Salam,
Jika Johor menjadi kubu UMNO di selatan
tanah air, Perlis pula menjadi negeri
kubu kuat UMNO di utara. Bagaimanapun seperti juga Johor, BN juga berdepan masalah besar untuk mengekalkan Perlis dalam
gengaman BN.
Faktor utama yang menjadi ketakutan BN mengekalkan
sokongan dikalangan orang Melayu adalah perbalahan berterusan antara pemimpin
utama UMNO Perlis iaitu bekas MB Sahidan Kasim dengan MB sekarang Mat Isa Sabu yang disokong Radzi Sheikh Ahmad.
Ada pendapat yang berpendapat perbalahan
tersebut tidak memberi kesan kerana hanya melibatkan perubahan undi 5 – 10%
sahaja. Benar tiada masalah jika di negeri lain, tapi 5-10% itu akan
mempengaruhi kemenangan sesorang calon kerana jumlah pengundi untuk setiap DUN
di Perlis adalah kecil.
Jumlah pengundi untuk satu-satu DUN di
Perlis hanya 6 ke 10 ribu sahaja. Jika
perubahan undi sedikit sahaja akan menyebabkan calon BN bloeh tersungkur.
Contohnya, DUN Baseri yang mempunyai lebih
7000 pengundi. Majoriti BN adalah 1111 pada PRU 12. Jika 10 % undi beralih
kepada PR akan menyebab calon BN akan tumbang.
Inilah sebabnya, Presiden UMNO semasa
kePerlis baru-baru ini telah menasihatkan semua pemimpin UMNO ini berhenti
bertelagah . Beliau tentunya sudah mempunyai maklumat risikan berkenaan
seriusnya masalah kepimpinan UMNO di Perlis.