Saturday, December 31, 2011

Inilah sebab kenapa golongan wanita ramai menghuni neraka


"Mungkin ramai golongan wanita tidak senang bila membaca tajuk di atas. Tetapi itulah realiti. 

Memang itulah kenyataannya kerana Rasulullah saw tidak pernah berdusta. Hadis nabi saw bertaraf sahih menjelaskan perkara ini. 

Iaitu Hadis riwayat imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw bersabda: “Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah golongan wanita.

Sekiranya anda seorang perempuan, anda tidak perlu risau. Ramai tidak bermaksud tidak berpeluang langsung untuk masuk syurga. 
 
Hadis ini hanya menerangkan majoriti penghuni neraka, bukan tiada langsung golongan lelaki. Oleh itu berusahalah agar anda menjadi golongan yang berhak menghuni syurga.

 Apakah sebab?

Persoalannya apakah sebab ramai wanita jadi penghuni neraka? Rasulullah saw ada bersabda dalam beberapa hadis yang menyatakan punca-punca permasalahan ini. Antara penyebab-penyebabnya ialah :

1. Tidak bersyukur dan tidak menghargai  kebaikan suami

 Dalam sebuah kisah ketika Rasulullah saw dan para sahabatnya melakukan solat gerhana, Rasulullah saw melihat Syurga dan neraka.

Ketika beliau melihat neraka beliau bersabda kepada para sahabatnya , “ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita. Shahabat pun bertanya, “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Beliau saw menjawab, “Kerana kekufuran mereka.”

Kemudian ditanya lagi, “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Beliau menjawab, “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” ( Imam al-Bukhari)

2. Mendedahkan aurat

Dalam hadis lainnya, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam menjelaskan tentang wanita penduduk neraka, beliau bersabda, “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bonggol unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wangian syurga padahal wangiannya dapat dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Imam Muslim)

Friday, December 30, 2011

Sam'un Ghozi atau Samson adalah seorang Nabi?

  http://1.bp.blogspot.com/-3Nq7G0oYU0A/TkbWjL9OSuI/AAAAAAAAgW4/WRGQ8WcsYQs/s1600/Perang+Badar.jpg
Dari Abi Zar ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “Jumlah para nabi itu adalah seratus dua puluh empat ribu (124 000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?” Beliau menjawab, “Tiga ratus dua belas (312).” (Hadits riwayat At-Turmuzy)

Samson atau Simson, merupakan seorang nabi di dalam ajaran islam yang dikenali dengan nama Nabi Sam’un Ghozi AS. Kisah nabi ini, terdapat di dalam kitab-kitab, seperti kitab Muqasyafatul Qulub dan kitab Qishashul Anbiyaa.

Nabi Sam’un Ghozi AS memiliki kemukjizatan, iaitu dapat melembutkan besi, dan dapat merobohkan istana. Cerita Nabi Sam’un Ghozi AS adalah kisah Israiliyat yang diceritakan turun-temurun di jazirah Arab. Cerita ini menjadi legenda sebelum Rasulullah lahir.

Dari kitab Muqasyafatul Qulub karangan al Ghazali, diceritakan bahawa Rasulullah berkumpul bersama para sahabat dibulan Suci Ramadhan. Kemudian Rasulullah bercerita tentang seorang Nabi bernama Sam’un Ghozi AS, beliau adalah Nabi dari Bani Israil yang diutus di tanah Rom.

Dikisahkan Nabi Sam’un Ghozi AS berperang melawan bangsa yang menentang Ketuhanan Allah SWT. Kepahlawanan dan keperkasaan Nabi Sam’un dipergunakan untuk menentang penguasa kaum kafirin pada masa itu, yakni raja Israil.
Akhirnya raja Israil mencari jalan untuk menundukkan Nabi Sam’un. Berbagai usaha dilakukan olehnya, sehingga akhirnya atas nasihat para penasihatnya diumumkanlah, barang siapa yang dapat menangkap Sam’un Ghozi, akan mendapat hadiah emas dan permata yang berlimpah ruah.

Thursday, December 29, 2011

Kisah Salman al-Farisi mencari kebenaran

detail beritaSalman al-Farisi pada awal hidupnya adalah seorang bangsawan dari Parsi yang menganut agama Majusi. Namun dia tidak merasa selesa dengan agamanya. Pergolakan batin itulah yang mendorongnya untuk mencari agama yang dapat menenteramkan hatinya.

Kisah Salman diceritakan terus kepada seorang sahabat dan keluarga terdekat Nabi Muhammad bernama Abdullah bin Abbas:

Salman dilahirkan dengan nama Parsinya, Rouzbeh, di kota Kazerun, Fars, Iran. Ayahnya adalah seorang Dihqan (ketua) desa. Dia adalah orang terkaya di sana dan memiliki rumah terbesar.

Ayahnya menyayangi dia, melebihi siapa pun. Seiring waktu berlalu, cintanya kepada Salman semakin kuat dan membuatnya semakin takut kehilangan Salman. Ayahnya pun menjaga dia di rumah, seperti penjara.

Ayah Salman memiliki sebuah kebun yang luas, yang mempunyai jumlah hasil yang banyak. Suatu ketika ayahnya meminta dia mengerjakan beberapa tugas di tanahnya. Tugas dari ayahnya itulah yang menjadi awal pencarian kebenaran.

"Ayahku memiliki kawasan tanah subur yang luas. Suatu hari, ketika dia sibuk dengan pekerjaannya, dia menyuruhku untuk pergi ke tanah itu dan memenuhi beberapa tugas yang dia inginkan. Dalam perjalanan ke tanah tersebut, saya melalui gereja Nasrani. Saya mendengarkan suara orang-orang bersembahyang di dalamnya. Saya tidak mengetahui bagaimana orang-orang di luar hidup, kerana ayahku membataskan pergerakanku di dalam rumahnya! Maka ketika saya melaluii orang-orang itu (di gereja) dan mendengarkan suara mereka, saya masuk ke dalam untuk melihat apa yang mereka lakukan."

Pemindahan jin di Petrosains


Petrosains Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dalam Bangunan Suria KLCC, di Menara Kembar Pertronas.  Di sini pengunjung dapat belajar mengenai pembabitan Malaysia dalam industri minyak secara “interactive” melalui ketakjuban sains dan teknologi.  

Pusat ini juga sesuai untuk kanak-kanak kerana terdapat banyak permainan dan pamiran-pamiran yang menggunakan lima deria -“see, hear, smell, touch, feel” untuk mereka mempelajari berkenaan kewujudan industri minyak di Malaysia.

Saya diperkenalkan kepada seorang kakitangan Petrosains melalui sahabat saya Ustadz Hashim dari Fitrah Perkasa.  Ustadz Hashim adalah salah seorang penceramah yang amat saya hormati dari Fitrah Perkasa.  

Suatu ketika dahulu ramai kakitangan Pertronas khususnya kakitangan dari Petrosains menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Fitrah Perkasa.  

Suatu hari salah seorang dari kakitangan Petronas menghubungi Ustadz Hashim mengenai kejadian-kejadian ganjil yang berlaku di tempat itu.  Masa itu tempat ini baru dibuka dan kalau tidak silap tahun 2004.

Kalau kita imbas kembali tempat KLCC ini dahulunya bekas tapak tempat perlumbaan kuda.  Saya masih ingat semasa saya berkerja di PA Consulting pada tahun 1994 di Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang berdepan dengan kawasan KLCC.  

Semasa itu tapak KLCC ini sedang dalam pembangunan.  Di tapak perlumbaan kuda ini banyak perbuatan maksiat telah berlaku seperti perjudian dan lain-lain lagi.  Tidak hairan kalau banyak raja-raja iblis dan jin-jin bertapak di tempat ini.

Pada satu malam saya dijemput ke Petrosains oleh seorang pegawai dan diberi keterangan berkenaan masalah yang dihadapi.  Malam itu adalah kali pertama saya datang ke Petrosains.  

Saya diberitahu terdapat beberapa kejadian pelik-pelik yang berlaku di dalam kawasan pejabat dan kawasan pameran yang tidak boleh masuk akal.  Kalau saya ingat pada malam itu ada lima orang yang bertugas termasuk pegawai keselamatan Petrosains.

Bila saya buat “survey” di sekitar kawasan pejabat dan kawasan pameran, memang ramai penghuni-penghuni ghaib di tempat itu pada masa itu.  Dengan keizinan Allah saw, saya dapat mengeluarkan mereka dari tempat itu.  

Alhamdulillah syukur pada Allah, kebanyakan penghuni-penghuni ghaib disitu akur dan menurut apa yang saya kehendaki mereka lakukan ia itu berpindah dan keluar dari kawasan itu.

Kisah anak Abu Jahal yang syahid

 http://1.bp.blogspot.com/_X_ESr5wfzjA/SNYmzHTsKNI/AAAAAAAAAw0/cTCllsg9-j4/s320/Badar1_225187551l.jpg
Abu Ishaw As-Ayabi'i meriwayatkan, ketika Rasulullah SAW berjaya menaklukkan kota Mekah, maka Ikrimah berkata: Aku tidak akan tinggal di tempat ini!" 

Setelah berkata demikian, dia pun pergi berlayar dan memerintahkan supaya isterinya membantunya. Akan tetapi isterinya berkata: "Hendak kemana kamu wahai pemimpin pemuda Quraisy?" Apakah kamu akan pergi kesuatu tempat yang tidak kamu ketahui?" 

Ikrimah pun melangkahkan kakinya tanpa sedikitpun memperhatikan perkataan isterinya. 

Ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat lainnya telah berjaya menaklukkan kota Mekah, maka kepada Rasulullah isteri Ikrimah berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Ikrimah telah melarikan diri ke negeri Yaman kerana ia takut kalau-kalau kamu akan membunuhnya. Justeru itu aku memohon kepadamu supaya engkau berkenan menjamin keselamatannya." 
 

Rasulullah SAW menjawab: "Dia akan berada dalam keadaan aman!" Mendengar jawapan itu, maka isteri Ikrimah memohon diri dan pergi untuk mencari suaminya. 

Akhirnya dia berjaya menemuinya di tepi pantai yang berada di Tihamah. Ketika Ikrimah menaiki kapal, maka orang yang mengemudikan kapal tersebut berkata kepadanya: "Wahai Ikrimah, ikhlaskanlah saja!" 

Ikrimah bertanya: "Apakah yang harus aku ikhlaskan?" 
"Ikhlaskanlah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan akuilah bahawa 
Muhammad adalah utusan Allah!" Kata pengemudi kapal itu. 
Ikrimah menjawab: "Tidak, kerana aku melarikan diri adalah kerana
ucapan itu." 


Wednesday, December 28, 2011

Kisah mulianya akhlak Rasulullah SAW

 http://1.bp.blogspot.com/-U_np2DU1Tp8/TVnPpB0xZEI/AAAAAAAAATo/nJ9gAuUR9E0/s400/rasulullah.jpg
Di sebuah sudut pasar kota Madinah ada seorang pengemis buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, 
 
“Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.”
 
Tiada hal lain yang di lakukan si buta setiap hari kecuali menengadahkan tangan dan meneriakkan kata-kata itu berulang-ulang kali. 
 
Namun demikian, setiap pagi selalu ada seorang lelaki yang mendatangi pengemis itu dengan membawakannya makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun, lelaki itu selalu menyuapkan makanan yang di bawanya kepada pengemis buta itu.
 
Suatu ketika, lelaki yang biasanya datang memberinya makan tidak lagi datang kepadanya. Pengemis buta itu semakin hari semakin lapar dan bertanya-tanya dalam dirinya apa yang terjadi dengan lelaki itu. 
 
Sehinggalah suatu pagi ada seorang lelaki yang mendatanginya memberinya makan. Namun, ketika dia mulai menyuapnya, si pengemis marah sambil mengherdik, 
 
“siapakah kamu? Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku.”
 
“Aku adalah orang yang biasa,” kata lelaki itu.
 
“Tidak mungkin. Engkau bohong.
 

Kisah tangisan Isam Bin Yusuf

http://1.bp.blogspot.com/_qzsn4_G8vdY/SjCN-3QHA7I/AAAAAAAADqI/TL_yQc1jrVw/s400/batal+air+wuduk.jpg
Dikisahkan bahwa ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk sembahyangnya. Namun demikian dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasanya kurang khusyuk.

Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya: "Wahai Aba Abdurrahman (Nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan sembahyang?"

Berkata Hatim: "Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin." 

Bertanya Isam: "Bagaimana wuduk batin itu?" 

Berkata Hatim: "Wuduk zahir sebagaimana biasa, yaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara: 

* Bertaubat. 

Tuesday, December 27, 2011

Kisah mayat ayah seorang pemuda bertukar menjadi kaldai

http://wardahusna.files.wordpress.com/2010/02/selawat1.jpg
Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. 

Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi.

"Hai saudara," tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. "Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja."

"Saya ada alasan tersendiri," jawab pemuda itu. "Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. 

Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar. 

Saya malu. Bagaimana saya mahu memberitahu orang tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali?

Monday, December 26, 2011

Bertempur dengan Iblis dan Jin Ayah Pin

Pada tahun 2005, terdapat satu kumpulan ajaran sesat yang bergelar “Kerajaan Langit“ atau “Sky Kingdom“ yang bertapak di Besut, Terengganu.  Pengasas kepada Kerajaan Langit ini iaitu Arifin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin.  

Kumpulan ini telah disenaraikan sebagai kumpulan ajaran agama sesat oleh Kerajaan Malaysia.  Ajaran agama sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu. 

Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” kepada segala agama.  Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran agama sesat yang disebarkannya.  

Dia membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan beberapa struktur besar untuk melambangkan kuasa tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan mamayungi umat manusia.
Antara  bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya.   

Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta.  Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi.  

Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.
Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa.  Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah.  

Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand.  Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005.    Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu. 

Terlebih dehulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu.  Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur.  

Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu. 

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk.  

Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. 

Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut.  Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik. 

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz.  

Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka. 

Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka  surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana  dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti.  

Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).  Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja.  Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang  perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira  dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin.  

Kisah Imam Ahmad Ibnu Hambal menghalau jin

 http://hafizamri.com/wp-content/uploads/2011/08/Jin-Dalam-Al-Quran-dan-Hadis.jpg
Sebahagian jin yang derhaka memang suka menganggu dan menganiaya manusia dengan pelbagai cara. Salah satu cara jin mempermainkan manusia ialah dengan masuk dan menjelma ke dalam tubuh manusia. 

Manusia yang dimasuki jin disebut kesurupan (kerasukkan) dan tidak sedarkan diri, maka semua gerakan dan percakapannya adalah cakap jin. Walau bagaimanapun jin takut dan tunduk kepada orang solih yang taat kepada Allah.

Pernah terjadi dizaman khalifah al-Mutawakkil, seorang sahaya perempuan telah dirasuk oleh jin. Dia bercakap dan bertindak sesuai dengan kehendak jin. 

Beberapa orang telah cuba menghalau jin tersebut tetapi tidak berhasil. Khalifah teringat kepada Imam Ahmad Ibnu Hambal seorang yang terkenal alim dan taat kepada Allah swt. 

Maka khalifah pun mengutus salah seorang teman Imam Ahmad bertemu beliau. Apabila utusan itu sampai, Imam Ahmad sedang duduk dalam masjid.

"Aku diutus khalifah untuk bertemu tuan" katanya kepada Imam Ahmad. Kemudian dia berkata lagi "Dirumah Amirul Mukminin ada seorang sahaya perempuan dirasuk jin. Khalifah meminta tuan agar berdoa kepada Allah swt supaya sahaya itu sembuh".

Kisah sepotong roti penebus dosa

http://kisahteladan.info/wp-content/uploads/2010/08/Sebuku-roti.jpg
Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti." 
 
Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. 


Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri. 

Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud. 

Sunday, December 25, 2011

Cara membezakan kucing sebenar dengan kucing jelmaan jin


 (Surah Yassin, Ayat 9)


Ayat tersebut boleh dijadikan sebagai doa pelindung sama ada untuk melindungi diri, keluarga atau harta. Semasa membaca perkataan "sadda" yang bermaksud benteng/dinding, bayangkan perkara yang ingin dilindungi itu dibentengkan oleh benteng yang sangat hebat. 
Petua ni saya ambil dari rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 yang membicarakan topik sihir oleh Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie, seorang pengamal perubatan Islam yang bernaung di bawah syarikat Sinar Zamdurrani.
Ni gambar hiasan saja okeh. Jangan lak ko nampak kucing macam ni, terus ko pecut 100km/jam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...