شُّكْرُ
Syukru (Bersyukur)
Tidak berlebih-lebihan adalah salah satu bentuk rasa syukur.
Kebanyakan kita menyiapkan diri menyambut Ramadhan dengan membeli pelbagai makanan dan minuman yang tidak diperolehi di luar bulan
Ramadhan.
Bagitu juga kaum ibu, sibuk mempersiapkan bulan Ramadhan dengan
berbagai macam makanan untuk berbuka yang melebihi keperluan keluarga
sehingga terjadi tabzhir atau berlebihan. Berlebihan adalah saudara syaitan.
Yang sepatutnya dilakukan adalah sederhana.
“Makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (Al-A’raf: 31)
Ingat, bersyukur akan menambah kenikmatan lainnya.
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya
jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan
jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat
pedih.” (Ibrahim:7)
ص
صِيَامُ الصَّغِيْرِ
Shiamus Shagir (Biasakan Si Kecil Berpuasa)
Berusahalah memotivasi anak-anak untuk berpuasa, dan berikan teladan
kepada mereka untuk solat. Kelak jika mereka sudah baligh, mereka
tidak merasa mendapatkan beban yang berat.
Bahawa para sahabat seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim-
mengajarkan anak-anak mereka yang masih kecil untuk berpuasa, dan
membuatkan mereka permainan dari kulit, jika mereka bertanya tentang
makanan, merengek meminta makanan, maka diberikan permainan sehingga
membuat mereka lupa dan dapat menyempurnakan puasanya.
Al-hafizh Ibnu Hajar menyebutkan bahawa dalam hal tersebut ada alasan syar’i, iaitu melatih anak-anak kecil untuk berpuasa.