Tuesday, January 18, 2011

Tulahan : Cerita blog Bicara Abu Nawas mengingatkan semula peristiwa lama

Salam,

Gambar hiasan

Bila terbaca tajuk 'Ustaz larikan duit PASTI' dalam blog Bicara Abu Nawas (BAN), penulis terus cuba masuk nak baca cerita berkenaan. Namun , masalah blog ini berat sangat perlahan di buka walaupun di negara orang putih ni laju capaian internetnya.

Penulis tak mahu tunggu, jadi tak baca cerita berkenaan. Hari ini ada ceritanya lagi kali ini kaitkan dengan anak Ust. Taib Azamudin pula. Penulis cuba sekali lagi buka blog ini, tunggu lama sikit sebab penulis kurang setuju jika ada orang perburuk nama PASTI.

Bila dapat buka dan baca ceritanya di SINI , penulis teringat peristiwa yang penulis alami pada tahun 2005. Penulis terlibat sebagai AJK PASTI di sebuah taman di kawasan penulis. Anak ke 2 penulis belajar di PASTI berkenaan.

Pada tahun 2004, anak sulung penulis belajar di sebuah PASTI di Pulau Pinang bersempadan dengan Perak. Hujung tahun 2004, PASTI berkenaan ambil gambar baju konvo pelajar PASTI termasuk anak penulis.

Bila hampir tamat sekolah, gambar di beri dan memang cantik siap dengan bingkai gambar. Sampai sekarang , penulis simpan gambar tu.

Hajat penulis untuk buat perkara yang sama dengan PASTI anak ke 2 penulis. Penulis cadang kepada cikgu-cikgu PASTI di situ dan mereka bersetuju.

Jadi pada hujung tahun 2005, penulis berhubung dengan seorang cikgu PASTI di Pulau Pinang untuk pangil jurugambar yang sama ambil gambar konvo pelajar PASTI.

Cikgu PASTI berkenaan bagi no telefon Mamat jurugambar (penulis tak ingat namanya) dan penulis berhubung dengannya. Mamat ini cakap bayarannya RM 25 untuk seorang pelajar. Penulis setuju dan bagi tahu kepada cikgu PASTI untuk buat surat kutip dari ibu bapa pelajar 6 tahun.

Penulis masih ingat ramai pelajar yang mahu ambil gambar konvo tu. Kutipannya semua lebih RM 1200 , mungkin lebih 40 pelajar. Cikgu PASTI simpan duit tu.

Sampai masanya, Mamat jurukamera ni datang ke PASTI untuk ambil gambar. Peralatan kamera memang ada gaya jurukamera pro. Pelajar PASTI sorang - sorang ambil gambar pakai baju konvo, senyum semuanya terbayang gambar yang akan dapat nanti. Habis sekali , ambil gambar ramai-ramai pelajar dan cikgu mereka.

Penulis bagi kepada Mamat jurukamera lebih RM 600 separuh dari jumlah bayaran. Penulis bagi tahu bila siap semua bagi gambar penulis akan beri separuh lagi. Mamat ni tak kata apa, terima ja duit tu.

Mamat ini nampak cakap baik je, sopan santun la. Masa tu tak rasa, Mamat ini akan buat hal. Bila dah hampir nak tamat sekolah, penulis hubungi Mamat ni tanya bila nak hantar gambar, dia kata tak siap lagi. Tunggu seminggu tanya lagi, dia kata tak siap lagi.

Selepas tu, telefon lagi jawapan yang sama tak siap lagi. Penulis kata dah dekat nak cuti sekolah, tak kan tak siap lagi. Dia bagi alasan tak sempat siap, penulis kata kena siap juga. Lepas tu penulis telefon dia mula tak angkat, kalau angkat pun orang lain yang angkat.

Penulis hubungi cikgu PASTI di Pulau Pinang minta dia tolong hubungi Mamat ini, cikgu tu bagi tahu PASTI mereka pun tak dapat gambar lagi. Sampai la dua hari nak cuti , akhirnya penulis bagi tahu kepada cikgu PASTI gambar tak siap jadi kena bagi duit balik duit kepada ibu bapa.

Memandangkan penulis yang cadang, maka penulis ambil tangunggjawab guna duit penulis untuk tampung duit yang telah diserah kepada Mamat jurukamera. Lepas tu, penulis tak mahu kisah dengan Mamat tu, sampai la baca cerita blog BAN . Penulis teringat balik kepada Mamat ini.

Cumanya, penulis tak mahu tuduh Mamat yang sama dengan Ustaz yang tipu duit pelajar PASTI dalam blog BAN. Sebabnya, Mamat ni tak da janggut panjang macam Ustaz dalam blog BAN. Mamat ni juga tak pakai jubah.

Namun, penulis macam pernah tengok Ustaz dalam blog BAN, pernah dengar nama Kampung Tok Gajah, pernah dengar nama Ustaz tu. Ingat tak ingat adakah nama tu sama dengan nama Mamat tu.

Penulis nak berhubung dengan WebMaster BAN tak de telefon, email tak de, tengok FB tak ada tempat tulis mesej. Jadi penulis tak berani nak pastikan , adakah Ustaz dengan Mamat adalah orang yang sama.

Apabila baca cerita dalam blog BAN, penulis rasa bersalah kerana tidak berbuat sesuatu untuk dedahkan penipuan Mamat tadi. Penulis pada masa tu memang tak mahu besarkan perkara itu, sebab Mamat tu juga orang jamaah jadi macam 'simpan bawah karpet ' la.

Tapi jika Ustaz dalam blog BAN dan Mamat tu adalah orang yang sama , memang penulis akan rasa bersalah. Jika di dedahkan , tentu penipuan ini tidak akan berlaku lagi sehingga menjejaskan nama baik PASTI di mata ibu bapa dan masyarakat.

Penulis harap, Pemuda jamaah Pulau Pinang kena ambil tindakan segera ke atas Ustaz yang menipu seperti diceritakan dalam blog BAN. Ustaz berkenaan akan memalukan jamaah kerana pegang jawatan AJK PASTI peringkat negeri.

Jangan buat macam Umno, bila ada pemimpin buat masalah, menyeleweng, rasuah di biarkan dan 'simpan bawah karpet'. Kesan jangka panjangnya memang buruk.

Penulis tak mahu jamaah melaungkan harapan nak ganti Umno, tapi ganti macam mana. Adakah sama macam Umno, ada pemimpin makan rasuah masih diberi jawatan dalam parti dan kerajaan.

Penulis harap jamaah jangan simpan pemimpin yang bermasalah kerana kononnya nak jaga imej parti. Jika pemimpin itu ada kes seleweng wang parti, seleweng dana kebajikan , jangan dibiarkan pemimpin ini tanpa tindakan.

Jangan sampai jamaah jadi macam Umno. Dah tahu pemimpin makan komisen balak untuk peribadi, bagi hilang dana bencana alam luar negara sehingga puluhan ribu masih diangkat memegang jawatan dalam parti malah masih dipilih menjadi calon pilihanraya. Fikirkanlah......

Wassalam

No comments:

Post a Comment