
Satu pesanan pendek tersebar tentang berita masuk Islamnya Sunita Williams, astronot wanita India pertama yang pergi ke bulan pada 2 Julai 2007 lalu.
Berita
menghebohkan ini bukanlah yang pertama, sebelumnya astronot berasal
Amerika Syarikat Neil Armstrong juga menyatakan dirinya masuk Islam
sekembali dari bulan.
Apakah ini berita bohong? Yang jelas pihak NON
MUSLIM sangat tidak suka dengan pemberitaan ini. Lalu disebarlah berita,
bahawa ini berita bohong.
Perlu
diketahui, Sunita Williams adalah seorang astronot kelahiran Ohio 19
September 1965 dari orang tua berketurunan India-Slovenia. Berkahwin
dengan Michael J. William, seorang Polis Federal di Oregon, USA.
Sebagai astronot pertama India, dia memegang rekod perjalanan luar
angkasa untuk wanita: berada di luar angkasa terlama (195 hari), dan
berjalan di luar angkasa (29 jam, 17 minit).
Dalam
perjalanannya ke bulan, Sunita William melihat fenomena yang aneh semasa
pandangannya menuju ke bumi. Ketika bahagian bumi lainnya nampak gelap,
ternyata ada sebahagian kecil bumi yang nampak terang iaitu MEKAH dan MADINAH.
Sunita mengatakan, dari atas seluruh
permukaan bumi diselimuti kegelapan, namun betapa terkejutnya ketika
dengan bantuan teleskop, ada dua tempat yang sangat berbeza, iaitu
Makkah dan Madinah.
Kedua tempat itu nampak terang dibandingkan dengan
tempat-tempat lainnya dibelahan bumi. Masya Allah, Laa Quwwata Illa
Billaah.
Selain
itu, fenomena lain yang ditangkapnya adalah semasa gelombang suara dari
bumi tidak mampu merentasi luar angkasa, dia ternyata boleh menangkap
suara Azan.
Apakah ini suatu keanehan, atau merupakan suatu jalan dari
Allah untuk menunjukkan sisi-sisi kebenaran kepadaAstronout ini?
Diberitakan setelah peristiwa ini, Sunita Williams memeluk agama Islam.
Puluhan
tahun yang lampau, tepatnya tahun 1870, Neil Amstrong pernah mengalami
kejadian serupa semasa mendaratkan kakinya di bulan. Diberitakan semasa itu dia
mendengar sebuah suara yang dikemudian hari ia mengenalinya sebagai
SUARA AZAN
Tepatnya
semasa Neil diundang seminar di Universitas Kaherah, Mesir. Di masa dia
menyampaikan syarahannya, semasa itu azan berkumandang menunjukkan waktu
solat, moderator menghentikan presentasinya untuk mendengarkan azan.
Dan Neil berseru, “Ini dia suara yang pertama kali aku dengar semasa
mendarat di bulan.”
Setelah
itu, Neil Amstrong menemui salah satu profesor di universiti itu. Dia
ingin tahu banyak tentang Islam. Dan tidak lama setelah itu, dia pun
menjadi muallaf.
Pemberitaan masuk Islamnya Neil Armstrong dan Sunita William kebelakangan menjadi polemik di masyarakat.
Tetapi
bagi kita umat muslim, tidak perlu seorang Neil Armstrong untuk
meyakinkan diri kita bahawa agama Islam adalah benar. Jika kita yakin
berada di agama yang lurus, maka yakinlah bahawa kejadian itu benar.
Kita
tidak perlu menggunakan nama besar Neil Armstrong untuk membenarkan
agama kita. Percayalah, nama MUHAMMAD SAW sudah cukup besar buat
kita dan dunia.
Sama ada benar atau tidaknya Sunita William atau Neil
Armstrong masuk Islam apabila pulang dari bulan, kita berharap Allah Swt
memberi hidayah kepadanya.
Bagaimanapun
juga para missionari (NON MUSLIM) sangat tidak suka dengan pemberitaan
ini. Padahal jika Allah menghendaki, kejadian terdengarnya suara azan di
bulan, bukanlah suatu perkara yang mustahil. Boleh
sahaja terjadi.
Media Barat selamanya tidak akan pernah memberitakan
hal-hal yang dianggap boleh "MENGGONCANGKAN UMATNYA", bukan hanya di AS,
tapi juga seluruh dunia.
Sekali lagi sejarah membuktikan bahawa sekalipun Islam dituduh sebagai
"agama orang bodoh", "agama kampungan", "agama rendahan", "agama orang
miskin", atau apapun tuduhannya, tetap sahaja orang yang berbondong-bondong
mengikutinya dan rata-rata berasal dari orang-orang cerdas, orang yang tidak
sekadar BERAKAL tetapi juga MEMPERGUNAKAN AKALNYA. Subhanallah, walhamdu
lillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar.
9 comments:
subhanallah
Puluhan tahun yang lampau, tepatnya tahun 1870, Neil Amstrong pernah mengalami kejadian ....
uiiii maksudnya USA dah gi bulan sebelum abad ke 19 ya...?
salah tu..1970...harap diperbetulkan..
tapi yang dashyat nye Nabi Muhammad dah naik ke langit 1400 tahun dahulu...
Nabi muhamad tak pernah naik ke langit.dia cuma wafat seperti biasa.
Bagi aku,tiada sekalipun pernyataan ini aku tetap percaya islam adalah agama yang benar.
Kerana setiap apa yang berlaku pada dunia hari ini adalah tercatat dalam al-quran,kitab kami.
Kamu juga harus perbetulkan.nabi muhamad tak pernah naik ke langit.dia wafat seperti biasa.
Maksud talibramli nabi muhammad naik ke langit time israk mikraj menunggang buraq , saya harap encik kaza jgn salah pham
xder buktilah semuanya ni... nnt saya post semua kontra nyer.
please stop this hoax..this is more convince fact that i found ...
Sunita Williams went to the International Space Station, not to the moon. The last moon landing (Apollo 17) was on December 7, 1972 and Eugene Cernan is, to date, the last person to have walked on the Moon.
She is also not the "first Indian woman who went on a space journey". The Indian-American astronaut, Kalpana Chawla, was the first woman of Indian ethnicity to fly in space.
The claims state that they decided, upon returning to earth, they would accept Islam. However, when setting off toward the International Space Station, Williams had taken with her a copy of the Bhagavad Gita and a small statue of Lord Ganesha, and following her return to earth on June 22, 2007, she showed no signs of having converted to Islam. In fact, she claimed Lord Ganesha, not Allah, was looking after her. Williams fondly recalled taking a copy of Bhagvad Gita and an idol of Lord Ganesha along with her to the space station and took tense moments in her stride. "I knew Ganesha was looking after me," she said.
More than three months later in an October 2007 interview with India Today, nothing had changed, and she reiterated her desire to go to the moon. Up in space, the Gita and Ganesha were what kept me grounded. They put life in perspective," says Sunita Williams in her India Today interview.
So it is very clear that it is a hoax. Finally, I will request all the Muslim brothers and Sisters to stop sending this kind of wrong information to others. Please check the information before sending it to others.As a Muslim, we should beware from this kind of information.
25Zaman dahulu, sebelum nabi muhammad s.a.w dilahirkan. ramai orang arab yang percaya bahawa berhala-berhala yang ada di kaabah adalah tuhan-tuhan yang diizinkan oleh Allah untuk disekutukan. Anggapan mereka ialah tidak boleh menyegukutukan Allah dengan segala sesuatu kecuali apa yang diizinkan oleh allah sahaja, dan mereka beranggapan berhala-berhala dalam kaabar itu sahaja yang diizinkan.... hari ini... awaslah.. jangan tertipu lagi dengan cerita-cerita yang sedap didengar, cantik dipandang... selidiklah dari sumber-sumber yang tepat. hanya Allah yang maha mengetahui.
Minta maaf, saya kurang berkenan btol.. kenapa? kita kan ada astronaut sendiri. Beliau pun dah naik ke Space Station. Tanya lah beliau. Kenapa? sbb beliau cakap itu semua tipu & menyebabkan cerita tak sensasi?
Dia pun saudara seIslam, dia pun nak tengok benda2 camtu...
p/s: adakah dia Manusia pertama Solat di angkasa?
Post a Comment