Hari Raya pertama tahun ini , penulis tak sempat beraya di kampung. Lepas je baca khutbah raya di kampung sebelah, penulis dan seisi keluarga terus ke Teluk Sareh, Parit ziarah jenazah Pak Lang penulis yang meninggal dunia pada malam Raya.
Hari Raya ketiga selepas pergi perjumpaan raya dengan kawan sekolah, penulis balik ke rumah. Tak sempat lama pun dengan kawan2 sekolah sebab takut sampai lewat ke rumah. Itupun 2.30 pagi baru sampai rumah.
Terpaksa balik rumah juga hantar anak isteri sebab malam tu juga kena naik bas ke Parit Buntar buat kerja2 jamaah yang belum selesai. Sebelum berangkat ke luar negara , penulis kena selesaikan dulu kerja yang belum selesai.
Seminggu di Parit Buntar, banyak yang penulis dapat selesaikan. Siapkan laporan mesyuarat agung jamaah kawasan, pemuda kawasan dan baki lapan cawangan jamaah yang belum hantar ke Pejabat Agung jamaah dan pejabat pendaftar pertubuhan.
Selesaikan laporan mesyuarat penubuhan tiga cawangan yang baru dapat sijil pendaftaran. Tubuh satu cawangan penaja yang dah lama cuba nak tubuh tapi tak tertubuh. Bagi penerangan lebih terperinci kepada seorang lagi Penolong SU jamaah yang akan ambil tugas penulis.
Setiap hari dalam seminggu ini sibuk untuk buat kerja2 ini. Web jamaah pun tak sempat nak update. Begitulah bila balik Parit Buntar , tak sempat nak update web dan blog jamaah kerana kerja jamaah lain lebih penting untuk dibuat. Bila balik rumah barulah ada masa untuk update web dan blog jamaah.
Kerja2 pengurusan cawangan inilah yang menjadi salah satu punca penulis tidak tinggalkan jamaah di kawasan. Sesetengah pimpinan jamaah anggap pengurusan cawangan tak penting.
Tapi bagi penulis akar umbi inilah yang akan memperkuatkan jamaah. Jika akar umbi tak kuat, jamaah kawasan akan lemah.
Tapi bagi penulis akar umbi inilah yang akan memperkuatkan jamaah. Jika akar umbi tak kuat, jamaah kawasan akan lemah.
Almarhum Ust. Fadhil Noor selalu tekankan pentingnya jamaah kawasan tubuhkan banyak cawangan. Setiap lorong kalau boleh biar ada cawangan jamaah.
Almarhum Ust. Hassan Shukri bagi tahu penulis, jamaah akan kuat jika cawangan jamaah banyak ditubuhkan. Ust. Hassan bagi contoh kawasan Pendang dan Baling yang banyak cawangan jamaah.
Baru2 ini, Presiden jamaah juga bercakap tentang pentingnya banyak cawangan ditubuh dalam satu2 kawasan kalau nak menang pilihanraya. Tok Guru mungkin melihat pengalaman kekalahan jamaah di Bagan Pinang yang antara faktornya akar umbi tak kuat, hanya ada 3 cawangan sahaja.
Pengurusan cawangan ini duduk di bawah tanggungjawab SU jamaah kawasan. Sejak dulu lagi SU jamaah kawasan kena pastikan cawangan jamaah aktif dan cawangan jamaah sentiasa bertambah.
Aktif bukan setakat ada mesyuarat agung, ada aktiviti tetapi memastikan laporan mesyuarat agung dihantar ke Pejabat Agung dan pejabat pendaftar pertubuhan.
Namun, tak semua SU jamaah kawasan laksanakan amanah ini. Pengurusan cawangan dianggap tak penting dan akhirnya banyak cawangan yang batal dan bubar . Banyak cawangan ditubuhkan tetapi lepas tubuh cawangan ini dibiarkan dan akhirnya terbatal kerana tak hantar laporan ke pendaftar pertubuhan.
Baru2 ini , pendaftar pertubuhan lambatkan kelulusan pendaftaran cawangan baru. Hampir 2 tahun masih tak diluluskan. Ramai yang marah kepada pendaftar pertubuhan kerana lewatkan kelulusan ini. Tapi tahukan apa punca sebenar, cawangan baru lewat diluluskan?
Penulis dan SU jamaah kawasan pergi ke Pejabat Agung tanya masalah ini sebab terlalu lama menunggu. Jawapannya, kerana banyak cawangan jamaah seluruh negara yang tak hantar laporan. Tubuh cawangan banyak2 tapi lepas itu tak hantar laporan.
Betulkah cawangan banyak tak hantar laporan?. Penulis kata betul , sebab semasa penulis mula2 pegang SU jamaah kawasan perkara ini benar2 berlaku. Cawangan jamaah berterabur, tak pasti yang mana aktif, yang mana tak aktif, yang mana buat mesyuarat agung, yang mana tak buat mesyuarat agung, yang mana berdaftar, batal dan bubar.
Sebelum penulis jadi SU jamaah kawasan, penulis dapat rasa masalah ini kerana ada orang cawangan yang datang jumpa penulis bagi tahu ada yang pergi jumpa dia suruh isi borang pencalonan dengan nama orang tertentu.
Penulis tanya cawangan dia dah buat mesyuarat agung ke tidak, dia cakap tak buat dari dulu. Penulis cakap dekat dia, kalau tak buat mesyuarat agung tak boleh isi borang pencalonan. Dia kata, depa tak bagi tahu pun.
Lepas tu, penulis tanya pemangku YDP masa tu. Kenapa dia biarkan pencalonan cawangan tak buat mesyuarat agung diterima. Dia kata dia pun tak tahu, tanya SU jamaah kawasan.
Sebaik penulis jadi SU jamaah kawasan, penulis pergi ke Pejabat Agung untuk ketahui status cawangan. Ada cawangan aktif tapi dah batal pendaftarannya, ada cawangan aktif tapi tak berdaftar, banyak yang dah terbatal dan bubar. Kenapa jadi begitu, kerana dah terlalu banyak tahun tak hantar laporan ke pejabat pendaftar pertubuhan.
Status jamaah kawasan mujur sahaja tak dibatalkan kerana sempat dihantar laporannya untuk banyak tahun oleh SU jamaah kawasan sebelum tu.
Penulis tak mahu salahkan SU jamaah kawasan yang lepas kerana mungkin dia sibuk dan tak sempat untuk urus cawangan. Tapi setahu penulis beliau rapat dengan orang2 hebat dari segi pemikiran yang boleh bantunya. Malangnya, mereka tak bantunya untuk urus cawangan tapi sekadar jadi penasihat.
SU jamaah kawasan merupakan nadi jamaah kawasan. Memang sibuk jadi SU jamaah kawasan . Pernah seorang sahabat jamaah tanya bolehkah penulis buat dalam keadaan penulis banyak jawatan jamaah kena pegang, bekerja, sedang sambung belajar dan kena urus perniagaan. Penulis cakap , InsyaAllah.
Penulis bukan jenis orang yang lari dari tanggungjawab. Sesetengah orang mula2 sahaja nampak bersungguh tapi bila dah rasa tak boleh pi. Sanggup lari tinggalkan kerja dia kepada orang lain untuk buat.
Penulis cuba selesaikan semua masalah cawangan apabila jadi SU jamaah kawasan. Yang tak berdaftar didaftarkan, yang dah batal dan bubar ditubuhkan semula, yang tak aktif diaktifkan semula, yang tak buat mesyuarat agung pastikan buat mesyuarat agung.
Bukan senang untuk buat kerja semua ini, penulis ambil masa hampir 3 tahun untuk selesaikan semuanya.
Masalah yang berlaku dalam banyak kawasan ialah SU jamaah serahkan bulat2 urusan laporan ke pejabat pendaftaran kepada cawangan. Sebenarnya tak semua SU jamaah cawangan yang mampu buat.
Banyak jamaah cawangan terletak di kampung, jadi ada SU jamaah cawangan yang tak pandai nak guna komputer, ada yang dah uzur, ada yang hanya boleh membaca tak pandai menulis, ada yang bergantung harap kepada ketua cawangan dan macam2 lagi.
Penulis faham masalah ini, jadi penulis ambil pendekatan membantu mereka memudah urusan menghantar laporan secara sistematik dan berpusat.
Permulaan memang banyak kerja yang penulis kena buat. Sebelum mesyuarat agung kena buat taklimat dengan cawangan. Sediakan fail yang ada contoh minit mesyuarat agung, borang2, penyata kewangan, senarai lengkap Ajk.
Dah selesai mesyuarat agung , kena dapat semula fail dari cawangan. Kena susun dan staples satu persatu minit mesyuarat, borang2, penyata kewangan, senarai lengkap Ajk. Yang tak lengkap kena dilengkapkan kerana bukan semua cawangan yang buat kerja sempurna, ada yang buat ‘halal balal’ sahaja.
Selalunya , cawangan tak isi no. ic Ajk cawangan, penulis tak bagi balik kepada cawangan kerana tahu sampai lambat. Jadi penulis cari no. ic yang tak ada dalam buku daftar pemilih.
Tahun pertama dan kedua, penulis buat semua tu sorang2. Tahun ketiga ada Pak Cik yang kerja jadi pembantu pejabat jamaah tolong penulis susun dan staples. Sekarang dah ada kerani di pejabat yang tolong susun dan staples.
Sesetengah orang rasa pelik sebab apa penulis sanggup naik bas dua minggu sekali balik Parit Buntar. Sebab mereka tak buat apa yang penulis buat. Mereka pelik kerana bagi mereka jamaah bukanlah satu keutamaan, inilah pentingnya tarbiyah.
Ada yang tak setuju, penulis tolong SU jamaah kawasan kerana bagi mereka itu semua tugas SU jamaah kawasan. Penulis bukan begitu, yang boleh ditolong kena tolong kerana SU jamaah kawasan banyak kerja lain kena buat.
Sebab apa , perlembagaan jamaah diubah sehingga boleh lantik 3 orang Penolong SU. Inilah sebabnya, untuk ringankan tugas SU jamaah kawasan.
Syukurlah, cawangan jamaah dapat diurus dengan baik walaupun masih ada cawangan yang kurang aktif dan perlu diaktifkan. Masih ada tempat yang perlu ditubuhkan cawangan. Ahli baru perlu ditambah melalui usaha yang berterusan.
Penulis harap semua kerja ini mampu dilaksanakan Penolong SU jamaah yang ambil tugas penulis. Sebenarnya semua kerja ini akan jadi mudah sekiranya lahir dari hati yang ikhlas mengharapkan redha Allah.
Sentiasa ingat , walaupun orang lain tidak tahu apa yang kita buat, tapi Allah Maha Mengetahui.
Wassalam.