Salam,
Penulis
telah membuat analisa di semua negeri di semenanjung yang dimenangi BN dalam
PRU 12 kecuali negeri Terengganu.
Analisa pilihanraya
negeri Terengganu tidak sama dengan negeri-negeri lain yang mempunyai pengundi
bercampur. Peratus pengundi Melayu
secara puratanya di negeri Terengganu adalah 85 %, malah banyak kerusi yang mempunyai peratus pengundi Melayu
melebihi 95 %.
Justeru, slogan
‘PAS ganti Umno’ sememangnya sesuai di negeri Terengganu yang menyaksikan
pertembungan sengit antara PAS dan Umno yang mewakili BN.
Hanya dua
kerusi dun yang mempunyai pengundi bukan Melayu yang agak ramai iaitu dun
Bandar yang mempunyai hampir 39 % pengundi bukan Melayu dan dun Cukai yang
mempunyai hampir 15 % pengundi bukan Melayu.
Kedua-dua
kerusi ini masih dimenangi calon BN pada PRU 12 kerana sokongan orang Cina
masih memihak kepada BN.
Namun,
bagi PRU 13, kedua-dua kerusi ini bakal menjadi milik PAS kerana sokongan
pengundi Cina kepada PR sudah melebihi 70 %. Buktinya, undi PAS untuk dun
Bandar dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu sudah melebihi undi BN.
Bagi
melihat potensi PAS dan Umno bagi PRU 13, Keputusan pilihanraya umum yang lalu
perlu dijadikan rujukan. Kawasan kubu PAS dan Umno sebenarnya tidak banyak
berubah jika dilihat keputusan pilihanraya sejak tahun 1982.
PAS
mempunyai peluang besar di empat kawasan
parlimen iaitu Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus dan Dungun. Kerusi-kerusi
dun dalam 4 kawasan parlimen ini silih berganti dimenangi oleh PAS dan BN
setiap kali pilihanraya umum.
Malah ,
jika dilihat kepada keputusan majoritinya juga kecil kecuali kerusi-kerusi yang
sememangnya menjadi kubu kuat PAS dan BN.
Kemenangan
BN dalam PRU 2004 berlaku kerana pertambahan tidak normal undi untuk BN , sedangkan
undi untuk PAS tidak berubah malah lebih daripada undi PAS pada PRU 1999. Mengapa
ini berlaku? Sudah banyak analisa tentang perkara ini.
Pada PRU
2008, tidak berlaku pertambahan lagi pertambahan undi tidak normal ini, namun
pertambahan undi untuk PAS masih belum dapat mengatasi pertambahan undi tak
normal BN pada semasa PRU 2004.
Penulis
menjangkakan pada PRU 13, undi PAS akan dapat mengatasi undi BN di banyak
kerusi yang mempunyai majoriti undi 1500-1600 ke bawah dan mengekalkan kerusi
PAS sedia ada.Kenapa?
1.
Pengundi baru di kalangan anak muda 70% akan memihak kepada PAS walaupun
Umno banyak mendaftar pengundi muda ini .
Perlu diingat , Umno memberi ganjaran kepada anak muda yang mendaftar
mengundi melalui pendaftar Umno
2.
Pengundi luar Terengganu yang dibawa masuk semasa PRU 2004 masih ada
dalam daftar pemilih pada PRU 2008 kerana BN tidak menjangkakan tsunami akan
berlaku. Selepas PRU 2008 , BN di negeri asal pengundi ini juga memerlukan undi pengundi ini.
Oleh itu, urusan pemindahan pengundi dari Terengganu ini sebenarnya
telah berlaku . Pertambahan undi yang besar di Selangor juga berpunca dari
pengundi dari Terengganu yang dipindahkan semula ke Selangor.
3.
Pergolakan Umno Terenganu yang tidak berkesudahan antara kem Ahmad Said
dan kem Idris Jusoh, isu-isu penyelewengan , boros dan tidak telus pentadbiran
Terengganu menyebabkan undi atas pagar akan memihak kepada PAS. Suasana lebih
memihak kepada PAS dalam setiap isu yang timbul di Terengganu .
4.
Wang ehsan sudah tidak mudah diberikan sebagaimana semasa PRU 2008
kerana menjadi perebutan antara dua kem. Berlaku saringan yang ketat sehingga
menyebabkan ramai penerima yang dibuang namanya.
5.
PAS Terengganu di bawah Pesuruhjaya Abdul Wahid Endut dan Jentera
Pilihanraya Terengganu di bawah Ariffin Deraman cukup berperanan menjadi
tonggak dalam mengaktifkan semua PAS Kawasan dan Jentera MTD setiap Dun.
Banyak program bercorak kebajikan dan kemasyarakatan di jalankan secara
berterusan terutama melalui MTD setiap
dun. Kesan gelombang sokongan rakyat boleh
dilihat semasa himpunan ‘PAS ganti Umno’.
Berdasarkan
faktor ini , penulis akan menyorot potensi PAS dan BN di setiap dun mengikut
kawasan parlimen di Terengganu