Salam,
Bila nak menulis berkenaan tarbiyah,
penulis teringat zaman berjuang di kampus. Ada sahabat jamaah kampus bercerita
tentang seorang mad’u yang baru berasal dari Sarawak. Pagi-pagi selepas subuh
datang ketuk bilik sahabat.
Mad’u tu cakap “ minta maaf , kita’ tak
boleh pergi LOQI “ , sahabat garu kepala tak faham apa dia LOQI. Bila sahabat
tanya semula, mad’u tadi tunjuk surat jemputan pergi Liqa’tapi disebutnya LOQI.
Liqa’ adalah program yang dah lama
dilaksana di kampus. Kami panggil pimpinan jamaah datang ke lokasi luar kampus
untuk bagi pengisian dalaman. Semasa penulis di kampus, pimpinan yang kerap
bagi pengisian adalah Ust. Hashim Jasin dan Ust. Shauqi Ibrahim .
Bila mula berjuang di kawasan penulis,
pemuda kawasan amanahkan penulis pegang lujnah tarbiyah walaupun penulis bukan
ustaz kerana tak ada ustaz yang berani pegang jawatan dalam parti. Penulis atur
pengisian dalaman tapi penulis tak panggil liqa’ kerana tak ramai di kawasan
yang tahu apa itu program liqa’.
Penulis letak program pengisian ini dengan
nama kuliah haraki , kadang-kadang tarbiyah haraki. Sebulan , penulis atur tiga
kuliah haraki di markas kawasan yang masa tu jadi pejabat ahli parlimen ,
sebuah surau yang sekarang dikenali surau mujahideen dan di sebuah markas
cawangan. Penulis juga atur kuliah yang disampaikan oleh ustaz haraki jamaah di tiga buah surau dan sebuah masjid.
Pada masa itu, kuliah di surau mujahideen hanya
tiga kali sebulan. Memadangkan surau ini diurus oleh sahabat yang sekarang
pegang Ketua Penerangan kawasan, penulis bincang dengannya untuk aktifkan surau
ini.
Mula-mula penulis panggil beberapa orang
ustaz untuk buat kuliah di surau ini disamping kuliah sedia ada, kemudian
penulis bantu sahabat tadi atur tazkirah Ramadan di surau berkenaan. Penulis hanya dapat bantu setahun kerana
terpaksa berpindah ke tempat penulis sekarang.
Alhamdulillah, sahabat ini telah berjaya jadikan surau ini aktif dan
dikenali. Surau ini sekarang ini hampir setiap malam ada kuliah dan menjadi
tumpuan umat Islam semasa Ramadan kerana setiap malam disajikan tazkirah.
Selepas penulis pindah semula ke kawasan
penulis dan dilantik jadi SU kawasan, penulis atur liqa’ di kawasan untuk bantu
pengerusi lujnah tarbiyah kawasan. Setiap bulan, penulis akan jemput pimpinan
jadi naqib dan urus persiapan liqa’ kawasan sehinggalah berpindah semula.
Bila di luar negeri , bila jamaah masih
belum ada tanzim, penulis latih adik-adik kampus dengan pengisian tarbiyah melalui
program usrah dan halaqah ( sama macam liqa’). Sehinggalah tanzim dibentuk
program tarbiyah menjadi tonggak aktiviti jamaah.
Walaupun tiada di kawasan, penulis tetap
ikuti program tarbiyah . Setiap minggu ada usrah di cawangan taman penulis
tinggal. Bagi penulis ahli jamaah tidak boleh lari dari program tarbiyah bagi menghayati fikrah perjuangan
, bersungguh-sungguh melaksanakan kerja
jamaah sebelum berserah diri kepada Allah.
Balik ke kawasan minggu lepas, ada sahabat
bagi tahu program Liqa’ Fikri anjuran Lujnah Tarbiyah Negeri ramai yang datang.
Katanya, sehingga tak cukup kerusi kerana terlalu ramai yang hadir mendengar
pengisian naqib jemputan.
Penulis kata, baguslah jika begitu. Penulis
bagi tahu bahawa penulis pun tahu kerana dalam facebook kerap kali selepas liqa’
, akan ada dipostkan gambar peserta liqa’ yang duduk atas lantai kerana kerusi
tak cukup.
Tapi sahabat bagi tahu, yang ramai bukan
pun AJK harian kawasan. Yang meramaikan adalah ahli biasa sehingga pelajar
tahfiz pun datang sebagai peserta. Jika hanya AJK harian kawasan yang datang,
cukup kerusi yang disediakan.
Penulis bagi tahu, jika begitu tak
tercapailah sasaran peserta liqa’ yang diwajibkan kepada AJK harian kawasan.
Sebaliknya, ahli biasa pun boleh datang, malah mungkin ada yang masih baru atau
yang belum jadi ahli pun boleh datang.