Petrosains Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur
dalam Bangunan Suria KLCC, di Menara Kembar Pertronas. Di sini
pengunjung dapat belajar mengenai pembabitan Malaysia dalam industri
minyak secara “interactive” melalui ketakjuban sains dan teknologi.
Pusat ini juga sesuai untuk kanak-kanak kerana terdapat banyak permainan
dan pamiran-pamiran yang menggunakan lima deria -“see, hear, smell,
touch, feel” untuk mereka mempelajari berkenaan kewujudan industri
minyak di Malaysia.
Saya diperkenalkan kepada seorang kakitangan Petrosains melalui
sahabat saya Ustadz Hashim dari Fitrah Perkasa. Ustadz Hashim adalah
salah seorang penceramah yang amat saya hormati dari Fitrah Perkasa.
Suatu ketika dahulu ramai kakitangan Pertronas khususnya kakitangan dari
Petrosains menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Fitrah Perkasa.
Suatu hari salah seorang dari kakitangan Petronas menghubungi Ustadz
Hashim mengenai kejadian-kejadian ganjil yang berlaku di tempat itu.
Masa itu tempat ini baru dibuka dan kalau tidak silap tahun 2004.
Kalau kita imbas kembali tempat KLCC ini dahulunya bekas tapak tempat
perlumbaan kuda. Saya masih ingat semasa saya berkerja di PA
Consulting pada tahun 1994 di Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang
berdepan dengan kawasan KLCC.
Semasa itu tapak KLCC ini sedang dalam
pembangunan. Di tapak perlumbaan kuda ini banyak perbuatan maksiat
telah berlaku seperti perjudian dan lain-lain lagi. Tidak hairan kalau
banyak raja-raja iblis dan jin-jin bertapak di tempat ini.
Pada satu malam saya dijemput ke Petrosains oleh seorang pegawai dan
diberi keterangan berkenaan masalah yang dihadapi. Malam itu adalah
kali pertama saya datang ke Petrosains.
Saya diberitahu terdapat
beberapa kejadian pelik-pelik yang berlaku di dalam kawasan pejabat dan
kawasan pameran yang tidak boleh masuk akal. Kalau saya ingat pada
malam itu ada lima orang yang bertugas termasuk pegawai keselamatan
Petrosains.
Bila saya buat “survey” di sekitar kawasan pejabat dan kawasan
pameran, memang ramai penghuni-penghuni ghaib di tempat itu pada masa
itu. Dengan keizinan Allah saw, saya dapat mengeluarkan mereka dari
tempat itu.
Alhamdulillah syukur pada Allah, kebanyakan
penghuni-penghuni ghaib disitu akur dan menurut apa yang saya kehendaki
mereka lakukan ia itu berpindah dan keluar dari kawasan itu.
Ada satu tempat pameran yang ingin saya tidak boleh lupa sehingga
hari ini dan saya ingin menceritakan dengan lebih lanjut lagi disini.
Tempat yang saya maksudkan ini adalah satu dewan pamiran yang
menempatkan binatang-binatang purba.
Di situ juga ada sebuah model
gunung berapi dan di persekitaran ada ramai patung-patung mekanikal
dinosaur purba dan binatang-binatang buas yang lain.
Tetapi sekarang
mungkin dewan pamiran ini telah diubah suai dan binatang-binatang yang
dipamirkan mungkin telah ditukar ganti yang lain sebab kejadian ini
berlaku dalam tahum 2004.
Saya pun sudah lama tidak mengunjungi tempat
ini dan tidak pasti apa-apa perubahan baru yang telah berlaku.
Bila saya masuk kedalam dewan pameran itu, hanya lampu ditempat
lorong laluan yang bernyala. Dari mula saya dapati ramai
penghuni-penghuni jin ada disitu.
Tidak lama kemudian selepas beberapa
minit saya masuk ke dewan pameran itu, semua lampu-lampu di dalam dewan
pameran itu bernyala seolah-olah dewan pameran sedang dibuka untuk
menerima pengunjung waktu lawatan biasa, padahal pada masa itu waktu jam
1 pagi.
Kemudian gunung berapi itu mengeluarkan asap dan patung-patung
dinasour mula bergerak-gerak dengan bunyi “audio visual” seolah-olah
pameran dibuka untuk pengunjung-pengunjung seperti waktu lawatan biasa
disiang hari.
Kebetulan pada masa itu ada seorang kakitangan Petrosains yang
mengiringi saya dalam dewan pameran itu. Saya mengarahkan dia supaya
menutup semua lampu-lampu yang telah dinyalakan dan mematikan semua
alat-alat audio visual yang dipasang dan juga mematikan pergerakan
dinasour yang ada dalam dewan pameran itu termasuklah asap dari gunung
berapi itu.
Bunyi dan pergerakan dinasor dan binatang-binatang dalam
dewan pada ketika itu menggangu konsentrasi dan fokus saya. In adalah
kerana apabila melakukan tugasan seperti ini, selalunya saya kena fokus
berzikir kepada Allah swt dan bunyi-bunyi dan lampu-lampu dalam dewan
pameran itu menggangu saya.
Saya sungguh terperanjat dan terkejut apabila pengawai itu berkata
bahawa dia tidak dapat mematikan lampu yang dipasang oleh sebab semua
switch lampu dan alat-alat mesin untuk mengawal pergerakan
binatang-binatang dinasour ini ada didalam bilik kawalan yang telah
dikunci.
Dia seterusnya berkata kunci untuk memasuki bilik kawalan itu
disimpan oleh seorang pegawai, dan pegawai itu tidak datang bersama pada
malam itu.
Saya tanya siapa pula yang memasang dan memainkan semua ini
kalau bilik kawalan itu berkunci. Pegawai itu hanya diam dan tidak
dapat menjawab soalan saya.
Daripada tempat saya berdiri didalam lorong
laluan di dewan itu, pengawal itu menunjukan cermin bilik kawalan dan
memang jelas bilik kawalan itu kosong dan tidak ada kelihatan seorang
pun manusia di dalam bilik kawalan itu. Pelik dan ajaib kejadian itu
berlaku tetapi memang benar ia telah berlaku pada malam itu.
Maka mulalah satu pertempuran antara saya dengan penghuni-penghuni
ghaib disitu dan dengan keizinan Allah swt saya dapat keluarkan semua
benda-benda ghaib dari dewan pameran itu.
Yang anehnya, selepas saya
keluarkan benda-benda ghaib itu, lampu-lampu dalam dewan itu padam
dengan sendirinya dan dinasour-dinasour berhenti bergerak-gerak dengan
sendirinya dan dewan pameran itu kembali senyap dan sepi.
Saya sendiri
macam tidak percaya kejadian seperti ini telah berlaku. Syukur
Alhamdulillah kepada Allah swt dengan keizinannya dan dengan
pertolongannya dapat saya bersihkan tempat itu pada malam itu.
Hj. Lokman A. Hamid
18 Nov 2010
fs-alpha.com
1 comment:
Cerita hayalan utk menjadikan crte crte hantu jin sebagai mainan d bibir msyrakat Mlayu bagi mengalihkan kepercayaan n kekuatan iman.,sahingga org lebih mempercayai hantu dari Allah n Rasul nya.
Yg.untung tok bomoh,ahli syhir,pegamal perubatan,malah ustaz ustaz yg.menjual ayat ayat Alquran sebagai pendapatan harian.
Maafkan sya.,berkata begitu..kerana sejak akhir akhir ini crte crte begini mendapat sambutan.,begitu hangat...sahingga melalaikan org.dari menambah ilmu agama yg.terkandung dlm Alquraan.
Apa pun ini pendapat sya sja...
Jgn maree ek!
Post a Comment