Dari Abi Zar ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi,
“Jumlah para nabi itu adalah seratus dua puluh empat ribu (124 000)
nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?” Beliau menjawab,
“Tiga ratus dua belas (312).” (Hadits riwayat At-Turmuzy)
Samson atau Simson, merupakan seorang nabi di dalam ajaran islam yang dikenali dengan nama Nabi Sam’un Ghozi AS. Kisah nabi ini, terdapat di dalam kitab-kitab, seperti kitab Muqasyafatul Qulub dan kitab Qishashul Anbiyaa.
Nabi Sam’un Ghozi AS memiliki
kemukjizatan, iaitu dapat melembutkan besi, dan dapat merobohkan istana.
Cerita Nabi Sam’un Ghozi AS adalah kisah Israiliyat yang diceritakan
turun-temurun di jazirah Arab. Cerita ini menjadi legenda sebelum Rasulullah lahir.
Dari kitab Muqasyafatul Qulub karangan al Ghazali, diceritakan bahawa Rasulullah berkumpul bersama para sahabat
dibulan Suci Ramadhan. Kemudian Rasulullah bercerita tentang seorang
Nabi bernama Sam’un Ghozi AS, beliau adalah Nabi dari Bani Israil yang
diutus di tanah Rom.
Dikisahkan Nabi Sam’un Ghozi AS
berperang melawan bangsa yang menentang Ketuhanan Allah SWT. Kepahlawanan
dan keperkasaan Nabi Sam’un dipergunakan untuk menentang penguasa kaum
kafirin pada masa itu, yakni raja Israil.
Akhirnya raja Israil mencari jalan untuk menundukkan Nabi
Sam’un. Berbagai usaha dilakukan olehnya, sehingga akhirnya atas
nasihat para penasihatnya diumumkanlah, barang siapa yang dapat
menangkap Sam’un Ghozi, akan mendapat hadiah emas dan permata yang
berlimpah ruah.
Ringkas cerita Nabi Sam’un Ghozi AS terpedaya oleh isterinya. Kerana sayangnya dan cintanya kepada isterinya, nabi
Sam’un berkata kepada isterinya, “Jika kau ingin mendapatkanku dalam
keadaan tak berdaya, maka ikatlah aku dengan potongan rambutku.”
Akhirnya Nabi
Sam’um Ghozi AS diikat oleh isterinya semasa ia tertidur, lalu dia dibawa
ke hadapan raja. Beliau disiksa dengan dibutakan kedua matanya dan
diikat serta dipertontonkan di istana raja.
Kerana diperlakukan yang sedemikian zalimnya, Nabi
Sam’un Ghozi AS berdoa kepada Allah SWT. Beliau berdoa dengan dimulai
dengan bertaubat, kemudian memohon pertolongan atas kebesaran Allah.
Do’a Nabi
Sam’un dikabulkan, dan istana raja bersama seluruh penghuninya hancur
beserta isteri dan para keluarga yang mengkhianatinya. Kemudian nabi
bersumpah kepada Allah SWT, akan menebus semua dosa-dosanya dengan
berjuang menumpas semua kebatilan dan kekufuran yang lamanya 1000 bulan
tanpa henti.
Ketika Rasulullah selesai menceritakan
cerita Nabi Sam’un Ghozi AS yang berjuang fisabilillah selama 1000
bulan, salah seorang sahabat nabi berkata : “Ya Rasulullah, kami ingin juga
beribadah seperti nabiyullah Sam’un Ghozi AS. Kemudian Rasulullah SAW,
diam sejenak.
Kemudian
Malaikat Jibril AS datang dan mewahyukan kepada beliau, bahawa pada
bulan Ramadhan ada sebuah malam, yang mana malam itu lebih baik daripada
1000 bulan.
Pada
kitab Qishashul Anbiyaa, dikisahkan, bahawa Rasullah Muhammad SAW
tesenyum sendiri, lalu bertanyalah salah seorang sahabatnya, “Apa yang
membuatmu tersenyum wahai Rasulullah?”
Rasullah menjawab, “Diperlihatkan
kepadaku hari akhir ketika dimana seluruh manusia dikumpulkan di
mahsyar. Semua Nabi dan Rasul berkumpul bersama umatnya masing-masing,
masuk ke dalam syurga. Ada salah seorang nabi yang dengan membawa pedang,
yang tidak mempunyai pengikut satupun, masuk ke dalam surga, dia adalah
Sam’un.”
1 comment:
Salam Penulis....
Saya ada seorang kawan berfahaman Kristian Khatolik dan beliau menerangkan bahawa kisah Samson ini ada dalam Injil. Soalan saya
1. Adakah ini kisah Samson dan Delillah yang sering diceritakan oleh Barat melalui Injil mereka.
2. Adakah kisah ini tidak ada diceritakan dalam Alquran tetapi hanya ada melalui hadis Nabi?
Kisah ini ada banyak perbezaan diantara Injil dan Alquran seperti juga kisah-kisah lain.
Terimakasih atas artikel ini kerana saya sering mencari kisah Samson ini dalam versi yang benar iaitu Islam
Post a Comment