Saturday, December 17, 2011

Iselyus Uda menemui Islam setelah 15 tahun menjadi pendakwah Kristian

Nama saya Iselyus Uda. Isteri saya Maria Juana. Lima belas tahun saya menjadi pendakwah Injil di Kalimantan Tengah sehingga akhirnya saya bertemu dengan seorang lelaki dalam suatu mimpi. 

Benarkah Ia Rasul yang terpuji?
Tidak pernah terbayang kelak saya akan menginjakkan kaki di negeri yang dirindukan umat Islam (tanah suci). Bahkan tak pernah terfikir saya akan memeluk agama yang sebelumnya saya benci (Islam). Sebab, sejak kecil saya dan isteri biasa hidup di lingkungan adat yang sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.

Memang, di dalam masyarakat Dayak terdapat beberapa anak suku, iaitu Kenyah, Iban, Kayan, Bahau dan sejumlah kelompok kecil yang tersebar hampir di seluruh Kalimantan, termasuk Sabah dan Serawak di wilayah Malaysia Timur. Namun akar budaya dan kepercayaan kami hampir tidak berbeza.

Jasa Pendakwah Injil

Tidak seorang pun pendakwah Islam yang pernah memberi tahu bahawa ada keringanan-keringanan yang tidak terlalu keras terhadap najis anjing dan babi, serta tidak terlalu memaksa seseorang yang baru membaca syahadat agar segera dikhitan. Seakan keringanan itu sengaja disembunyikan.

Berbeza dengan sikap para pendakwah Kristian baik dari kalangan agama Katolik mahu pun Protestan. Selepas Perang Dunia berakhir mereka datang berduyun-duyun membawa hadiah, ilmu dan pengetahuan baru yang dapat mengubah cara hidup kami tanpa mengharu biru adat istiadat dan upacara ritual nenek moyang.

Sungguh mereka banyak melakukan banyak perkara untuk suku Dayak, termasuk saya dan seluruh keluarga saya, yang sebagai pengikut Jesus,, segala keperluan hidup kami selalu dipenuhi. Oleh kerana itu, untuk menanggung lapan orang anak dan seorang isteri, saya tidak pernah mengeluh walaupun selama lima belas tahun saya sepenuhnya hanya mengabdikan diri pada agama Katolik selaku pendakwah.

Friday, December 16, 2011

Sejarah lambang bulan bintang dalam Islam

Beberapa versi ahli sejarah mengatakan bahawa sebenarnya asal usul lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khilafah Turki Utsmaniah.

Khilafah ini adalah warisan terakhir kejayaan umat Islam. Memiliki luas wilayah yang membentang dari hujung barat sampai hujung timur dunia. 


Wilayahnya mencakupi tiga benua besar dunia, Afrika, Eropah dan Asia. Ibukotanya adalah kota yang sejak 1400 tahun yang lalu telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW sebagai kota yang akan jatuh ke tangan umat Islam.

Rasulullah bersabda, “Qonstantinopel akan kalian bebaskan. Pasukan yang mampu membebaskannya adalah pasukan yang sangat kuat. Dan panglima yang membebaskannya adalah panglima yang sangat kuat..”

Berabad-abad lamanya umat Islam memimpikan realisasi khabar gembira Rasulullah itu. Namun sejak zaman Khilafah Rasyidah, Khilafah Bani Umayah hingga Khilafah Bani Abbasiyah, khabar gembira itu tidak pernah juga terlaksana. 

Memang sebahagian Eropah sudah jatuh ke tangan Islam, iaitu wilayah Sepanyol dengan kota-kotanya antara lain: Cordova, Seville, Granada dan seterusnya. Namun jantung Eropah belum pernah jatuh secara penuh ke tangan Islam.

Thursday, December 15, 2011

Zaynab al-Ghazali : Serikandi Ikhwan Muslimin yang mengerunkan regim

Zaynab al-Ghazali bukanlah seperti wanita biasa. Seperti Aisha Abdul Rahman, beliau merupakan rakyat Mesir dan mempertahankan hak-hak wanita Islam berdasarkan apa yang diyakini beliau sebagai fahaman Islam yang betul. 

Beliau dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917 di dalam keluarga yang terhormat, keturunan Umar al-Khattab dan al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. 

Ayah beliau juga merupakan lulusan al-Azhar. Beliau lebih terkedepan sebagai pejuang dan aktivis Islam daripada seorang yang ulama’. 

Sewaktu mudanya, beliau aktif dalam pergerakan feminis, dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir (Egyptian Feminist Union) yang diasaskan oleh Huda as-Syarawi pada tahun 1923. 

Beliau telah keluar daripada persatuan itu disebabkan tidak bersetuju dengan idea dan landasan perjuangan gerakan pembebasan wanita. 

Pada umur 18 tahun (1936), beliau mengasaskan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hal-ehwal dan akitiviti-aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam dan tujuan ke arah Islam.

Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna pada 1928 mempunyai perancangan untuk mengasaskan sayap wanita di dalam pertubuhannya. Hasan al-Banna telah meminta beliau untuk mengetuai bahagian wanita dalam Ikhwan Muslimin. 

Beliau dan persatuannya menolak tawaran ini tetapi menyatakan persetujuan untuk memberikan kerjasama. Setelah Ikhwan Muslimin dibubarkan pada tahun 1948, Zaynab al-Ghazali telah berbaiah kepada Hasan al-Banna pada tahun 1949 untuk menyokongnya dan bersama memperjuangkan sebuah daulah Islam. 

Malangnya Hasan al-Banna telah gugur syahid tidak lama setelah itu. Kesedihan hati Zaynab telah tercoret dalam bukunya yang masyhur, Hari-hari Dalam Hidupku. 

Beliau menyambung perjuangan dan mengotakan baiahnya kepada pemimpin Ikhwan Muslimin yang menggantikan Hasan al-Banna iaitu Hasan al-Hudhaibi. 

Perjalanan panjang perempuan Yunani menemui jalan Islam

 Pelbagai pertanyaan muncul dalam benak Myrto, perempuan berasal dari Athen, Greece, beberapa minit setelah ia mengucapkan dua kalimat syahadat, sebagai syarat sahnya ia menjadi seorang muslim.

Myrto masuk Islam pada Ogos 2011. Itu ertinya ia benar-benar masih menjadi seorang mualaf. Walau ia masuk Islam atas kesedaran dan pilihannya sendiri, Myrto tidak boleh menghalang pertanyaan-pertanyaan yang muncul di kepalanya.

Apakah syahadat ini membuat saya menjadi seorang muslim? Apa sebenarnya muslim itu? Mudahkah menjadi seorang muslim? dan apa yang akan terjadi setelah saya menjadi seorang muslim? Bagaimana jika saya menyesali pilihan saya ini?

Itulah pertanyaan-pertanyaan yang mengganggu fikiran Myrto, beberapa minit setelah ia bersyahadat.

"Saya perlu waktu 9 tahun untuk meyakini bahawa Tuhan itu ada dan memilih agama Islam sebagai cara untuk menyembah-Nya," ungkap Myrto memulakan kisahnya memilih Islam sebagai agamanya


Ia mengaku telah melepasi masa-masa sangat berat dalam hidupnya. Ia mengalami trauma yang berat semasa masih berusia kanak-kanak sehingga masa remaja dan dewasa, yang membuatnya merasakan kekecewaan yang dalam hingga ia benar-benar menolak mempercayai bahawa Tuhan itu ada, menolak kehadiran Tuhan dalam hidupnya.

Myrto juga merasa tidak puas melihat perilaku para pendeta di Yunani. Tapi ketidakpuasan itu yang lalu mendorongnya untuk mulai membaca segala hal tentang agama.

"Merasa tersiksa, letih dan putus asa untuk mendapatkan semua jawapan atas pertanyaan-pertanyaan saya, awalnya saya mempunyai untuk membaca berbagai tulisan tentang agama, falsafah, dan sejarah. Saya fikir itu lebih baik daripada saya mencari jalan keluar dengan berjumpa tukang ramal, tukang baca kad ramalan, menghisap ganja atau menegok arak," ujar Myrto.

Sebagai perempuan yang dibesarkan dengan nilai-nilai tradisional keluarga Yunani kelas menengah, yang menjunjung tinggi nilai-nilai kejujuran, kebanggaan diri dan martabat, Myrto merasa tidak perlu menjadi sebahagian dari sebuah kelompok agama atau kelompok ahli falsafah untuk memuaskan keperluannya akan kehangatan dan kasih sayang.

"Saya sangat mencintai dan menghormati identiti kebudayaan Yunani yang mengalir dalam darah saya, dan saya tidak mahu meniru atau memalsukan identiti atau kebangsaan yang lain," kata Myrto.

Wednesday, December 14, 2011

Kisah sebenar Barbarossa, dari lanun kepada jihad


Anda yang gemar membaca komik Asterix dan anda yang pernah menonton filem ‘Pirates of The Carribean’, tentu ingat karakter jahat ‘Barbarossa’? Sejak zaman pertengahan, aneka macam karya fiksen Eropah dan Amerika biasa menggunakan nama Barbarossa untuk menamakan karakter seorang penjahat (biasanya seorang lanun laut jahat). 
 
Kebiasaan para penulis fiksen Eropah dan Amerika yang selalu menyudutkan ini tiba masanya kita selesaikan sehingga di sini.
 
The Barbarosa Brothers
 
Pada abad ke-15 masehi, di Laut Mediteranean ada dua lanun laut bersaudara yang disebut The Barbarossa Brothers. Kedua tokoh ini menjadi legenda dalam dunia ‘perlanunan’ dan merupakan tokoh pelaut yang sangat ditakuti orang-orang Eropah pada zamannya.

Kebiasaannya ialah merompak barang-barang berharga yang diangkut oleh kapal-kapal milik kerajaan-kerajaan Eropah yang melintasi Laut Mediteranean. 
 
Anak kapal yang dilanun biasanya diberi dua pilihan; mati kerana melawan atau hidup dengan menyerah secara sukarela.

Siapakah sebenarnya Barbarossa yang sangat ditakuti oleh orang-orang Eropah selama berabad-abad itu? Mengapa hingga zaman sekarang nama itu terus menghantui benak dan fikiran mereka?

Barbarossa bukanlah sebuah nama. Barbarossa merupakan kata dalam bahasa Latin –gabungan dari kata barber (janggut) dan rossa (merah). Jadi Barbarrossa bererti janggut merah. 
 
Barbarossa merupakan julukan yang diberikan oleh para pelaut Eropah kepada adik-beradik Aruj dan Khairuddin dari Turki. Kedua adik beradik ini hanyalah pelaut-pelaut biasa yang rutin berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki.
 
Awal Gerakan Barbarosa
 
Pada suatu hari, tanpa sebab yang jelas, kapal milik keluarga mereka diserang secara ganas oleh kapal tentera Knight of Rhodes. Dalam peristiwa ini, adik bungsu Aruj dan Khairuddin mati terbunuh. Aruj dan Khairuddin sangat terpukul dengan kematian adik bungsu mereka.

Sejak hari itu, mereka melakukan gerakan lanun laut kepada semua kapal-kapal tentera milik kerajaan-kerajaan Kristian. Gerakan mereka sangat menggemparkan dan membuat mereka ditakuti tentera Kristian. 
 
Aruj dan Khairuddin pun kemudian dikenali sebagai The Barbarossa Brothers Pirates kerana keduanya berjanggut merah.

Monday, December 12, 2011

12 tasik terindah di dunia

Banyak orang yang memilih bercuti di tepi laut berbanding di tepi tasik. Sedangkan, banyak tasik yang tidak kalah indah dengan laut. Dari banyak tasik di dunia, inilah 12 tasik yang paling spektakuler. 
 
Tasik ini terletak di tempat yang tinggi, dalam, jernih, dan menampilkan pemandangan yang indah. Semuanya boleh dilihat melalui kapal, kereta kabel, pejalan kaki, atau menara kastil.

Danau Malawi1. Tasik Malawi, Malawi
 
Merupakan rumah bagi 1.000 spesies ikan, paling banyak di antara tasik lainnya. 


Tasik Malawi yang juga disebut Danau Nyasa merupakan tasik ketiga terbesar di Afrika dengan panjang 363 mil dan kedalaman mencapai 50 mil. 

Tasik ini terletak di 2.300 kaki di bawah permukaan laut, di antara perbatasan Malawi, Mozambik, dan Tanzania, yang menyokong ratusan penduduk tempatan dengan kekayaan sumber mata airnya, yang sayangnya semakin menipis akibat penangkapan ikan berlebihan. 

Bahagian selatannya bersempadan dengan daerah yang kaya kehidupan liar. Cape Maclear, yang merupakan taman nasional air tawar pertama dan kawasan warisan dunia UNESCO pada tahun 1984.


Danau Peyto2.
Tasik Peyto, Alberta, Kanada
 
Tasik Peyto terletak di bahagian Alberta, di daerah Pergunungan Canadian Rockies. 

Airnya berwarna turquoise yang indah dan kadang-kadang dihubungkan dengan keindahan perairan hangat seperti di Antigua dan Bora-Bora. 

Tasik Louise, yang juga ada di Alberta, memang merupakan yang paling terkenal dan sering dijadikan foto pada setem pos dan poster. 

Namun, Tasik Peytolah, yang terletak 29 mil sebelah utara Icefields Parkway, di antara pergunungan Canadian Rockies, merupakan yang paling indah untuk diabadikan. 

Untuk melihat pemandangan yang lebih dramatik dari tasik yang panjangnya 1,7 mil ini berkelilinglah di hutan yang tebal menuju puncak gunung, lalu turun ke arah Bow Summit, puncak tertinggi dari lorong taman kemudian ikuti lorong hiking untuk melihatnya.


Danau Crater3.
Tasik Crater, Oregon
 
Seribu tahun yang lalu, puncak gunung berapi Cascade Range meletus dan meninggalkan lubang besar yang dikenali sebagai
Tasik Crater. 

Tasik ini merupakan pusat Taman Nasional yang terletak di sebelah utara Oregon yang menampilkan keindahan alam yang indah dan dahsyat. 

Hutan yang hijau dan terletak di ketinggian 2.000 kaki di sekitar tasik , menambah keindahan yang ada. Kedalaman tasik yang mencapai 1.943 kaki menjadikan tasik ini sebagai tasik terdalam di daratan AS dengan warna perairan biru batu permata.

Danau Taal4.
Tasik Taal, Filipina
 
Letak
tasik ini adalah 37,38 mil di sebelah selatan Manila. Menjadi terkenal kerana dua sebab, iaitu mempunyai kedalaman yang mencapai 564 kaki dan rumah bagi gunung berapi terkecil di dunia yang paling aktif, Gunung Taal. 

Gunung Taal ini terletak di dalam perairan yang berdekatan dengan Pulau Luzon. Tasik ini terbentuk kerana ledakan gunung berapi yang meninggalkan lubang besar. 

Semasa ini, pakar gempa meluangkan waktu mereka untuk memonitor pusat gempa dan mengirimkan peringatan letusan kepada Jabatan Pelancongan. 

Namun, banyak agen perjalanan yang menawarkan pelancung ke sini walaupun daerah ini sudah diwartakan sebagai zon berbahaya. Jalan selamat untuk melihat pemandangan ini adalah dengan melalui jaan Tagaytay-Taal berhampiran Tagaytay City.

Rahsia keajaiban air Zam-Zam


Tidak banyak yang tahu bagaimana caranya telaga air zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada satu musim haji, tanpa pernah kering satu kali pun. 
Seorang pengkaji pernah diperintahkan raja Faisal menyelidiki telaga air zam-zam untuk menjawab tuduhan kotor seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter air zamzam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap musim haji? Mari kita kira secara sederhana. Jamaah haji yang datang dari seluruh pelusok dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah kira-kira dua juta orang. 
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya. Kalau 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter zam-zam ke negaranya, itu sahaja sudah 10 juta liter. 
Disamping itu sepanjang di Mekah, jika kebanyakan jamaah  tinggal 25 hari, dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari, maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!.

Keanehan air Zamzam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari negeri Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air Zamzam itu tidak sihat untuk diminum. 
Perkiraannya didasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut. Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air Zamzam. Masya Allah.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini, dan mengirimkan sampel air Zamzam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.

Tariq Hussain, jurutera kimia yang bekerja di Institut Pemurnian Air Laut untuk diminum, di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.