Saturday, November 13, 2010

Tulahan : Peserta seminar ' PAS sedia ganti Umno ' harap baca

Salam,


Seminar ' PAS sedia ganti Umno' bakal diadakan oleh Lujnah Penerangan Pusat. Tahniah kepada Ust. Idris bersama jawatankuasanya menganjurkan seminar ini.

Penulis amat berharap seminar ini dapat merongkai persoalan yang ditimbulkan oleh Abang Mat Sabu dalam tulisan terbarunya PAS jangan jadi Umno di sini.

Penulis pernah menulis berkaitan tulisan Abang Mat Sabu yang hampir sama bertajuk 'Jangan pemerintah bertukar, amalan rasuah tetap sama'

Namun setakat ini belum ada kenyataan rasmi pimpinan berkaitan persoalan yang dikemukakan oleh Abang Mat Sabu. Abang Mat dalam tulisannya berkata,

"Saya harap PAS tidak mengganti Umno dalam membina kewangan seperti melalui tender runding untuk faedah kewangan individu atau kewangan parti (termasuk) untuk membina bangunan menjalankan perjalanan parti atau membiayai pilihan raya," katanya.

Penulis harap akan ada peserta seminar dapat mengemukakan persoalan ini kepada pembentang kertas kerja atau pimpinan utama jamaah yang hadir supaya pimpinan jamaah semua peringkat dapat menjawab persoalan ini apabila ditanya oleh ahli bawahan.

Lebih memahami baca tulisan lalu penulis di bawah ;

Membaca tulisan Abang Mat Sabu dalam Harakah memberi satu semangat kepada penulis untuk terus bekerja dalam jamaah. Kadang2 lemah semangat apabila mendengar cerita perangai segelintir pemimpin jamaah yang buruk dan tidak selari dengan kepimpinan Islam.

Abang Mat menulis dalam kolum Membedah Demokrasi dengan tajuk 'Jangan pemerintah bertukar, amalan rasuah tetap sama'

Antara tulisannya,

Apakah selepas ini ada pula pemberian tender tertentu sama ada balak, kelulusan tanah, premis perniagaan ada pula peruntukan pada PAS, KeADILan atau DAP untuk parti itu menjalankan kegiatan parti mereka. Apakah perlu ada imbuhan pada PAS sama ada atas meja atau bawah meja untuk bangunan dan pembangunan PAS itu sendiri. Kalau peristiwa rasuah yang berlaku dan amalan Umno-BN diulang semula oleh parti-parti Pakatan Rakyat yang memerintah, maka amalan rasuah akan menjadi routine (pusingan)

Jelas ketegasan Abang Mat menentang amalan rasuah yang menjadi barah kepada Umno-BN malah kalau tidak dibendung akan melanda parti-parti dalam Pakatan yang memerintah negeri.

Penulis harap kenyataan Abang Mat disokong oleh pimpinan jamaah yang lain dan penulis yakin ramai pemimpin jamaah yang mempunyai pandangan yang sama macam Abang Mat.

Namun, jika ada pemimpin jamaah yang ada pandangan lain atau mempunyai pandangan bahawa kenyataan Abang Mat tentang definasi rasuah ini salah. Penulis minta pemimpin jamaah menyanggah kenyataan Abang Mat dengan hujah yang mereka.

Penulis tidak mahu dikalangan pemimpin jamaah mempunyai pandangan berbeza mengenai perkara ini. Kalau ada pandangan berbeza perlu diselesaikan supaya ahli di bawah tidak keliru.

Jika ikut kenyataan Abang Mat ini, imbuhan untuk parti tidak boleh maka tentulah untuk peribadi lagi tak boleh.

Jika ada pemimpin jamaah yang kata boleh ambil untuk peribadi sila sanggah juga kenyataan Abang Mat ini.

Kenapa penulis minta mereka sanggah? kerana dah ada pandangan bahawa duit komisyen tanah, balak, perniagaan untuk peribadi boleh jika digunakan untuk bagi kepada orang miskin, untuk bagi makan rakyat, untuk bantu anak yatim.

Namun, bagi penulis jika pandangan ini diterima. Maka tak salahlah Umno-BN guna cara yang sama semasa mereka memerintah. Maka tak perlulah jamaah berjuang menentang rasuah dalam Umno-BN kerana ada pandangan sebegini.

Jika salah, apa nak jadi dengan pemimpin jamaah yang dah guna duit komisyen tanah, balak, perniagaan diperolehi secara haram untuk bagi kepada orang miskin, untuk bagi makan rakyat, untuk bantu anak yatim.

Penulis akan tunggu pemimpin jamaah sanggah kenyataan Abang Mat. Jika ada..


Wassalam

Tuesday, November 9, 2010

Tulahan : Takut , malu , segan

Salam,

untitled-1.jpg picture by paspb

Takut, malu, segan itulah yang terjadi jika berhadapan dengan stiuasi yang memerlukan kita bersuara menyatakan kebenaran, kebaikan , hak kepada orang lain. Ramai umat Islam mempunyai sifat ini sehingga menyebabkan kegagalan menyatakan kebenaran dan kebaikan malah gagal mendapat hak sebagai seorang Islam.

Penulis pernah menulis mengenai takut, malu , segan ini sebelum ini dalam tajuk ada kuasa tapi tak guna di sini. Kali ini penulis ingin berkongsi tentang apa yang penulis lalui apabila berhadapan dengan stiuasi ini semasa berada di negara orang.

Apabila penulis menghantar anak ke sekolah rendah di sini, dua perkara yang melibatkan kewajipan sebagai seorang Islam yang anak2 penulis perlu dapat. Solat dan menutup aurat.

Sekolah rendah di sini, pelajar lelaki berseluar pendek, pelajar perempuan memakai gaun singkat nampak betis. Oleh kerana takut, malu , segan ini ramai anak-anak orang Islam yang bersekolah di sini mengikut sahaja apa yang anak orang putih pakai.

Anak yang bertudung di negara sendiri, buka tudung pergi ke sekolah. Anak lelaki pakai seluar pendek sama macam anak orang putih. Malah, ada anak perempuan orang Islam yang berseluar pendek.

Bukan tak da yang pakai tudung dan berseluar panjang. Penulis perhatikan ada dua pelajar Islam yang bertudung dari Iran dan Indonesia. Ada pelajar Islam yang berseluar panjang. Kenapa ramai anak orang Islam yang tidak bertudung dan berseluar pendek? kerana ibu bapa mereka takut, malu , segan.

Mereka tidak ada kekuatan, takut orang putih marah la, malu kepada anak orang putih la, takut orang putih pandang serong dan segan nak bertanya hak sendiri.

Bersyukurlah Allah beri kekuatan kepada penulis sekeluarga untuk menyatakan hak sebagai seorang Islam. Apabila berjumpa dengan guru besar dan guru kelas, persoalan kebenaran menutup aurat dan bersolat dikemukakan.

Anak perempuan mohon pakai tudung , seluar panjang dan baju lengan panjang. Anak lelaki mohon berseluar panjang.

Mohon satu sudut dalam kelas untuk anak solat zohor dan minta bawa keluar anak untuk solat Jumaat kemudian hantar balik ke sekolah.

Langsung tidak ada bantahan dari guru besar dan guru kelas , semua yang diminta diterima dengan baik. Masyarakat di sini menghormati kebebasan individu dan menghormati amalan agama. Malah selepas tiga hari bersekolah, pihak sekolah telah menyediakan satu bilik khas untuk kegunaan pelbagai bangsa melaksanakan amalan agama. Setiap hari anak penulis bersolat di bilik itu.

Menurut guru besar dan guru kelas, itulah pertama kali ada orang Islam yang minta solat zohor. Mereka gembira kerana berjaya menunaikan hak kepada agama lain. Keluar dalam berita dan web sekolah bahawa sekolah ada menyediakan bilik berkenaan untuk kegunaan pelbagai bangsa dan diberi kepada semua ibu bapa.

Perasaan takut, malu , segan menyebabkan kita memandang serong kepada bangsa lain, sedangkan mereka tidak pun menghalang kita melaksanakan hak kita.

Umat Islam sepatutnya takut, malu , segan untuk melakukan perkara yang dilarang oleh Allah bukannya takut, malu , segan melaksanakan perintah Allah.

Ibu bapa yang takut, malu, segan untuk menegur anak-anak akan menyebabkan anak-anak berani melanggar perintah Allah. Sebab itulah, remaja kita semakin rosak kerana ibu bapa takut, malu, segan kepada anak sendiri.

Penulis tidak mahu takut , malu , segan ada pada diri ahli jamaah. Ahli jamaah yang takut, malu, segan untuk menegur pemimpin yang melakukan kesalahan bukan membawa kebaikan kepada pemimpin itu, tetapi akan merosakkan pemimpin itu. Itulah yang terjadi kepada pemimpin Ubn. Renungkanlah....

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...