أ
إِحْتِسَاب
Ihtisab (Mengharap Pahala Allah)
Maksudnya adalah berharap dan memohon pahala dan redha Allah swt.
dalam melaksanakan aktiviti Ramadhan.
Rasulullah saw. bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِه
“Barangsiapa berpuasa kerana iman dan berhadap ganjaran dari Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Muttafaqun alaih)
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْء
“Barangsiapa memberi buka orang yang berpuasa maka baginya
–pahala- seperti orang yang berpuasa, tanpa dikurangi sedikitpun
ganjaran orang yang berpuasa.” (Ahmad dan ditashih oleh Al-Albani)
ب
بَشَاَرَةُ
Basyarah (Khabar Gembira)
Kita bersyukur kepada Allah swt kerana kita bertemu bulan Ramadhan, bulan penuh khabar gembira. Rasulullah saw. bersabda:
“Jika
pada malam pertama bulan Ramadhan maka syaitan-syaitan diikat, jin-jin
diusir, pintu-pintu neraka ditutup, pintu-pintu syurga dibuka, dan tidak
akan ditutup selamanya. Pada setiap malamnya ada yang menyeru: wahai
pelaku kebajikan datanglah. Wahai pelaku kejahatan kurangilah. Allah
akan melepaskan hamba-Nya dari neraka, dan hal itu dilakukan setiap
malam Ramadhan.” (HR. Ibnu Majah dan dihasankan oleh Albani)
“Sesungguhnya didalam syurga ada pintu bernama Royyan, tidak ada yang memasukinya kecuali mereka yang shaum Ramadhan.” (Muttafaq alaih)
Para salafus shalih jika memasuki bulan Ramadhan mereka berdoa: “Ya
Allah, Dzat yang telah menaungi kami di bulan Ramadhan, jadikan kami
untuknya, anugerahkan kepada kami puasanya dan qiyamnya, anugerahkan pula
kepada kami kesungguhan, kekuatan, kegairahan, keseriusan, dan jauhkan
kami dari fitnah-fitnah di bulan Ramadhan ini.”