Himpunan duduk bantah Bersih 3.0 tinggal
beberapa hari lagi. Namun suasana nampak berbeza dari dua himpunan Bersih
sebelum ini. Waktu-waktu begini semasa
dua himpunan Bersih lalu sudah amat panas dengan provokasi pihak penentang
Bersih.
Penulis rasa tak selesa dengan suasana ‘nyaman
‘ Bersih 3.0. Penulis yang hari-hari update FB dan blog jamaah dapat melihat
berbezanya sambutan pengguna FB dan bloggers. Friends FB jamaah yang dulunya
ramai yang tukar profile picture dengan pelbagai tema kuning Bersih kini tidak
lagi.
Tidak meriah lagi kuning pada profile
picture pengguna FB , begitu juga blogger yang ramai masih tidak menukar
background blog dengan kuning. Kenapa ini berlaku?
Apabila ada anak muda friends FB jamaah
bertanya macam mana cara nak pergi himpunan Bersih 3.0 maka seperti biasa penulis
hubungi sabahat jamaah kawasan di Malaysia bertanya persiapan untuk pergi
himpunan Bersih 3.0.
Terkejut penulis kata sahabat , “ Kita berhimpun
Padang Polo tahun ni” . Kenapa di Padang Polo, sahabat bagi tahu , himpunan
Bersih 3.0 diadakan di seluruh negara yakni di setiap negeri. Penulis kata
kepada sahabat , “habislah Bersih kali ini”
Sahabat juga sependapat dengan penulis.
Katanya , dulu masa-masa ini jamaah peringkat negeri dah beberapa kali panggil
aktivis jamaah kawasan terutama pemuda untu bincang persiapan ke himpunan
Bersih. Namun untuk kali ini , tiada lagi mesyuarat untuk bincang cara pergi ke
himpunan Bersih 3.0.
Penulis agak keadaan ini berlaku kerana
suasana selesa yang diberikan kerajaan . Tiada lagi ugutan, tangkapan yang
ramai, provokasi yang berlebihan oleh pihak penentang. Tiada lagi publisti
percuma dari media massa perdana walaupun negatif. Lebih melemahkan apabila
setiap negeri ada buat himpunan yang sama.
Penulis ucap terima kasih kepada keberanian
mahasiswa yang kekal berkhemah di Dataran Merdeka hingga himpunan Bersih 3.0.
Merekalah yang sedikit memanaskan himpunan Bersih 3.0. Mereka orang cerdik tahu
cara nak ambil perhatian kerajaan dan rakyat.
Penulis juga ucap terima kasih kepada
samseng-samseng Umno yang pi belasah mahasiswa di Dataran Merdeka. Terima kasih
bukan kerana tindakan tidak bertamadun itu, terima kasih kerana memanaskan
suasana sebelum Bersih 3.0 yang muram. Tidak cerdiknya samseng-samseng Umno juga
pemimpin yang mengarahkan mereka.
Berbalik kepada himpunan Bersih 3.0 di
setiap negeri. Penulis sangat hairan kepada penganjur Bersih 3.0 yang tidakkah
terfikir bahawa jika buat di setiap negeri menyebabkan peserta himpunan Bersih
ada pilihan untuk pergi ke himpunan Bersih. Jumlah yang ramai ke Dataran
Merdeka kini sudah berpecah ke negeri-negeri.