"Mungkin ramai golongan wanita tidak senang bila membaca tajuk di atas. Tetapi itulah realiti.
Memang itulah kenyataannya kerana Rasulullah saw tidak
pernah berdusta. Hadis nabi saw bertaraf sahih menjelaskan perkara ini.
Iaitu Hadis riwayat imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw bersabda: “Aku
melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah
fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku
menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah golongan wanita.
Sekiranya
anda seorang perempuan, anda tidak perlu risau. Ramai tidak bermaksud
tidak berpeluang langsung untuk masuk syurga.
Hadis ini hanya
menerangkan majoriti penghuni neraka, bukan tiada langsung golongan
lelaki. Oleh itu berusahalah agar anda menjadi golongan yang berhak
menghuni syurga.
Apakah sebab?
Persoalannya
apakah sebab ramai wanita jadi penghuni neraka? Rasulullah saw ada
bersabda dalam beberapa hadis yang menyatakan punca-punca permasalahan
ini. Antara penyebab-penyebabnya ialah :
1. Tidak bersyukur dan tidak menghargai kebaikan suami
Dalam sebuah kisah ketika Rasulullah saw dan para sahabatnya melakukan solat gerhana, Rasulullah saw melihat Syurga dan neraka.
Ketika
beliau melihat neraka beliau bersabda kepada para sahabatnya , “ … dan
aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini
sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita.
Shahabat pun bertanya, “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Beliau saw
menjawab, “Kerana kekufuran mereka.”
Kemudian
ditanya lagi, “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Beliau menjawab,
“Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap
kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang
di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu
pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata, ‘Aku tidak
pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” ( Imam al-Bukhari)
2. Mendedahkan aurat
Dalam hadis lainnya, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam menjelaskan
tentang wanita penduduk neraka, beliau bersabda, “ … dan wanita-wanita
yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan
kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah
dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bonggol unta. Mereka
tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wangian syurga padahal
wangiannya dapat dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Imam
Muslim)
Jalan Penyelesaian
1.
Untuk selamatkan diri dari tergolong dalam penghuni neraka maka anda
(para isteri) hendaklah berusaha untuk mengenang jasa dan berterima
kasih terhadap kebaikan suami.
Taatilah mereka dan bersyukurlah dengan
apa yang ada. Jangan menafikan beribu kebaikan suami hanya kerana satu
kekurangan yang ada pada dirinya.
2.
Tutuplah aurat dengan sempurna. Jangan jadi seperti dalam hadis,
‘berpakaian tetapi bertelanjang’. Pada hari ini ramai yang menutup
kepala tetapi memakai pakaian yang nipis, ketat sehingga menampakan
susuk tubuh dan macam-macam lagi fesyen yang tidak memenuhi konsep
menutup aurat yang sebenar.
3. Jaga solat, puasa dan kehormatan diri.
Terdapat satu hadis yang menerangkan berita baik bagi wanita iaitu hadis yang bermaksud :
“Perempuan
apabila solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara
kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka masuklah dia akan syurga
mana-mana pintu yang dikehendakinya.”( Ibn Hibban,disahihkan oleh
al-Albaniy)
4. Perbanyakkan bersedekah
Ini berdasarkan hadis yang bermaksud :
Ketika
beliau selesai khutbah hari raya yang menyuruh untuk bertakwa kepada
Allah Subhanahu wa Ta’ala dan anjuran untuk mentaati-Nya. Beliau pun
bangkit mendatangi kaum wanita, beliau menasihati mereka dan
mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian beliau bersabda, “Hendaklah
kamu bersedekah! Kerana kebanyakan kamu adalah kayu bakar neraka
Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara
wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia
bertanya, “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Kerana
kamu banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!” (Imam
al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain baginda saw bersabda :
Selamatkanlah diri kamu dari neraka walaupun hanya ( bersedekah) dengan secebis kurma. (Imam al-Bukhari)
Semoga kita semua dirahmati oleh Allah dan ditempatkan di syurgaNya di akhirat kelak.
pbasmkps
No comments:
Post a Comment