Assalam,
Tarikh
18 Mei telah berlalu, sidang Dewan Rakyat hanya bagi urusan Titah Diraja
Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong. Notis baru
sidang akan dikeluarkan, mungkin berlaku bulan Julai ini. Mungkin juga akan
berlaku bulan Oktober bersekali dengan pembentangan belanjawan
Sidang disingkatkan menggunakan alasan Covid
19, sedangkan di pihak pembangkang mendakwa TS Muhyiddin takut berhadapan
dengan usul undi tidak percaya. Namun ,dilihat dari kedudukan kerusi anggota
parlimen kerajaan melebihi anggota
parlimen pembangkang. Benarkah TS Muhyiddin tidak berani?
Sebelum Langkah Sheraton
Melihat ke belakang , berlakunya kejatuhan
kerajaan PH bukanlah secara kebetulan tapi melalui perancangan sejak awal
kerajaan PH ditubuhkan. Wataknya adalah Tun, TS Muhyiddin dan Azmin. Ada yang
menafikan penglibatan Tun dan menyatakan bahawa Tun dikhianati.
Benar Tun dikhianati tapi sebelum dikhianati ,
apakah yang dilakukan oleh Tun dengan kuasa Perdana Menteri yang beliau
perolehi. Rakyat boleh menyaksikan sendiri perlantikan Menteri-Menteri yang
sebenarnya tidak sepatutnya berada di posisi itu.