Benarkah Ia Rasul yang terpuji?
Memang,
di dalam masyarakat Dayak terdapat beberapa anak suku, iaitu Kenyah,
Iban, Kayan, Bahau dan sejumlah kelompok kecil yang tersebar hampir di
seluruh Kalimantan, termasuk Sabah dan Serawak di wilayah Malaysia
Timur. Namun akar budaya dan kepercayaan kami hampir tidak berbeza.
Jasa Pendakwah Injil
Tidak
seorang pun pendakwah Islam yang pernah memberi tahu bahawa ada
keringanan-keringanan yang tidak terlalu keras terhadap najis anjing dan
babi, serta tidak terlalu memaksa seseorang yang baru membaca syahadat
agar segera dikhitan. Seakan keringanan itu sengaja disembunyikan.
Berbeza
dengan sikap para pendakwah Kristian baik dari kalangan agama Katolik mahu pun
Protestan. Selepas Perang Dunia berakhir mereka datang berduyun-duyun
membawa hadiah, ilmu dan pengetahuan baru yang dapat mengubah cara hidup
kami tanpa mengharu biru adat istiadat dan upacara ritual nenek moyang.
Sungguh mereka
banyak melakukan banyak perkara untuk suku Dayak, termasuk saya dan seluruh keluarga
saya, yang sebagai pengikut Jesus,, segala keperluan
hidup kami selalu dipenuhi. Oleh kerana itu, untuk menanggung lapan
orang anak dan seorang isteri, saya tidak pernah mengeluh walaupun selama
lima belas tahun saya sepenuhnya hanya mengabdikan diri pada agama
Katolik selaku pendakwah.