Saturday, June 30, 2012

Tulahan : Hargai kehendak anak muda, jangan sekat

Salam,
 
Ada beberapa orang pengunjung Facebook jamaah yang meminta penulis sebagai admin menegur pemuda jamaah yang menganjurkan konvoi motorsikal sempena Xpresi Himpunan Anak Muda ke Putrajaya .

Mereka mungkin tak tahu penulis di luar negara.Walaupun di luar negara penulis ikuti perkembangan himpunan ini. Tahu betapa bersungguhnya kerja kuat pemuda jamaah kawasan untuk jayakan aktiviti ini.

Hujah mereka konvoi itu adalah cara Umno, konvoi itu akan menakutkan pengundi kepada jamaah, konvoi itu melalaikan anak muda.

Silaplah mereka berhujah dengan penulis. Penulis tanya mereka , bagi bukti konvoi itu cara Umno . Mereka tak dapat bagi bukti, hanya bagi tahu Umno suka buat.

Penulis bagi tahu mereka, jiwa anak muda bukan sama macam orang tua. Jika mereka suka kepada konvoi , hargailah kehendak mereka selagi mereka dapat berkonvoi dengan berhemah tanpa memudaratkan orang lain.

Pengisian program Xpresi anak muda bukan hanya konvoi, tapi ada aktiviti lain yang bermanfaat . Ada demontrasi silat, taekwando, ceramah dari pimpinan yang banyak beri nasihat yang berguna kepada anak muda.

Bukan senang anak muda boleh berkumpul untuk dengar pimpinan bagi pengisian. Inilah ruangnya, disamping mereka gembira berkonvoi, mereka juga dapat input-input nasihat dan motivasi yang diterapkan pimpinan jamaah.

Berbeza dengan Umno. Selepas berkonvoi mereka dihiburkan dengan artis dengan nyanyian melalaikan.

Jika , jamaah suka mengongkong kehendak anak muda . Mereka akan memberontak, tidak puas hati. Lama kelamaan mereka akan lari aktiviti jamaah.

Penulis ada pengalaman semasa PRU 2004. Pemuda jamaah adakan himpunan 1000 pemuda, memang yang datang lebih 1000 pemuda . Datang dengan motorsikal, berhimpun, baca ikrar dan selepas itu mereka mahu konvoi pusing kawasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...