan.
Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an tahun itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk
Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.