Saturday, February 19, 2011

Kisah ustaz dan penggali kubur diganggu iblis menyerupai mayat

Cerita asal: Ustaz Haron Ibrahim

http://pakarhowto.com/wp-content/uploads/2010/05/jenazah.jpg
Gambar hiasan

Hati saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.

Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami.

Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang ke bawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan.

Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an tahun itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk

Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.

Pengakuan bekas Pembantu Menteri KDN Mesir, Mubarak arah tembak demostran


Kita di Malaysia setiap hari disajikan oleh penafian Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir terhadap banyak isu. Mahathir nafi arah tangkapan ISA semasa operasi Lalang. Sedangkan, beliau adalah Menteri KDN pada masa itu.

Penafian beliau disokong pula oleh bekas Ketua Polis Hanif Omar. Kenapa mereka berani bercakap tidak benar? kerana regim Umno BN masih belum jatuh, kuasa masih ditangan mereka dan kumpulan mereka.

Jika , rakyat hendak tahu kebenaran sebenar semua peristiwa yang berlaku. Kena jatuhkan regim Umno BN dahulu, barulah segalanya terbongkar.

Lihat apa yang berlaku di Mesir selepas regim Mubarak jatuh, pengakuan demi pengakuan dibuat dan rakyat Mesir sedang menyaksikan bahawa selama ini mereka dibohongi, digula-gulakan oleh regim Mubarak. Baca pengakuan terbaru bekas Pembantu Menteri KDN Mesir....

Friday, February 18, 2011

10 kereta terkecil di dunia



ElBil Norge Buddy Cab

1. ElBil Norge Buddy Cab

ElBil merupakan kereta elektrik Norwegia. Ini merupakan model generasi keenam yang disebut Kewet. ElBil dikembangkan pertama kalinya pada 1991. Selama lima generasi pertama, lebih dari 1000 kendaraan elektrik yang diproduksi, dijual di 18 negara.

Lumeneo Smera

Perkembangan 10 negara yang berhadapan dengan protes rakyat selepas Tunisia dan Mesir

http://mediajurnalindonesia.com/wp-content/uploads/2011/02/demo-mesir-berlanjut.jpg

Aksi demonstrasi dan revolusi menentang pemerintahan yang terjadi di Timur Tengah ternyata tidak hanya terjadi di Tunisia maupun Mesir. Aksi menuntut adanya revolusi ini juga telah menjalar di beberapa negara lain yang berada di Timur Tengah dan juga merebakke Afrika Utara. Berikut merupakan negara-negara yang sedang mengalami protes rakyat menuntut adanya perubahan dalam pemerintahan. 
 
1. Aljeria

Pemerintah Aljeria menyatakan akan segera menghapuskan Undang-undang Darurat yang telah dilaksanakan selama 20 tahun. Tindakan itu diambil setelah terjadi aksi demonstrasi yang menginginkan perubahan kekuasaan. Dalam aksi tersebut terjadi pertempuran antara pendemo dengan polis.

2. Bahrain

Aksi protes di negara Teluk Parsi, Bahrain menyebabkan kematian seorang pendemo dan tiga orang polisi kritis. Demonstrasi itu menuntut reformasi politik, perubahan hak berpolitik, menghormati hak asasi, dan menghentikan diskriminasi sistem pada Syiah. Aksi itu awalnya berlangsung aman hingga polis kemudian berusaha menyuraikan dengan menggunakan peluru getah dan menyembor gas berasid.

Thursday, February 17, 2011

Strategi binatang hidup di gurun

Binatang gurun telah berkembang biak untuk mengatasi panas serta kekeringan hebat yang berada ldisekelilingnya.Permukaan gurun, suhu siang dan malam hari berubah sangat drastik. Bagaimana binatang ini mengatasi kepanasan gurun?


Unta Dromedari

Dromedari, anggota suku unta, sanggup menahan perubahan suhu tubuh yang lebih besar daripada kebanyakan binatang berdarah panas lainnya; suhu tubuhnya dapat berkisar antara 34-41 darjah C. Suhunya turun sangat drastik pada malam hari, unta tersebut tetap merasa dingin untuk jangka waktu yang lebih lama pada siang hari berikutnya. Dengan demikian, wap air yang hilang melalui perpeluhan unta hanya sedikit.

 
Kadal Gurun

Sepanjang siang hari, kadal gurun menggali lubang dengan kakinya yang berjumbai. Lubang di bawah permukaan relatif dingin. Penutup di atas mata dan lubang hidungnya menahan butir-butir pasir.

Wednesday, February 16, 2011

Kisah pelaut bertaubat di Segi Tiga Bermuda

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiReAHGrExStkeRs0WIC7PU2OIxpBbP-FpYNXf2ggSywk8xQATtrJan09ioPx2HQ23YHn7Y9yz0lIZQp0619AeWp5BDC1Z1G-yp0hWPLg5fd0B0huyN5JEWVQZjPfFYUj4JcMel9rgFxdg/s1600/10.jpg

Kisah benar diceritakan dalam buku ini bertajuk - Pelaut Menemui Tuhan di Segitiga Bermuda ( Golden Trianggle ). Kisah ini amat penting untuk dipanjangkan berbanding tajuk-tajuk motivasi yang lain dalam buku ini.Bacalah...

Seorang Hamba Allah yang tidak disebutkan namanya dalam buku tersebut, cukuplah sekadar saya namakanya A sahaja. A bertugas dengan sebuah syarikat perkapalan.

Beliau berbangsa Melayu, Beragama Islam dan berasal dari Malaysia. Bapanya seorang guru agama, tetapi sejak kecil A tidak mendapat pendidikan agama akibat bersekolah di asrama penuh sehinggalah menjawat jawatan dalam syarikat perkapalan tersebut.

Beliau bertugas dan belayar keseluruh dunia dalam sesuai bidangnya menjadi pelayar profesional.

Bukti-bukti kajian Bahtera Nabi Nuh di atas Gunung Arafat, Turki

Umat Nabi Nuh A.S yang ditenggelamkan oleh Allah SWT kerana kedurhakaannya seperti diceritakan dalam Al-Qur’an. Bahtera Nabi Nuh A.S dikatakan sudah ditemui melalui bukti-bukti yang dibuat secara ilmiah.

Sejak tahun 1949, sudah ditemui lokasinya dan kemudian dilakukan penggalian oleh penelitian pasukan antropologi yang diketuai oleh Prof. Ron Wyatt di Turki sejak tahun 1977. Ini adalah sebagian foto-fotonya. ENJOY IT!! (Moef)
______________________________
1. Awal Penemuan

Pemerhatian awal oleh Angkatan Udara AS pada tahun 1949 tentang adanya benda aneh di atas Gunung Ararat-Turki, dengan ketinggian 14.000 feet (sekitar 4.600 meter).

Kemudian, pada awal tahun 1960, berita dalam Life Magazine: Pesawat Tentara Nasional Turki telah mengambil gambar sebuah benda mirip perahu di puncak gunung Ararat yang panjangnya 500 kaki (150 meter) yang dipercayai perahu Nabi Nuh AS (The Noah’s Ark)

 

Tuesday, February 15, 2011

Kisah seksaan kubur terhadap perempuan bakhil

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0IClF44rFNCWauHiVd1Z1mtae6XDh3VQe8hu1ljFsZYB4ep9LA49ZLbJUKSJa3TiCsjYRj_6KP9I6HT-7AuYhL6poSnA-0VzZYyJW-mUcR0eUI54tSpf19wjHO5Tk2lLBpcvTpowt-YVh/s1600/syukur+nikmat.jpg

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya di sorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan ditanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku didalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat diitangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Kisah ulat merah berkata-kata

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKWTBNnlEK4f2qQCSWB2qfVkmtVQsv0eHh3U__n4dZiiPzwZsAb68zQZBx79CnIKx-nhfkXOZbO2APpmtnepf2xmokCQXt8BsiJEZ9s1r2ZZ1TaNEsoInv7MuC4gVd7JevQu6fuSjt798/s400/ulat+gonggok.jpg
Gambar hiasan

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s. sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah s.w.t. dengan ulat ini?"


Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah s.w.t. pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata.


Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. "Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t. telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah s.w.t. mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Budak 4 tahun boleh kuasai 13 bahasa


Anak kecil dari India ini bernama Shalini berusia empat tahun tapi walaupun kecil dia tidak seperti anak kecil pada umumnya, dia memiliki kemampuan yang luar biasa dia boleh menulis dengan kedua tangannya sekaligus.

Kemampuan semacam ini dinamakan mirror writting, dan yang lebih hebat lagi adalah dia boleh menulis huruf dalam 13 bahasa yaitu: kanada, Inggeris, Hindi, Tamil, Malayalam, Telugu, Gujarati, Assamese, Punjabi,Oriya, Tulu, Urdu dan huruf Bengali.

Dia adalah anak dari pasangan Latha dan Manjunath. Menurut Manjunath, anaknya tersebut sangat suka menulis sejak dua tahun yang lalu.

Monday, February 14, 2011

Tulahan : Tabung buluh -Jangan hanya sekerat jalan

Salam,

Apabila membaca berita PAS akan lancarkan Tabung Buluh sebagai salah satu usaha ahli PAS membantu menambah sumber kewangan parti, penulis teringat usaha Lujnah Kebajikan kawasan penulis buat tabung syiling untuk tambah dana kebajikan.

Pada masa lujnah kebajikan baru nak mula cari dana kebajikan untuk bantu rakyat. Lujnah berikan 5 buah tabung berkenaan setiap cawangan. Lima Ajk cawangan akan ambil tabung itu dan masukkan 10 sen setiap hari.

Selepas 6 bulan tabung itu dibuka, dikira bersama kemudian dibahagikan kepada lujnah dan cawangan. Enam bulan seterusnya, digilirkan ajk cawangan lain pula akan menabung.

Bukan hanya ajk cawangan , ajk kawasan , pemuda dan muslimat semua diberi satu tabung syiling. Pada peringkat awal dapatlah sikit dana lujnah kebajikan untuk memulakan kerja-kerja kebajikan. Selain tu, lujnah juga buat kempen kutip duit satu sen dari ahli di cawangan.

Penulis masih ingat, selepas sahaja dikumpul duit syiling dan satu sen buat pertama kali. Berlaku kebakaran sebuah rumah orang Umno dalam kawasan. Duit syiling itulah yang ditukar dan diserah untuk bantu mangsa kebakaran.

Kisah mayat keluar darah tidak berhenti

http://jalanakhirat.files.wordpress.com/2010/03/4-api-di-dalam-kubur-yang-dipadam-dengan-4-amalan.jpg?w=816

Diceritakan oleh Ustaz Nahrawi Marzoki

PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa.... tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.

Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?


Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. 
 
Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja...

Mayat bangun dari kubur

 http://3.bp.blogspot.com/__1h2ZBViHb8/R6STNBv4RnI/AAAAAAAAADE/u0YclpQljWU/s1600/SG03_051105_KUBUR.jpg

Jika Nauf boleh menghidupkan kuda milik Birdlaun milik Raja Faris atas izin Allah, maka Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati atas izin Allah juga. 

Itulah mukjizat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya untuk menunjukkan kebesarannya.

Tapi dasar orang kafir, walaupun Nabi Isa boleh menunjukkan mukjizat menghidupkan orang yang sudah mati, mereka masih menyangkalnya. 

Sunday, February 13, 2011

Jenazah berubah menjadi babi hutan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEJcitKVyf6MhwMIFWanDcuTKXVo-5kiapS4MNY9ofmHI6wJyyW9VorSajMm-RFBVRLJk10c9nVujfghAE6caMswZzLyAbRy_WScCg1pb-MDHDz3sSHXwrtzFlCzEoXaovvsy05NCOCyI/s1600/sinchan_siapa_belum_sholat.JPG

Seorang anak mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah s.a.w. yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah s.a.w.

"Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.

Kisah pakar bedah Perancis memeluk Islam

http://www.izoblog.com/wp-content/store/islam-itu-indah.jpg

Ada diantara kita yang menolak Islam dan dengan jelas menghina hukum yang Allah telah tetapkan. Bukan sahaja rakyat biasa, malah ada pemerintah yang menghina Islam dengan jelasnya. Satu perkara yang sangat menyedihkan dan semoga tiap-taip yang dilakukan itu akan mendapat balasannya.

Hudud satu perkara wajib dilaksanakan. Kenapa masih takut untuk dibuat? Bagi aried, hanya mereka yang mencuri takut dilaksanakan hukum ini kerana tangan mereka akan dipotong. Jadi, jika benar tidak pernah mencuri, kenapa hendak takut? Pelik… Pasti anda juga pelik bukan?

Jauh benar beza antara pemikiran mereka dengan cendekiawan barat yang masuk islam selepas mengkaji mumia firaun yang berusia ribuan tahun lamanya. Ya, satu pendedahan yang amat hebat sekali!

Dia Peluk Islam Kerana Melihat Kebenaran Al-Quran Mengenai Fir’aun

Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.