Rakyat Ditindas Hanya Disebabkan Keimanan Mereka
Afrika Utara adalah satu lagi kawasan yang dilanda kekacauan selepas berlalunya zaman Turki Uthmaniyyah.
Empayar Turki Uthmaniyyah telah menguasai kawasan Afrika Utara pada abad ke-16 dan telah membina sebuah pentadbiran yang stabil di situ.
Namun demikian, kolonialisme telah memusnahkan kedamaian dan keselamatan di situ, termasuklah pentadbiran Uthmaniyyah.
Proses kolonialisasi di Afrika bermula dengan kemasukan Belanda pada abad ke-17. Portugis, Inggeris dan Perancis kemudian membina empayar mereka di pelbagai wilayah di kawasan tersebut.
Namun demikian, untuk merampas teritori-teritori yang dimiliki oleh Turki Uthmaniyyah di Afrika Utara, mereka terpaksa menunggu sehingga kurun ke-19. Tunisia adalah salah sebuah negara yang telah melalui proses tersebut.
Pertembungan Tunisia dengan dunia Islam berlaku apabila pihak tentera Islam yang dipimpin oleh Abdallah ibnu Abi Sarh melakukan penaklukan pada tahun 648.
Dalam jangka masa yang singkat, negara ini telah menjadi sebuah negara Islam, dan di penghujung abad ke-7, seluruh populasinya adalah terdiri daripada orang-orang Islam.
Selepas itu, para pemerintah telah silih-berganti, tetapi kedamaian dan keselamatan yang sebenar di Tunisia bermula pada tahun 1547 apabila Turki Uthmaniyyah mula memerintah.
Tunisia menjadi wilayah Turki Uthmaniyyah dan ia terus kekal di bawah status tersebut sehinggalah tahun 1881. Berbeza dengan corak pemerintahan diktator yang diamalkan di Barat, Turki Uthmaniyyah diperintah dengan berlandaskan kedamaian dan toleransi, yang mana kedua-duanya adalah ciri-ciri Islam.
Di samping umat Islam Arab yang menjadi populasi majoriti di situ, pelbagai jenis kumpulan-kumpulan agama dan etnik seperti Berbers dan Yahudi, telah hidup dalam keadaan aman damai sewaktu zaman penuh kesejahteraan di Tunisia.
Era aman damai ini berterusan sehinggalah berlakunya penaklukan oleh Perancis pada tahun 1881.
Sejarah Berdarah Kolonialisme Perancis
Sepanjang Habib Bourgiba berkuasa, beliau yang merupakan seorang Freemason atasan, sering meletakkan kepentingan ke atas French High Lodge berbanding umat Islam Tunisia. |
|
Perancis memerintah Tunisia dengan menggunakan gabenor-gabenor yang dipanggil "komissar senior." Seperti juga di Algeria, polisi yang penuh dengan kekejaman pun bermula.
Semua pergerakan dan aktiviti penentangan yang menuntut kemerdekaan telah ditekan sehebat-hebatnya. Para pemimpin pergerakan Islam yang cenderung kepada kemerdekaan, dan juga mereka yang memberikan sokongan, telah ditindas dengan kejam. Ramai di antara mereka yang ditahan dan kemudiannya didera.
Perancis mendapati agak sukar untuk menyekat protes-protes dan juga untuk menghalang pemberontakan rakyat Tunisia yang dilengkapi dengan kesedaran Islam yang kuat.
Seperti mana yang berlaku ke atas negara-negara lain yang sudah dijajah, sebuah kerajaan boneka pasti dibentuk.
Perancis menggunakan Parti Destour, yang mana pada asalnya ditubuhkan untuk mendapatkan kemerdekaan.
Kemudian Perancis melantik seorang lelaki yang boleh dipercayai bagi mengetuai kerajaan boneka itu: Habib Bourgiba.
Pada mulanya, Bourgiba, yang telah mendapat pendidikan di Perancis sejak kecil lagi, telah menurut peraturan-peraturan Islam untuk menarik penyokong-penyokong popular.