Monday, December 27, 2010

Kisah azab mayat seorang polis Melayu

Salam,
gambar hiasan
Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.
Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut.
Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.
Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.
Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa.
Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu.
Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri.
Cintai Allah, Cintai Islam.
Moral cerita:
1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.
2. Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata menurut kehendak tuannya. Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan begitu.
Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.
Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak. Fikir-fikirkan.Ummu Abbas-keranacinta
Wassalam

13 comments:

Panglima Muda said...

dia nak cantik dengan tatoo tu

zelot66 said...

terima kasih

blogenstarz said...

Moral membuka aib sesaorang ???

mama syaza said...

MasyaALLAH...semoga menjadi panduan kepada kita semua...

LadyBird said...

smg Allah mengampunkan dosa2nya dan dosa2 kiter.. ameennn..

Cengkenit said...

dosa orang lain kita nampak...dosa mengumpat & menghina org lain kita pura2 tak nampak.masyaallah...

freehold said...

blogenstarz : bukan untuk membuka aib seseorang tapi untuk di jadikan iktibar dan panduan pada semua orang yang lalai...

Wan Ramlah said...

polis belasah rakyat? hahaha.. pemikiran sempit.. kisah azab kubur ni xde kena mngena dgn belasah2..

Suhemi Latib said...

Itu semua adalah Kehendak Allah, kubur digali semula adalah atas Ketentuan yang ESA. Tiada AIB pada sesiapa kerana nama sebenar tidak tertera, ianya berlaku adalah peringatan kepada kita semua, mengenai AZAB dialam kubur yang sudah pasti.
Jika kita Islam tanpa SOLAT maka Islam kita tidak lengkap. Jadi cerita yang berlaku adalah PEDOMAN dan PANDUAN kepada diri saya dan kita semua. Amin Ya Rabbul Alamin.

anom syukri said...

cerita bagus utk panduan. namun dalam memberi panduan byk unsur-unsur mengutuk dan memburukkan orang lain. Pertama disebut polis melayu, kedua disebut orang kelantan, ketiga diberi pengajaran mengikut takrif sendiri.ini bukan unsur berdakwah tapi unsur menghina. pernah anda benar2 mendengar sendiri peranan pengurus jenazah yg antara syaratnya merahsiakan segala keburukan mayat kecuali kalau prk itu tidak dapat dielak atau telah juga disaksikan oleh org lain di luar kawalan pengurus jenazah. oleh itu mantan cerita anda termasuk kumpulan mantan syubahah bahkan menyesatkan.

Drina Marya said...

Kami membawa pasangan untuk berkahwin / poligami secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
Sekiranya berminat, sila hubungi :-
DRINA DMARYA RESOURCES
No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai Klang.Selangor
(Atas Kedai Kek Bee's)
Tel : 03-33745230/ 013-3311606/0136312803/0169100809
sekiranya kami dalam THAILAND WATSAP ke no : 0169077012

mat din said...

dia tu polis Iban lah.agama kristian.

Blog Zombie said...

Obat Penyakit Diabetes Kronis
Obat Radang Prostat
Obat Benjolan di Lidah
Obat pengering Luka Operasi
Obat sering kencing
Obat kelebihan asam lambung
Obat darah kental pada ibu hamil
Obat gatal jamur di ketiak
Obat gatal pada anus
Obat penyakit stroke kronis
Obat benjolan di gusi anak
Obat benjolan di ketiak anak
Obat radang paru paru ibu hamil
Obat sakit dan pusing di belakang kepala
Obat nyeri dada ibu hamil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...