Salam,
Balik Parit Buntar baru ni, jumpa kawan mengajar sekolah lama. Sembang pasai budak bola sekolah lama, sebab penulis dan kawan ni pegang pasukan bola sekolah. Penulis bagi seluar tutup aurat budak bola yang penulis simpan kat dia.
Penulis bincang dengan kawan bab kuasa. Penulis bagi tahu, sebenarnya ramai yang tidak menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk kebaikan. Contohnya, guru yang pegang pasukan sukan tak guna kuasa untuk suruh pelajarnya tutup aurat, sedangkan dia ada kuasa untuk arah pelajarnya pakai tutup aurat.
Kadang2 bukan guru biasa, Ustaz2 yang bawa budak sukan sekolah pun tak boleh nak arah pelajarnya tutup aurat. Begitu juga guru yang duduk dalam jamaah pun sama juga. Mungkin mereka malu?.
Kita berjuang nak kuasa, kerana dengan kuasa kita boleh laksanakan Islam. Tapi kuasa yang ada pada kita, kita tak guna. Bukan sahaja yang jadi guru sukan, yang jadi Pengetua,Penolong Kanan, HEM dan Koko juga banyak kuasa untuk arah murid ikut cara Islam. Tapi berapa ramai yang buat?.
Ramai yang berjuang dalam jamaah juga gagal guna kuasa yang mereka ada. Kuasa yang ada terhadap keluarga di bawah tangungannya tidak dilaksanakan. Anak2 tak solat, tak diarahkan solat. Anak dan isteri tak tutup aurat tak ditegurnya. Anak masuk puteri pun tak larang pun. Sedangkan mereka berjuang nak kuasa untuk laksanakan Islam.
Lepas PRU KE 12, yang berjuang untuk dapat kuasa laksanakan Islam dah dapat kuasa. Tapi sudahkah dilaksanakan Islam?. Tak sepenuhnya, sebab kongsi kuasa. Alasan tu boleh terima, tapi tak kan sama macam pemerintah dulu.
Oklah, kalau tak boleh laksanakan Islam sepenuhnya. Kuasa untuk bantu rakyat dah ada ditangan. Peruntukan dah ada, adakah rakyat dah dibantu?. Jalan kampung yang tak berturap,dah berturapkah?. Orang miskin, OKU, anak yatim dah dapat pembelaan kah?
Kalau masih macam dulu, maksudnya wakil rakyat yang dulu berjuang nak kuasa tak reti nak guna kuasa bila kuasa ada ditangan. Dah lebih sembilan bulan, kalau mengandung dah beranak.
Ramai yang berjuang untuk dapat kuasa tapi tak guna pun kuasa yang dah ada. Sama ada dia guru , suami, wakil rakyat, pegawai kerajaan semuanya ada kuasa. Gunalah kuasa anda, sementara Allah masih kurniakan kepada kita. Jangan bila Allah dah tarik, baru menyesal tak sudah.
Dato' Ismail Kamus pernah sebut pasai kuasa, Katanya ," Umno tuduh PAS gila kuasa, PAS jawab betul. Sebab nak ambil kuasa tu dari orang gila".
Wassalam.
1 comment:
ni baru orang cakap idea untuk buka minda.....syabas marabite
Post a Comment