Tuesday, January 18, 2011

Sejarah kezaliman Ben Ali dan Bourgiba di Tunisia



Rakyat Ditindas Hanya Disebabkan Keimanan Mereka
Afrika Utara adalah satu lagi kawasan yang dilanda kekacauan selepas berlalunya zaman Turki Uthmaniyyah.

Empayar Turki Uthmaniyyah telah menguasai kawasan Afrika Utara pada abad ke-16 dan telah membina sebuah pentadbiran yang stabil di situ.

Namun demikian, kolonialisme telah memusnahkan kedamaian dan keselamatan di situ, termasuklah pentadbiran Uthmaniyyah.

Proses kolonialisasi di Afrika bermula dengan kemasukan Belanda pada abad ke-17. Portugis, Inggeris dan Perancis kemudian membina empayar mereka di pelbagai wilayah di ka­wa­san tersebut.

Namun demikian, untuk me­rampas teritori-teritori yang dimiliki oleh Turki Uthmaniyyah di Afrika Utara, mereka terpaksa menunggu sehingga kurun ke-19. Tunisia adalah salah sebuah negara yang telah melalui proses tersebut.

Pertembungan Tunisia dengan dunia Islam berlaku apabila pihak tentera Islam yang dipimpin oleh Abdallah ibnu Abi Sarh melaku­kan penaklukan pada tahun 648.

Dalam jangka masa yang singkat, negara ini telah menjadi sebuah negara Islam, dan di penghujung abad ke-7, seluruh populasinya adalah terdiri dari­pada orang-orang Islam.

Selepas itu, para pemerintah telah silih-berganti, tetapi ke­damaian dan keselamatan yang sebenar di Tunisia bermula pada tahun 1547 apabila Turki Uthmaniyyah mula memerintah.

Tunisia menjadi wilayah Turki Uthma­niyyah dan ia terus kekal di bawah status tersebut se­hinggalah tahun 1881. Berbeza dengan corak pe­me­rintahan dik­ta­tor yang diamalkan di Barat, Turki Uthmaniyyah diperintah dengan berlandaskan kedamaian dan toleransi, yang mana kedua-duanya adalah ciri-ciri Islam.

Di samping umat Islam Arab yang menjadi po­pulasi majoriti di situ, pelbagai jenis kumpulan-kum­pu­lan agama dan etnik seperti Berbers dan Yahudi, telah hidup dalam keadaan aman damai se­waktu zaman penuh ke­se­jah­teraan di Tunisia.

Era aman damai ini ber­terusan sehinggalah berlakunya penaklukan oleh Perancis pada tahun 1881.

Sejarah Berdarah Kolonialisme Perancis


Sepanjang Habib Bourgiba berkuasa, beliau yang merupakan seorang Freemason atasan, sering meletakkan kepentingan ke atas French High Lodge berbanding umat Islam Tunisia.
Perancis memerintah Tunisia dengan menggunakan gabenor-gabenor yang dipanggil "komissar senior." Seperti juga di Algeria, polisi yang penuh dengan kekejaman pun bermula.

Semua pergerakan dan aktiviti penentangan yang menuntut kemerdekaan telah ditekan sehebat-hebatnya. Para pemimpin pergerakan Islam yang cenderung kepada kemerdekaan, dan juga mereka yang memberikan sokongan, telah ditindas dengan kejam. Ramai di antara mereka yang ditahan dan kemudiannya didera.

Perancis mendapati agak sukar untuk menyekat protes-protes dan juga untuk menghalang pemberontakan rakyat Tunisia yang dilengkapi dengan kesedaran Islam yang kuat.

Seperti mana yang berlaku ke atas negara-negara lain yang sudah dijajah, sebuah kerajaan boneka pasti dibentuk.

Perancis menggunakan Parti Destour, yang mana pada asalnya ditubuhkan untuk mendapatkan kemerdekaan.

Kemudian Perancis melantik seorang lelaki yang boleh dipercayai bagi mengetuai kerajaan boneka itu: Habib Bourgiba.

Pada mulanya, Bourgiba, yang telah mendapat pendidikan di Perancis sejak kecil lagi, telah menurut peraturan-peraturan Islam untuk menarik penyokong-penyokong popular.

Sewaktu zaman mudanya, beliau menentang pentadbiran kolonialis Perancis dan bercadang untuk mendapatkan populariti dengan cara tersebut. Beliau malah telah memasuki penjara selama beberapa kali, dan cuba untuk me­non­jolkan imej sebagai seorang hero popular dengan melarikan diri dari Tunisia ke Kaherah.

Sekembalinya ke Tunisia, beliau cuba untuk mempengaruhi rakyat supaya memberontak tanpa ada sebarang sebab, dengan itu menyediakan peluang kepada campur tangan Perancis yang berdarah.

Apabila pendudukan Perancis berakhir pada 1956, beliau menjadi wakil Perancis di negara tersebut. Apabila Perancis meninggalkan negara tersebut, ia me­ninggalkan kumpulan-kumpulan pen­tadbiran yang sangat setia kepada Peran­cis.

Kumpulan-kumpulan ini adalah sebahagian daripada pentadbiran Bourgiba, dan mereka mempertahankan kepentingan Perancis dan malah sangat kejam kepada penduduk tempatan ber­banding apa yang telah dilakukan oleh Perancis.

Bourgiba yang memiliki kuasa mutlak dan tidak terbatas di negara tersebut pada 1959, kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai "Presiden seumur hidup."

Beliau telah memerintah Tunisia dengan kuasanya sendiri selama 31 tahun, sehinggalah 7 November 1987 apabila beliau disingkirkan oleh Perdana Menteri Zein Al-Abidin. Sebab penyingkirannya adalah kerana beliau dikatakan mempunyai mental yang tidak stabil.

Sepanjang tempoh beliau berkuasa, beliau telah menjadikan Tunisia bergantung kepada Perancis dari segi budaya, ekonomi dan politik. Malah kekayaan Tunisia turut dipindahkan ke Perancis.

Salah satu ciri diktator anti-Islam ini ialah seperti mana kebanyakan tokoh-tokoh lain yang serupa, beliau adalah seorang ahli Freemason senior.36 (Pent: Freemason adalah sebuah pertubuhan yang bencikan Islam. Untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya, anda bolehlah membaca buku Global Freemasonry, yang juga merupakan hasil tulisan Harun Yahya).

Bagi Bourgiba, menjadi ahli Freemason adalah lebih penting dari Islam atau menjadi orang Tunisia. Beliau tidak memberikan keutamaan kepada umat Islam Tunisia, sebaliknya memberikan keutamaan tersebut kepada French Great Lodge.

Beliau telah membuktikannya melalui peperangan yang dilancarkan olehnya terhadap agama Islam di negara tersebut.

Tindakan pertama Bourgiba adalah menukar sistem pendidikan dan undang-undang yang serupa dengan Perancis. Ciri utama sistem tersebut ialah ia dibentuk berdasarkan kebencian terhadap Islam.

Beliau telah menjadikan masjid berada di bawah perhatian yang sangat rapi dan melarang melakukan solat di luar waktu-waktu yang tertentu. Beliau telah menangkap dan mendera dengan kejam umat Islam yang menentang rejimnya kerana mereka mahukan sebuah masyarakat Islam.

Beliau juga telah menutup institusi-institusi pendidikan, bermula dengan Universiti Zaytuna yang menjadi simbol Tunisia selama ini. Zaytuna adalah sebuah pusat yang penting, seperti juga Universiti Al-Azhar di Kaherah, yang menjadikan Islam terus hidup di Afrika Utara dan telah banyak melahirkan tokoh-tokoh agama yang memberikan sebuah sinar kepada masyarakat.

Tekanan dari Bourgiba semakin menjadi-jadi sewaktu bulan Ramadan yang mulia. Ketika itu, beliau telah muncul di kaca televisyen dengan segelas minuman di tangannya dan telah menghalang rakyat dari berpuasa, dengan alasan "ia melembapkan perkembangan negara dan kemajuan pekerjaan."

Malah, beliau mahukan jemaah haji pergi ke Kairawan, iaitu bandar suci Maghribi, dan tidak pergi ke Makkah, kerana perjalanan ke Makkah melibatkan kos yang lebih tinggi.

Pentadbiran Tunisia dengan bodoh mengikut sahaja polisi tersebut yang bertentangan dengan negara-negara Islam yang lain. Tunisia menggantungkan hubungannya dengan Sudan, menyokong Perancis yang menentang Algeria, dan melarang rakyat Tunisia dari melakukan solat untuk rakyat Palestin yang mati syahid, ataupun membincangkan tentang Intifada.

Malah hari ini juga, Tunisia dan Algeria masih melakukan penindasan yang lebih hebat dan lebih kejam terhadap umat Islam yang tinggal di negara-negara tersebut.

Padahal ketika zaman kolonialis, penindasan yang dilakukan adalah tidak sekejam sekarang. Pengalaman umat Islam di kedua-dua negara tersebut mengingatkan kita terhadap metod kekejaman yang dilakukan oleh mereka yang menafikan kebenaran seperti mana yang telah diwahyukan di dalam al-Quran.

Salah satunya adalah pemusnahan kawasan suci bagi menghalang manusia hidup dengan berlandaskan agama yang dianuti. Allah telah memberitahu kedudukan di dunia dan di akhirat bagi mereka yang cuba menghalang manusia dari mengingati Allah:

Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang-orang yang menghalang menyebut nama-nama Allah di dalam masjid-masjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (masjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat seksa yang berat. (Al-Baqarah, 2:114)

Azab pedih yang dijanjikan dalam ayat di atas sedang menanti para pemerintah zalim yang cuba mengahapuskan Islam di tanah airnya sendiri.

Umat Islam mesti sedar tentang hal ini, mem­pertimbangkan keadaan para penindas di akhirat nanti atas segala penganiyaan yang telah dilakukan, dan mengetahui umat Islamlah pada akhirnya yang akan menjadi pemenang.
 
Tiada Perubahan Selepas Bourgiba

Selepas Bourgiba hilang kredibilitinya di Tunisia, Perancis cuba untuk meningkatkan pengaruhnya ke atas negara tersebut dengan melantik Duta Tunisia ke Paris, Hadi Mebruk, sebagai Menteri Luar.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri Zein Al-Abidin Bin Ali menjanjikan kebebasan kepada umat Islam, yang mana mereka telah bertahun-tahun menderita disebabkan oleh penindasan politik sewaktu berada di bawah rejim Bourgiba, sebagai cara untuk memancing hati mereka.

Rejim Bin Ali, yang berjaya menyingkirkan Bourgiba dari tampuk kekuasaannya melalui sebuah rampasan kuasa, telah membebaskan beberapa orang tahanan politik. Mereka yang diusir telah dibenarkan pulang.

Namun apa yang menyedihkan, rejim yang baru itu, yang mana menjadi harapan kepada umat Islam, terbukti tidak berbeza jika dibandingkan dengan pemerintahan Bourgiba.

Bin Ali mula berjanji bahawa beliau akan memulakan proses perubahan di negara tersebut, tetapi setelah berjaya mengukuhkan kekuasaannya, beliau mula mengimplementasikan polisi-polisi menindas yang serupa seperti Bourgiba untuk menekan umat Islam.


KERAJAAN POLIS BIN ALI


Rejim Bin Ali telah menukarkan Tunisia kepada sebuah kerajaan polis sepenuhnya. Terdapat seorang polis bagi 100 orang penduduk. Satu nisbah yang luar biasa.

Rakyat enggan mengkritik kerajaan ataupun meluahkan sensitiviti Islam, walaupun di dalam rumah mereka sendiri. Mereka meneruskan kehidupan di bawah tekanan psikologi yang melampau.
Rejim Bin Ali menganggap segala cara yang digunakan bagi menghancurkan pergerakan keagamaan adalah berjustifikasi.

Bukan hanya NAHDA, tetapi semua pertubuhan-pertubuhan berasaskan Islam telah ditekan dengan teruk. Kira-kira 10,000 umat Islam sedang dipenjara di Tunisia, hidup dalam keadaan yang memilukan.

Segala aktiviti-aktiviti dan publisiti-publisiti keislaman diharamkan. Kesan dari penindasan ini, semua orang cuba mengelak dari membicarakan tentang Islam.
Satu-satunya perkara yang berubah di Tunisia selepas era Bourgiba ialah bertambahnya bilangan polisi-polisi menindas yang telah lama dideritai oleh umat Islam.

Bin Ali lebih dahsyat berbanding Bourgiba, dan tindakan terkininya menjadikan Bourgiba lebih pasif jika perbandingan di antara mereka dibuat.

Pada hari ini, Tunisia masih memiliki struktur antidemokratik di seluruh kawasan tersebut. Ini semua adalah angkara Bin Ali.37 Umat Islam yang mewakili spektrum masyarakat yang luas, sedang menunggu untuk memerintah negara tersebut dengan jalan demokrasi, tanpa membawa sebarang musibah kepada negara-negara Islam lain ataupun rakyat mereka sendiri.

MEREKA CUBA MELENYAPKAN PERGERAKAN ISLAM DI TUNISIA

Pergerakan Islam di Tunisia diwakili oleh Pergerakan Pro-Islam (NAHDA), yang telah diasaskan oleh Profesor Rashid al-Ghannouchi dan Abdul Fattah Moro.
Apabila pergerakan tersebut mula mendapat kekuatan, berlakulah tindakan untuk melemahkannya, dan lebih 100 orang telah ditahan, termasuklah para pemimpinnya.
Pergerakkan tersebut telah dihancurkan dalam masa satu malam. Para pemimpin kemudiannya di bawa ke mahkamah selepas sebulan ditahan, dan telah dihukum bunuh, atau dipenjarakan dari tempoh 20 tahun sehingga seumur hidup.
Ghannouchi yang hidup dalam buangan di London, terlepas dari hukuman mati. Hukuman-hukuman mati telah dijalankan dengan segera. Di samping para pemimpin, ribuan yang lain turut ditahan atas sebab-sebab yang kurang serius.
harunyahya.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...