Pada tahun 2005, terdapat satu kumpulan ajaran sesat yang bergelar “Kerajaan Langit“ atau “Sky Kingdom“
yang bertapak di Besut, Terengganu. Pengasas kepada Kerajaan Langit
ini iaitu Arifin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin.
Kumpulan
ini telah disenaraikan sebagai kumpulan ajaran agama sesat oleh
Kerajaan Malaysia. Ajaran agama sesat ini berkampung di Kampung Batu
13, Hulu Besut, Terengganu.
Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” kepada segala agama.
Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan
masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai
ajaran agama sesat yang disebarkannya.
Dia membangunkan kawasan
Kerajaan Langit dengan beberapa struktur besar untuk melambangkan kuasa
tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan mamayungi
umat manusia.
Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di
Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1,
bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan,
wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya
dan sebagainya.
Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan
bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah
bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada
hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi.
Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak
23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.
Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya
ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak
berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal
siasat serta didakwa di makhamah.
Ayah Pin telah menghilangkan diri
dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia
bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu
turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin
menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit
di Besut itu.
Terlebih dehulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa
Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula
mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat
pesakit-pesakit dari Pantai Timur.
Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali
yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang
yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.
Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya
berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di
kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk.
Pada suatu pagi
Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia
sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz
Shukri.
Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan
benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut.
Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan
Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan
struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka
menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.
Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini
tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat
saya diiringi oleh 7 orang tafiz.
Permohonan saya untuk mendapat tafiz
tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu
dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu
tenaga pengajar mereka.
Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah
surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang
perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka
harus lakukan apabila tiba di sana nanti.
Saya juga “scan” setiap tafiz
dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak
ada yang lemah semangat atau bermasalah.
Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami
bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
(JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil
masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah
tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga
untuk menghalang kami tiba di tempat itu.
Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau
“road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh
kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin.
Bas yang kami menaiki terpaksa
berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain.
Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu
berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya
kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan.
Ada suatu ketika bas
yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik
membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca
ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt,
menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan
yang jauh untuk sampai ke Besut.
Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih
dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa
nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana.
Bila sampai di kawasan itu,
saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan
Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan
itu.
Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik
besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau
pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama
diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan
mengambang pada malam itu.
Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya
mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang
ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di
dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin
mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.
Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk
bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz
yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu.
Untuk pengetahuan
semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua
atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di
lantai dewan itu.
Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada
malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah
Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah
kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya
berguling-guling di atas lantai dewan itu.
Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu
dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz
yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua
jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas
itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar
kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.
Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk
berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan
subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh
berkumandang di tempat itu.
Syukur Alahamdulilah pada Allah swt.
Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan
berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu.
Selepas
mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi
saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.
Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke
Kuala Terengganu.
Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa
sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8
pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua
struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.
Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap
akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah
dirobohkan dan dimusnahkan.
Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum
kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai
lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang
berlaku.
Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya
menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya
Rabbal Alamin.
Hj. Lokman
19 November 2010
fs-alpha
No comments:
Post a Comment