Thursday, December 29, 2011

Pemindahan jin di Petrosains


Petrosains Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dalam Bangunan Suria KLCC, di Menara Kembar Pertronas.  Di sini pengunjung dapat belajar mengenai pembabitan Malaysia dalam industri minyak secara “interactive” melalui ketakjuban sains dan teknologi.  

Pusat ini juga sesuai untuk kanak-kanak kerana terdapat banyak permainan dan pamiran-pamiran yang menggunakan lima deria -“see, hear, smell, touch, feel” untuk mereka mempelajari berkenaan kewujudan industri minyak di Malaysia.

Saya diperkenalkan kepada seorang kakitangan Petrosains melalui sahabat saya Ustadz Hashim dari Fitrah Perkasa.  Ustadz Hashim adalah salah seorang penceramah yang amat saya hormati dari Fitrah Perkasa.  

Suatu ketika dahulu ramai kakitangan Pertronas khususnya kakitangan dari Petrosains menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Fitrah Perkasa.  

Suatu hari salah seorang dari kakitangan Petronas menghubungi Ustadz Hashim mengenai kejadian-kejadian ganjil yang berlaku di tempat itu.  Masa itu tempat ini baru dibuka dan kalau tidak silap tahun 2004.

Kalau kita imbas kembali tempat KLCC ini dahulunya bekas tapak tempat perlumbaan kuda.  Saya masih ingat semasa saya berkerja di PA Consulting pada tahun 1994 di Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang berdepan dengan kawasan KLCC.  

Semasa itu tapak KLCC ini sedang dalam pembangunan.  Di tapak perlumbaan kuda ini banyak perbuatan maksiat telah berlaku seperti perjudian dan lain-lain lagi.  Tidak hairan kalau banyak raja-raja iblis dan jin-jin bertapak di tempat ini.

Pada satu malam saya dijemput ke Petrosains oleh seorang pegawai dan diberi keterangan berkenaan masalah yang dihadapi.  Malam itu adalah kali pertama saya datang ke Petrosains.  

Saya diberitahu terdapat beberapa kejadian pelik-pelik yang berlaku di dalam kawasan pejabat dan kawasan pameran yang tidak boleh masuk akal.  Kalau saya ingat pada malam itu ada lima orang yang bertugas termasuk pegawai keselamatan Petrosains.

Bila saya buat “survey” di sekitar kawasan pejabat dan kawasan pameran, memang ramai penghuni-penghuni ghaib di tempat itu pada masa itu.  Dengan keizinan Allah saw, saya dapat mengeluarkan mereka dari tempat itu.  

Alhamdulillah syukur pada Allah, kebanyakan penghuni-penghuni ghaib disitu akur dan menurut apa yang saya kehendaki mereka lakukan ia itu berpindah dan keluar dari kawasan itu.


Ada satu tempat pameran yang ingin saya tidak boleh lupa sehingga hari ini dan saya ingin menceritakan dengan lebih lanjut lagi disini.  Tempat yang saya maksudkan ini adalah satu dewan pamiran yang menempatkan binatang-binatang purba.  

Di situ juga ada sebuah model gunung berapi dan di persekitaran ada ramai patung-patung mekanikal dinosaur purba dan binatang-binatang buas yang lain.  

Tetapi sekarang mungkin dewan pamiran ini telah diubah suai dan binatang-binatang yang dipamirkan mungkin telah ditukar ganti yang lain sebab kejadian ini berlaku dalam tahum 2004.  

Saya pun sudah lama tidak mengunjungi tempat ini dan tidak pasti apa-apa perubahan baru yang telah berlaku.
Bila saya masuk kedalam dewan pameran itu, hanya lampu ditempat lorong laluan yang bernyala.  Dari mula saya dapati ramai penghuni-penghuni jin ada disitu. 

Tidak lama kemudian selepas beberapa minit saya masuk ke dewan pameran itu, semua lampu-lampu di dalam dewan pameran itu bernyala seolah-olah dewan pameran sedang dibuka untuk menerima pengunjung waktu lawatan biasa, padahal pada masa itu waktu jam 1 pagi.  

Kemudian gunung berapi itu mengeluarkan asap dan patung-patung dinasour mula bergerak-gerak dengan bunyi “audio visual” seolah-olah pameran dibuka untuk pengunjung-pengunjung seperti waktu lawatan biasa disiang hari.

Kebetulan pada masa itu ada seorang kakitangan Petrosains yang mengiringi saya dalam dewan pameran itu.  Saya mengarahkan dia supaya menutup semua lampu-lampu yang telah dinyalakan dan mematikan semua alat-alat audio visual yang dipasang dan juga mematikan pergerakan dinasour yang ada dalam dewan pameran itu termasuklah asap dari gunung berapi itu. 

Bunyi dan pergerakan dinasor dan binatang-binatang dalam dewan pada ketika itu menggangu konsentrasi dan fokus saya.  In adalah  kerana apabila melakukan tugasan seperti ini, selalunya saya kena fokus berzikir kepada Allah swt dan bunyi-bunyi dan lampu-lampu dalam dewan pameran itu menggangu saya.
Saya sungguh terperanjat dan terkejut apabila pengawai itu berkata bahawa dia tidak dapat mematikan lampu yang dipasang oleh sebab semua switch lampu dan alat-alat mesin untuk mengawal pergerakan binatang-binatang dinasour ini ada didalam bilik kawalan yang telah dikunci.  

Dia seterusnya berkata kunci untuk memasuki bilik kawalan itu disimpan oleh seorang pegawai, dan pegawai itu tidak datang bersama pada malam itu. 

Saya tanya siapa pula yang memasang dan memainkan semua ini kalau bilik kawalan itu berkunci.  Pegawai itu hanya diam dan tidak dapat menjawab soalan saya.  

Daripada tempat saya berdiri didalam lorong laluan di dewan itu, pengawal itu menunjukan cermin bilik kawalan dan memang jelas bilik kawalan itu kosong dan tidak ada kelihatan seorang pun manusia di dalam bilik kawalan itu. Pelik dan ajaib kejadian itu berlaku tetapi memang benar ia telah berlaku pada malam itu.

Maka mulalah satu pertempuran antara saya dengan penghuni-penghuni ghaib disitu dan dengan keizinan Allah swt saya dapat keluarkan semua benda-benda ghaib dari dewan pameran itu.   

Yang anehnya, selepas saya keluarkan benda-benda ghaib itu, lampu-lampu dalam dewan itu padam dengan sendirinya dan dinasour-dinasour berhenti bergerak-gerak dengan sendirinya dan dewan pameran itu kembali senyap dan  sepi. 

Saya sendiri macam tidak percaya kejadian seperti ini telah berlaku.  Syukur Alhamdulillah kepada Allah swt dengan keizinannya dan dengan pertolongannya dapat saya bersihkan tempat itu pada malam itu.

Hj. Lokman A. Hamid

18 Nov 2010

fs-alpha.com

1 comment:

Putra IJ80 said...

Cerita hayalan utk menjadikan crte crte hantu jin sebagai mainan d bibir msyrakat Mlayu bagi mengalihkan kepercayaan n kekuatan iman.,sahingga org lebih mempercayai hantu dari Allah n Rasul nya.

Yg.untung tok bomoh,ahli syhir,pegamal perubatan,malah ustaz ustaz yg.menjual ayat ayat Alquran sebagai pendapatan harian.

Maafkan sya.,berkata begitu..kerana sejak akhir akhir ini crte crte begini mendapat sambutan.,begitu hangat...sahingga melalaikan org.dari menambah ilmu agama yg.terkandung dlm Alquraan.

Apa pun ini pendapat sya sja...

Jgn maree ek!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...