Assalam
Dua perkara
yang penulis sarankan supaya PH segera lakukan untuk memperkukuhkan pakatan
politik ini tetapi masih tidak dilakukan. Pertama, melantik Pengerusi PH di
negeri-negeri dan kedua, mengarahkan PH negeri membuat pembahagian kerusi
antara ketiga-tiga parti dalam PH.
Apa fokus PH
sekarang ini pun kabur kerana masih keluar berita , kenyataan bersama sekelompok
ahli-ahli Parlimen tertentu dari PKR, AMANAH dan DAP menyatakan pendirian terhadap
sesuatu isu.
Mereka bukan
dari ahli parlimen PH yang biasa tapi memegang jawatan tinggi dalam parti.
Mengapa mereka tidak mengambil inisiatif memastikan pendirian yang dibuat
adalah dari PH bukan sekelompok ahli parlimen PH.
Mungkin kerana
kelompok ahli Parlimen ini juga mengandungi ahli parlimen dari Warisan,
Pejuang, Muda dan Bebas. Maka, mereka terpaksa membuat pendirian berasingan
daripada pendirian PH.
Atau pun ,
inilah kelompok yang mahu idea ‘grand coalition’ dilaksanakan tapi masih
tercari-cari jalan untuk menjayakan idea ini. Jika benar, mereka hanya
membenarkan dakwaan bahawa dalam ketiga-tiga parti dalam PH , terdapat dua
kelompok pimpinan yang berbeza pandangan tentang idea ‘grand coalition’
Mengapa
Majlis Presiden PH tidak membuat keputusan segera mengenai idea ini? Jika
bersetuju, laksanakan segera idea ini. Jika tidak setuju, tinggalkan terus idea
berkenaan. Jangan kerana idea ini, PH nampak tidak bersama, hilang arah, tidak
konsisten dan berpecah.
Penulis juga
tidak bersetuju dengan beberapa pimpinan PH yang berlebih-lebihan mempertahankan
Tun M hanya kerana mereka penyokong idea ‘grand coalition’ .
Hakikat
bahawa kejatuhan kerajaan PH adalah kerana Tun M harus diakui. Tun M meletak
jawatan bukan kerana dia hilang majoriti kerana pada masa itu masih ada 114
ahli parlimen yang mempertahankan kerajaan PH.
Sekiranya, Tun M berbincang dengan pimpinan PH sebelum meletak jawatan. Perletakan jawatan ini akan berlaku sama seperti perletakan jawatan beberapa PM yang lepas kerana PH masih ada majoriti 114 ahli parlimen.