Kita di Malaysia setiap hari disajikan oleh penafian Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir terhadap banyak isu. Mahathir nafi arah tangkapan ISA semasa operasi Lalang. Sedangkan, beliau adalah Menteri KDN pada masa itu.
Penafian beliau disokong pula oleh bekas Ketua Polis Hanif Omar. Kenapa mereka berani bercakap tidak benar? kerana regim Umno BN masih belum jatuh, kuasa masih ditangan mereka dan kumpulan mereka.
Jika , rakyat hendak tahu kebenaran sebenar semua peristiwa yang berlaku. Kena jatuhkan regim Umno BN dahulu, barulah segalanya terbongkar.
Lihat apa yang berlaku di Mesir selepas regim Mubarak jatuh, pengakuan demi pengakuan dibuat dan rakyat Mesir sedang menyaksikan bahawa selama ini mereka dibohongi, digula-gulakan oleh regim Mubarak. Baca pengakuan terbaru bekas Pembantu Menteri KDN Mesir....
Mayjen Mansour Eisawy bekas Pembantu Menteri Dalam Negeri Mesir membuat pengakuan bahawa keputusan untuk menembak para demonstran bukan keputusan Habib Adly sebagai Menteri Dalam Negeri sahaja, tapi keputusan ini diambil dari perintah yang dikeluarkan oleh Presiden Mesir Hosni Mubarak.
Dalam sebuah acara dialog di saluran televisi Mesir, Eisawy menyatakan:
"Pandangan Menteri Dalam Negeri adalah tidak untuk menembak para demonstran, tetapi adanya perintah resmi dari panglima tertinggi yaitu mantan Presiden Mubarak."
Eisawy mengatakan juga bahawa keputusan untuk menarik polisi dari jalan-jalan ibukota, muncul setelah adanya percakapan telefon langsung antara Mubarak dan Habib Al-Adly.
Pada sumber lain, sumber rasmi mengatakan pihak tentera menyatakan bahawa darah para pejuang revolusi 25 Januari tidak akan terbuang sia-sia.
Sumber itu mengatakan akan membuka siasatan penyebab dan insiden serangan pada Rabu 2 Februari yang menyebabkan banyaknya korban dari pihak demonstran.EraMuslim
bilalah kebenaran di malaysia ni akan terbongkar....
ReplyDelete