Saturday, January 22, 2011

Kisah pengembara Islam yang tiada tandingnya

http://abagond.files.wordpress.com/2010/10/mpibvoya.jpg

Kisah pengembaraan Ibnu Battuta yang luar biasa itu, dirampas dan disembunyikan Kerajaan Perancis semasa menjajah benua Afrika.

”Aku tinggalkan Tangier, kampung halamanku, pada Khamis 2 Rajab 725 H/ 14 Jun 1325 M. Pada masa itu usiaku baru 21 tahun empat bulan. Tujuanku adalah menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci di Makkah dan berziarah ke makam Rasulullah SAW di Madinah,” tulis Ibnu Battuta - pengembara dan penjelajah Muslim terhebat di dunia — membuka pengalaman perjalanan panjangnya dalam buku catatannya, Rihla.

Dengan penuh kesedihan, ia meninggalkan orang tua serta sahabat sahabatnya di Tangier. Tekadnya sudah bulat untuk menunaikan rukun Islam kelima. Perjalanannya menuju ke Baitullah telah membawanya mengembara dan menjelajahi dunia. Seorang diri, dia mengharungi samudera dan menjelajah daratan demi satu tujuan mulia.

Kembalinya Sheikh Rashid al-Ghannushi dinanti rakyat Tunisia










Tidak kurang dari enam hari selepas tindakan pembakaran diri seorang pemuda Tunisia tidak ada seorangpun yang membayangkan pemerintahan 23 tahun Presiden Zine El Abidine Ben Ali akhirnya tumbang akibat demonstrasi rakyat Tunisia.


Mantan Presiden Ben Ali akhirnya terpaksa melarikan diri ke Arab Saudi sebagai ibu dari negara-negara diktator di Timur Tengah.

Ben Ali memilih Arab Saudi setelah negara-negara Barat yang sebelum ini menjadi pelindungnya menolak memberikan suaka politik kepadanya.

Apa yang terjadi di Tunisia tidak pernah dibayangkan oleh rakyat Tunisia.

Namun kegembiraan mereka dapat dilihat dari wajah-wajah mereka yang lalu lalang dan melakukan demonstrasi di jalanan. Akan tetapi suatu perkara yang paling penting adalah substansi gerakan revolusioner rakyat Tunisia dan nasibnya.

Tunisia sebagai persimpangan besar Eropah dan Afrika sebelumnya adalah jajahan Perancis dan dianggap sebagai milik nenek moyang Perancis.

Kisah ulama dan peniaga sayur

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2FE6gJbMrJASpUnvDabaSsxsy0w9DJIMWKbDU_7qG7qws0Sj9HQC5rGljHqEyWCTTayuOLMKW5YFi9lw6gymoDGA7PWPhw4ohd5sb7CNiHpKDIGSwncegylK3bzgArIFX7FJZGHcnx0w/s400/Pasar+Bawah+Bukit+Tinggi.JPG
Ada sebuah kisah menarik yang boleh dibaca dari sebuah buku. Mudah-mudahan boleh memberikan inspirasi tersendiri bagi pembaca.

Pada zaman dulu, di sebuah kampung tinggal seorang ulama. Ulama ini terkenal kerana kebijaksanaannya sehingga sering ditanya dan diminta nasihat oleh orang-orang kampung. Salah seorang penduduk kampung itu adalah seorang peniaga kecil yang setiap hari mengelilingi kampung untuk menjual sayur dengan menggunakan kereta kudanya.

Suatu hari satu-satunya kudanya itu mati mengejut. Dia menjadi kebingungan kerana tidak mempunyai kuda pengganti. Tambahan untuk membeli kuda baru, dia tidak mempunyai wang. Masalahnya bertambah parah kerana sayur-sayurannya menjadi busuk. Dengan sedih dia menemui ulama itu.

Peniaga itu berkata "Ustaz tolonglah saya. Saya sedang mendapat musibah. Satu-satunya kuda, yang merupakan sumber pencarian saya untuk mencari nafkah mati. Bagaimana saya hendak mencari wang untuk anak isteri? Ini adalah musibah yang paling buruk yang menimpa saya".

Friday, January 21, 2011

Mari menjadi pembunuh Wazgah/Cicak/Lizard

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3xiF1s97NpFWfOCGw6n2dnrVdouxo-WxyEzqV4bmOcWHwuFJpzEPl8nkanP-Pn5J7gQaOtKxFvLM7by6zCf7RxYvp4ytdsj9j_l7R4FCVj8JJp3IdwiPFCtuOLzZO8C0FfH_evRA9pyo/s320/images+cicak.jpg

Arab panggil wazgah, orang putih kate lizard...
Hukum makannya: Tentulah haram...
Hukum bunuhnya: Sunat dan Sunnah..
Dalilnya:

1. Ummu Syarik telah berbincang dengan Nabi berkenaan dengan membunuh cicak ini..Nabi menyuruhnya membunuh cicak. (Bukhari dan MUslim)

2. Nabi s.a.w bersabda:

(أقتلوا الوزغة ولو في جوف الكعبة)

Maksudnya: Bunuhlah cicak walaupun dalam ka'bah.(HR Tobrani)

Sebab perlu dibunuh:

Kisah benar dibelit ular sawa ketika sedang berzina

http://3.bp.blogspot.com/_wPXhUnYSKTI/TPJQkwa3OMI/AAAAAAAAJfw/gDu0vmCIvp0/s1600/ularsawa.jpg

Ambillah iktibar dari kisah benar ini..
Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan…………..

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai.

Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.

“Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram,” tegas beliau dengan nada kesal.

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. “Apa yang boleh saya bantu encik?” Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka.

Thursday, January 20, 2011

Kehebatan ayam di China pandai bermain bola



Bukan hanya manusia dan gajah yang suka bermain sepak bola. Di Liaoning, China ada ayam yang dilatih khusus menjadi pemain sepak bola profesional.

Zhang Lijun melatih ayam-ayam ini sejak tahun 2007. Kepandaian ayam-ayam didikannya dalam mengawal bola sebagaimana pemain profesional. Dengan menggunakan sayap dan kaki mereka membawa bola ke arah gawang.

Kisah rakyat Australia bersatu hadapi bencana



MALANG sememangnya tidak berbau. Kadangkala malapetaka mahupun bencana menimpa tanpa diundang kedatangannya. Malah hadirnya juga tanpa memberi sebarang bentuk amaran. Ironinya, banyak perkara di dunia ini yang boleh kita rancang akan tetapi perancangan dari Ilahi mengatasi segala-galanya.
Ini yang berlaku di Australia kini. Kalau mengikut pengiraan musim cuaca, kami di selatan benua dunia, ketika ini sepatutnya mengalami musim panas dan selalunya kepanasan boleh mencecah sehingga lebih dari 40 darjah celcius. Namun, lain pula yang berlaku kali ini. Hujan turun tidak menentu lebatnya. Sehinggakan melebihi sukatan keseluruhan ketika musim sejuk yang lepas.
Akhirnya, sesuatu yang tidak pernah diramal oleh akal fikiran terjadi - bah melanda ketika pertengahan musim kemarau. Banjir kali ini bukan sahaja melanda negeri Queensland seperti mana yang digembar-gemburkan oleh berita dunia, akan tetapi melanda 3 buah negeri yang lain juga.
Secara kasarnya, mengikut pengiraan mudah, di Australia, separuh dari keluasan Eropah telah ditenggelami air.

10 spesis ular langka yang menakjubkan

1. Elephant Trunk Snake (Ular Gading Gajah)


Ular aneh ini banyak ditemukan di Indonesia, meskipun beberapa juga ditemukan di Australia. Ular ini mendapatkan namanya dari kulitnya yang tidak biasa, yang berkerut dan longgar, terlihat tua, dan ukurannya yang super besar. Mereka dapat tumbuh hingga 2,5 meter. 

Ular ini berhabitat di air, dan tak berdaya ketika di darat, mereka tidak bisa meluncur seperti ular lainnya karena mereka tidak memiliki skala yang luas di dalam perutnya. 

Makanan ular ini adalah ikan, termasuk lele dan belut, ular ini memiliki sedikit racun yang tidak mematikan, sehingga mereka menggunakan lilitan untuk membunuh mangsanya. Sisik-sisiknya yang besar dan menonjol adalah adaptasi untuk memegang ikan licin dan melilit mereka di bawah air.

2. Tentacled Snake (Ular berTentakel)


Ular air lain dari Asia Tenggara, ini adalah spesies yang unik, spesies terakhir yang masih hidup dari genus nya. Bagian yang paling terkenal dari ular ini adalah tentakel berdaging aneh di moncongnya. 

Tentakel ini sebenarnya mechanosensors sangat sensitif, yang memungkinkan ular untuk mendeteksi gerakan dalam air dan menyerang setiap ikan malang yang berenang di dekatnya. 

Sifat lainnya yang menarik adalah kecepatan menyerang tentacle dari ular ini sungguh luar biasa, hanya diperlukan 15 milidetik untuk menangkap mangsanya. 

Meskipun ular tentacle berbisa, bisa-nya tidak menimbulkan ancaman bagi manusia. tubuhnya kecil, hanya 90 cm panjang. Sama seperti ular Gading Gajah, dia sepenuhnya di air dan nyaris tidak dapat bergerak di darat.

Wednesday, January 19, 2011

Kisah tiga lelaki diseret masuk neraka

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhH7Co8nJ5Gme2zE9STKPbUgBmRMF8mKWwSotDA3htUA0zmvm0mE6rEHzR21e3U1yMj9ftpXyjEDHVDeT3c1QxQ5VpaWAReiI3Xf4Jhwzd42dYqRJjPo8Id_3iscuUTG8PwuX44CIS0CuQ/s1600/DSC00437.JPG
Gambar hiasan

Apabila membaca tiga kisah yang penulis paparkan kali ini, timbul kebimbangan kerja-kerja kebaikan yang dilakukan selama ini.

Bimbang ada unsur-unsur yang boleh membawa kepada ketidakikhlasan dalam melakukan kebaikan. Allah Maha Mengetahui, maka berserahlah kepadaNya menentukannya.

Sedar atau tidak sedar, ikhlas seseorang itu kadang-kadang boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Contohnya, memberi sumbangan ikhlas tapi ditulis besar-besar nama pemberi sumbangan.

Kita boleh menegur pemberi sumbangan ini sebab boleh dilihat secara jelas tidak ikhlas. Jika nak tulis juga boleh tapi bukan namanya, tapi nama institusi atau persatuan yang diwakilinya.

Contohnya, jika Tenaga Nasional Berhad (TNB) nak bagi sumbangan. Tak perlulah tulis nama Pengurus TNB atas sumbangan , cukuplah tulis nama TNB sahaja (macam dalam gambar hiasan)
Berterima kasihlah jika ditegur kerana dilihat secara jelas tidak ikhlas. Namun , sudah ramai umat Islam yang tak buat kerja bagi sumbangan suruh tulis nama dia kecuali dia ada niat lain.

Apa yang paling ditakuti adalah tidak ikhlas itu manusia tidak nampak jadi tidak ditegur. Memang pada zahirnya manusia tidak nampak , tapi Allah Maha Mengetahui dan inilah yang berlaku dalam tiga kisah ini. Bacalah......

Dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim ada menceritakan keadaan tiga orang lelaki mengenai amalannya yang diadili pada hari pembalasan kelak di hadapan Allah SWT.

Seorang Lelaki yang Mati Syahid

Dia telah dibawa ke muka pengadilan untuk diadili segala amalannya. Kemudian telah diperlihatkan kepadanya segala kenikmatan sebagai ganjaran di atas amalannya.

Tuesday, January 18, 2011

10 spesis ikan tercantik di dunia

1. Mandarinfish

Ada 2 jenis dari spesies ini: Mandarinfish standard dan Psychedelic Mandarin. Mandarinfish standard biasanya memiliki pola dan warna yang lebih cantik dibanding Psychedelic.

Harganya juga lebih tinggi, tapi yang menjadi masalah adalah makanannya. IKan ini cuma makan mikro-invertebrata yang hidup di perbatuan koral.

Bagi membolehkan memeliharanya di akuarium rumah, kita perlu memiliki perbatuan koral yang cukup di dalam akuarium selama sebulan untuk membiarkan ikan ini menyesuaikan diri dengan kawasan barunya.

2. Discus


Ikan ini merupakan spesies ikan air tawar yang mungkin merupakan ikan air tawar yangg paling cantik. Harganya juga sangat mahal.

Tulahan : Cerita blog Bicara Abu Nawas mengingatkan semula peristiwa lama

Salam,

Gambar hiasan

Bila terbaca tajuk 'Ustaz larikan duit PASTI' dalam blog Bicara Abu Nawas (BAN), penulis terus cuba masuk nak baca cerita berkenaan. Namun , masalah blog ini berat sangat perlahan di buka walaupun di negara orang putih ni laju capaian internetnya.

Penulis tak mahu tunggu, jadi tak baca cerita berkenaan. Hari ini ada ceritanya lagi kali ini kaitkan dengan anak Ust. Taib Azamudin pula. Penulis cuba sekali lagi buka blog ini, tunggu lama sikit sebab penulis kurang setuju jika ada orang perburuk nama PASTI.

Bila dapat buka dan baca ceritanya di SINI , penulis teringat peristiwa yang penulis alami pada tahun 2005. Penulis terlibat sebagai AJK PASTI di sebuah taman di kawasan penulis. Anak ke 2 penulis belajar di PASTI berkenaan.

Pada tahun 2004, anak sulung penulis belajar di sebuah PASTI di Pulau Pinang bersempadan dengan Perak. Hujung tahun 2004, PASTI berkenaan ambil gambar baju konvo pelajar PASTI termasuk anak penulis.

Sejarah kezaliman Ben Ali dan Bourgiba di Tunisia



Rakyat Ditindas Hanya Disebabkan Keimanan Mereka
Afrika Utara adalah satu lagi kawasan yang dilanda kekacauan selepas berlalunya zaman Turki Uthmaniyyah.

Empayar Turki Uthmaniyyah telah menguasai kawasan Afrika Utara pada abad ke-16 dan telah membina sebuah pentadbiran yang stabil di situ.

Namun demikian, kolonialisme telah memusnahkan kedamaian dan keselamatan di situ, termasuklah pentadbiran Uthmaniyyah.

Proses kolonialisasi di Afrika bermula dengan kemasukan Belanda pada abad ke-17. Portugis, Inggeris dan Perancis kemudian membina empayar mereka di pelbagai wilayah di ka­wa­san tersebut.

Namun demikian, untuk me­rampas teritori-teritori yang dimiliki oleh Turki Uthmaniyyah di Afrika Utara, mereka terpaksa menunggu sehingga kurun ke-19. Tunisia adalah salah sebuah negara yang telah melalui proses tersebut.

Pertembungan Tunisia dengan dunia Islam berlaku apabila pihak tentera Islam yang dipimpin oleh Abdallah ibnu Abi Sarh melaku­kan penaklukan pada tahun 648.

Dalam jangka masa yang singkat, negara ini telah menjadi sebuah negara Islam, dan di penghujung abad ke-7, seluruh populasinya adalah terdiri dari­pada orang-orang Islam.

Selepas itu, para pemerintah telah silih-berganti, tetapi ke­damaian dan keselamatan yang sebenar di Tunisia bermula pada tahun 1547 apabila Turki Uthmaniyyah mula memerintah.

Tunisia menjadi wilayah Turki Uthma­niyyah dan ia terus kekal di bawah status tersebut se­hinggalah tahun 1881. Berbeza dengan corak pe­me­rintahan dik­ta­tor yang diamalkan di Barat, Turki Uthmaniyyah diperintah dengan berlandaskan kedamaian dan toleransi, yang mana kedua-duanya adalah ciri-ciri Islam.

Di samping umat Islam Arab yang menjadi po­pulasi majoriti di situ, pelbagai jenis kumpulan-kum­pu­lan agama dan etnik seperti Berbers dan Yahudi, telah hidup dalam keadaan aman damai se­waktu zaman penuh ke­se­jah­teraan di Tunisia.

Era aman damai ini ber­terusan sehinggalah berlakunya penaklukan oleh Perancis pada tahun 1881.

Sejarah Berdarah Kolonialisme Perancis


Sepanjang Habib Bourgiba berkuasa, beliau yang merupakan seorang Freemason atasan, sering meletakkan kepentingan ke atas French High Lodge berbanding umat Islam Tunisia.
Perancis memerintah Tunisia dengan menggunakan gabenor-gabenor yang dipanggil "komissar senior." Seperti juga di Algeria, polisi yang penuh dengan kekejaman pun bermula.

Semua pergerakan dan aktiviti penentangan yang menuntut kemerdekaan telah ditekan sehebat-hebatnya. Para pemimpin pergerakan Islam yang cenderung kepada kemerdekaan, dan juga mereka yang memberikan sokongan, telah ditindas dengan kejam. Ramai di antara mereka yang ditahan dan kemudiannya didera.

Perancis mendapati agak sukar untuk menyekat protes-protes dan juga untuk menghalang pemberontakan rakyat Tunisia yang dilengkapi dengan kesedaran Islam yang kuat.

Seperti mana yang berlaku ke atas negara-negara lain yang sudah dijajah, sebuah kerajaan boneka pasti dibentuk.

Perancis menggunakan Parti Destour, yang mana pada asalnya ditubuhkan untuk mendapatkan kemerdekaan.

Kemudian Perancis melantik seorang lelaki yang boleh dipercayai bagi mengetuai kerajaan boneka itu: Habib Bourgiba.

Pada mulanya, Bourgiba, yang telah mendapat pendidikan di Perancis sejak kecil lagi, telah menurut peraturan-peraturan Islam untuk menarik penyokong-penyokong popular.

Monday, January 17, 2011

Manusia kerdil dalam cerita Guliver memang wujud ?

Dalam kisah perjalanan Guliver, cerita yang paling menarik mungkin adalah tentang pengalaman Guliver di negeri Liliput dan di negeri manusia raksasa.

Semasa di negeri Liliput, semua manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan benda lainnya hanya berukuran 1/12-nya ukuran manusia normal.

Sedangkan di negeri manusia raksasa sebaliknya, semuanya berukuran 12 kali ganda besarnya. Kini nampaknya, semua itu bukan merupakan dongeng belaka.

Ketika Doktor Frans dari Universiti Berlin sedang menyelidiki gua yang berada di sekitar Mexico tengah, tergali sejumlah benda yang aneh.

Awalnya ditemui sebuah gambar yang aneh di atas permukaan tanah, lalu ia mencuba menggali lebih dalam.

Sunday, January 16, 2011

10 orang manusia tertinggi di dunia sepanjang sejarah

1.Robert Wadlow,8' 11.1?


Robert Wadlow adalah manusia raksasa tertinggi dalam sejarah. Beliau sering disebut sebagai Alton raksasa kerana berasal dari Alton, Illinois.

Pada masa kematiannya ditimbang beratnya 440 paun dan tidak menunjukkan tanda-tanda berhenti berkembang.

Beliau lahir tahun 1918, anak sulong dari lima bersaudara. Beliau meninggal dunia pada usia 22 tahun akibat infeksi yang disebabkan oleh melecet pada buku lali.

Kerandanya ditimbang berat setengah ton dan 12 pallbearers diperlukan untuk dibuat. Dia telah disemadikan dalam sebuah kubah solid beton, keluarganya bimbang takut tubuhnya akan diintervensi akibat perasaan ingin tahu para pencari berita.


2.Johan Aason,8' 9-1/4?


Johan dilahirkan di Amerika setelah beberapa tahun ibunya berpindah dari Norwegia. Menariknya ibunya juga mempunyai ketinggian badan 7'2 ".

Menurut sijil kematiannya dari hospital Mendocino , pada masa meninggal dunia tercatat tinggi badannya 9'2 "- jika sijil ini benar, maka beliau adalah manusia paling tinggi di dunia sepanjang sejarah. Dia disemadikan di Montana.


Binatang berbisa di dunia

Lihat gambar gambar diartikel ini, di bawah ini penjelasan sedikit tentang biografi para binatang pencabut nyawa ini.

Stonefish

Ikan batu yang wujudnya seperti ikan biasa dengan panjang hanya lebih kurang 30 cm , bersembunyi di dasar laut atau di bawah terumbu karang, dirinya menyerupai sebuah batu yang tidak menarik perhatian.

Jika anda berdiri di sisinya, ia akan tetap diam tidak bergerak, sehingga anda tidak melihatnya. Jika tidak hati-hati dan menyentuhnya, maka tidak dimaaf lagi ia akan segera menyerang balik dan menyemburkan racunnya yang boleh membawa maut.

Sebanyak 12-14 batang duri yang tajam seperti jarum di atas punggungnya itu boleh dengan mudah menembusi kasut anda dan tembus ke telapak kaki, sehingga dengan cepat anda mengalami keracunan, dan terus merasakan sakit yang teruk sehingga anda menemui ajal.

Video : Dialog bloggers dengan MB dan Exco Kerajaan Kelantan



Salam,

Walaupun penulis tak hadir ke majlis ini, tapi penulis gembira dengan usaha kerajaan Kelantan meraikan para blogger. Harap ada lagi majlis meraikan bloggers dibuat oleh pimpinan PR, biar tak kerap tapi tak putus supaya blogger yang sukarela ini rasa dihargai.

Jadi blogger bukan dapat duit pun, cuma nak tolong pimpinan dan kerajaan PR. Sekali sekala pimpinan dan kerajaan PR hargai sama peranan para blogger.

Blogger pula dengar la pesan Tok Guru, nak tahu lagi pasal majlis ini baca berita di bawah ;


KUALA LUMPUR, 15 Jan: Majlis Ramah Mesra dan dialog YAB Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Abdul Aziz bersama para bloggers telah berjaya dilangsungkan di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.


Kesibukan dan keletihan beliau kerana terlibat dengan program di Terengganu pada sebelah siang tidak menghalangnya hadir bersama.