Thursday, October 14, 2010

Tulahan : Hidup berulang

Salam,



Tahun
Tempoh
Dari
Ke
Jarak
Kekerapan
Kenderaan
1998
1 tahun
Nibong Tebal
Jelutong
70 Km
Setiap hari bekerja
Motorsikal
1999
6 bulan
Nibong Tebal
Kuantan
600 Km
Dua minggu sekali
Bas
2001
1 tahun
Maran
Kuantan
90 Km
Setiap hari bekerja
Kereta
2008
6 bulan
Parit Buntar
Kuantan
600 Km
Dua minggu sekali
Bas
2008 - 2010
2 tahun
Kuantan
Parit Buntar
600 Km
Dua minggu sekali
Bas
2010/11
2 tahun
Parit Buntar
Australia
Jauh sangat
Ikut tiket murah
Kapal terbang


Berulang itulah yang penulis tempoh untuk berapa jangka masa yang penulis pun tak tahu bila akan berakhir. Kadang2 timbul persoalan , kenapa selalu kena berulang ? . Persoalan itu hilang bila penulis fikir bahawa tentu ada hikmah Allah tentukan begini.

Setengah orang ingat penulis seronok pergi luar negeri. Muka memang nampak macam seronok tapi hati Allah sahaja tahu. Bukan senang nak tinggalkan ayah dan mak di kampung yang uzur. Tambahan pula ayah baru saja keluar hospital.

Bukan senang nak tinggalkan jamaah di kampung yang mengharapkan penulis membimbing mereka menghadapi Ubn. Tak da sapa anak kampung yang boleh diharap membantu, moga Allah akan gerakkan hati seorang dua anak kampung untuk bantu jamaah di kampung.

Penulis pun tak tahu adakah penulis akan boleh hidup tanpa buat kerja jamaah di luar negeri. Penulis dah rasa peritnya hidup tanpa perjuangan di Maran. Hidup jadi kosong , memang tak boleh hidup macam tu.

Tulahan : Penyokong kepimpinan Ulama - Baca tulisan ini

Salam, 
http://buletinonline.net/images/stories/berita34/DSC01264.JPG


Pemuda jamaah pusat melalui Akademi Tarbiyyah Pemuda sekali lagi akan melakarkan sejarahnya yang tersendiri apabila satu Ijtima' Tarbawi Pemuda Kebangsaan dianjurkan di Perkarangan Masjid Rusila Terengganu . 

Penulis ucap tahniah kepada pemuda jamaah pusat yang berjaya mengumpul lebih 4000 pemuda jamaah seluruh negara untuk memperkasakan penghayatan dan perlaksanaan amal tarbawi dalam organisasi pemuda jamaah di semua peringkat.

Penekanan utamanya tarbiyah, 6 deklerasi telah diputuskan seperti di bawah,

Pertama, bertekad untuk memperkasakan tarbiyyah dengan memahami dan melaksanakan program tarbiyyah secara berterusan dan konsisten di dalam Dewan Pemuda PAS semua peringkat.
 
Kedua, memperkukuhkan program usrah di seluruh peringkat sebagai asas dan akar kepada semua program kepartian dan politik yang lain.
 
Ketiga, demi memperkasakan tarbiah di dalam Dewan Pemuda maka, kita (Pemuda) sebagai peserta program Ijtima’ Tarbawi 2010 bersetuju untuk mengadakan program Ijtima Tarbawi ini sebagai satu acara tahunan.
 
Keempat, menyokong konsep Kepimpinan Ulama’ dan mempertahankannya untuk menerajui Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai sebuah gerakan Islam yang memayungi umat Islam di seluruh negara, Insya’Allah.
 
Kelima, membina diri dan syakhsiyyah dengan terus mendalami ilmu-ilmu Islam mengikut acuan al-Quran dan as-Sunnah serta hikmah para ulama’ dan pejuang Islam sepanjang zaman.

Keenam, tarbiyah merentasi tanzim, dengan erti kata nilai-nilai tarbiyah menguasai dan mengoreantasikan seluruh kegiatan lajnah dan kegiatan jemaah di semua peringkat.

Penulis sangat setuju, tarbiyah diperkasakan bukan sahaja kepada ahli tetapi kepada kepimpinan jamaah semua peringkat. 

Kenapa sangat setuju ? kerana sudah ada pemimpin jamaah tidak takut lagi mengadai prinsip perjuangan untuk kepentingan peribadi.

Sudah ada pemimpin yang menganggap komisen balak boleh digunakan untuk kepentingan diri sendiri. Sudah ada pula penyokong kepada pemimpin yang sebegini.

Kenapa sudah ada pemimpin jamaah yang sanggup gadai prinsip ? kerana program tarbiyah di negeri , kawasan dan cawangan cukup lemah.

Banyak kawasan yang tidak mengadakan usrah kepada pimpinan kawasan. Lagi banyak cawangan yang langsung tak ada usrah.  Tamrin lagi la tak dak.

Nampak semangat apabila 4000 pemuda berkumpul dan berjanji untuk perkasakan tarbiyah. Namun berapa ramai yang akan bawa semangat itu dan laksanakan program tarbiyah di kawasan dan cawangan.

Penulis juga setuju dengan deklerasi keempat, menyokong konsep Kepimpinan Ulama’. Namun, penulis nak bagi pandangan lemahnya tarbiyah dalam jamaah adalah kerana hilangnya mereka yang bernama ulama iaitu kalangan Ustaz dan Ustazah dalam perjuangan.

Jangan marah penulis sebelum membaca pandangan penulis tentang realiti yang berlaku dalam jamaah kawasan. Penulis tulis pandangan ini semasa pemilihan parti yang lepas. Namun, ramai yang tak membacanya dan realiti yang penulis paparkan tetap tidak berubah.

Pemimpin atasan jamaah sama di pusat, pemuda , muslimat ada yang terlalu ghairah menekankan kepentingan kepimpinan ulama. Malah, ada yang mengunakan apa sahaja kesempatan menghentam sesiapa sahaja yang nampak macam tidak menyokong kepimpinan ulama.

Semasa musim pemilihan lepas, pemimpin2 ini juga menekankan kepentingan kepimpinan ulama. Bagi pemimpin ini, Presiden dan Timbalan Presiden mestilah ulama. Barulah jamaah boleh dianggap berada di bawah kepimpinan ulama.

Penulis cuma nak minta pemimpin ini merenung sejenak. Kenapa pemimpin ulama ditentang oleh pemimpin bukan ulama untuk jawatan tertinggi jamaah?.

Jawapannya, kerana mereka mendapat sokongan dan pencalonan dari Kawasan dan mereka yakin akan mendapat undi dari perwakilan Kawasan semasa Muktamar Pusat. Mengapa Kawasan mencalonkan pemimpin bukan ulama?.

Jawapannya, kerana ramai kepimpinan Kawasan disandang oleh pemimpin bukan ulama. Ke mana pemimpin ulama di Kawasan?. Inilah isu yang penulis hendak utarakan dalam penulisan ini.

Penulis berharap pemimpin ulama supaya turun ke Kawasan dan Cawangan, kemudian kira berapa orang ustaz/ustazah yang bergiat dalam jamaah?.

Tolak Kelantan dan Terengganu, realitinya ialah kurangnya ustaz/ustazah yang mereka ini ulama memegang jawatan dalam jamaah di Cawangan dan Kawasan. Mengapa begitu?

Bukan kerana tidak ditawarkan jawatan atau dihalang memegang jawatan oleh pemimpin bukan ulama. Tetapi kerana ustaz/ustazah ini tidak mahu memegang jawatan dalam jamaah. Ramaikah ulama dalam satu-satu Kawasan?.

Lulusan agama universiti tempatan dari UM,UKM,UIA dan Kolej Islam swasta. Lulusan agama universiti luar negara dari Mesir, Jordan, Madinah, India dan Indonesia. Lulusan Sekolah Agama Rakyat dan Pondok. Mereka ini ada di mana-mana dalam Kawasan.

Terdapat tidak kurang 10 sekolah menengah dan 30 sekolah rendah dalam satu-satu Kawasan. Sebuah sekolah mesti ada tidak kurang 2 orang ustaz/ustazah, tak termasuk ustaz/ustazah J-Qaf. Kiralah berapa orang ulama dalam satu Kawasan?.

Tak kira lagi ustaz/ustazah yang bekerja di Pejabat Agama. Tak kira lagi, lulusan SAR dan pondok yang menjadi pendakwah bebas. Walaupun ada juga yang terlibat, tetapi lebih memberatkan kuliahnya dari program jamaah. Ramai rupanya ulama dalam Kawasan.

Dari jumlah yang ramai itu, berapa yang terlibat dengan jamaah di Kawasan. Penulis tak boleh nak letak jumlah. Kiralah dalam Kawasan sendiri. Jawapannya, tentu mengecewakan.

Sehinggakan bila ada Mesyuarat Agung Dewan Ulama Negeri, ada Kawasan yang terpaksa kutip yang bukan ulama untuk hadir kerana tidak ada ustaz di Kawasan yang mahu hadir.

Malah kerana ketandusan ulama, pemimpin yang bukan ulama mengambil peranan mengajar di markas dan surau. Di Perak contohnya, munculnya 'Ustaz' Nazri Din lulusan ekonomi dari Larut. 'Ustaz' Radhi Zainon lulusan kejuruteraan di Gopeng dan ramai lagi. 

Semasa DS Ir. Nizar belum menjadi MB Perak, beliau juga dipanggil 'Ustaz' Mohd Nizar kerana berkemampuan mengajar di markas dan surau. Adakah mereka ini layak sebagai ulama profesional?

Mengapakah ustaz/ustazah tidak mahu terlibat dengan jamaah?. Jika tanya mereka pelbagai alasan diberi. Sibuk, anak tak sihat, kerja sekolah banyak, sokong kot belakang ja, nak berjuang lepas pencen dan macam2 lagi.

Hakikatnya, mereka takut sebab kerja kerajaan dan dah tandatangan aku janji. Jika berjuang nanti kena tukar, tak naik pangkat, kena black list. Ada yang dulu semasa mengajar SAR aktif jamaah, bila jadi  SABK dengar ceramah pun takut.

Peliknya, yang bukan ulama dan kerja kerajaan ramai yang boleh aktif. Inilah yang perlu difikirkan oleh pemimpin ulama. Kenapa ustaz/ustazah yang penuh di dada ilmu agama takut berjuang dibanding dengan mereka yang bukan ulama?.

Apabila kurangnya ulama muda aktif di Kawasan, di sesetengah Kawasan Ketua urusan ulama dan Lajnah Tarbiyah dipegang oleh ulama yang dah berumur. Ulama berumur dipilih kerana warak dan dihormati, tetapi tidak mampu menyusun gerak kerja tarbiyah.

Kesannya, program pentarbiyahan kepada ahli tidak berjalan, usrah dan tamrin kurang dilaksanakan. Masalah kurang tarbiyah di Cawangan dan Kawasan banyak berpunca kerana tiada pengerak dikalangan ulama.

Apabila program tarbiyah kurang di Kawasan, sudah tentu ramai ahli dan pimpinan di Kawasan tidak hadam tentang konsep kepimpinan ulama. Ramai yang keliru dan tidak faham.

Fenomena ini akan berterusan jika dibiarkan. Penulis mohon pemimpin ulama mengambil serius masalah ini. Jangan biarkan ketandusan ulama di Cawangan dan Kawasan berlarutan.

Ramai yang mahu kepimpinan ulama dikekalkan. Namun sekiranya ulama2 muda terus takut untuk ke hadapan, ruang kosong ini akan diisi oleh pemimpin bukan ulama.

Sehinggalah sampai satu masa, tidak boleh ditahan lagi jamaah akan dipimpin oleh pemimpin bukan ulama. Bukan sahaja di Cawangan dan Kawasan, malah sehingga ke peringkat kepimpinan tertinggi jamaah.

Masanya masih belum terlewat untuk pemimpin ulama berbuat sesuatu bagi mengatasi masalah ini. Program pentarbiyahan dari kampus perlu dipertingkatkan supaya pemimpin ulama muda dari jamaah kampus tidak lari dan takut walaupun bekerja dengan kerajaan.

Pemimpin ulama perlu memikirkan usaha mengumpul ulama muda di Kawasan. Memberi motivasi dan bimbingan supaya mereka tidak takut melibatkan diri dengan jamaah di Kawasan.

Jika masalah ini dibiarkan, pemimpin ulama jangan terkejut jika suatu masa nanti ketua urusan ulama tidak ada penjawatnya dan Lajnah Tarbiyah dipengerusikan pemimpin bukan ulama di Kawasan.

Dalam keghairahan dan ketegasan pemimpin ulama mahu Presiden dan Timbalan Presiden dipegang ulama. Haruslah diingat, jika masih tandus ulama di Kawasan dan perwakilan mewakili Kawasan 90 peratus bukan ulama. Pada masa itu, mampukah lagi pemimpin ulama mempertahankan lagi Presiden dan Timbalan Presiden dipegang oleh ulama.

Fikirkanlah.

Wasalam.

Tuesday, October 12, 2010

Komen pembaca

Salam, 
http://buletinonline.net/images/stories/berita34/DSC01264.JPG
 
Komen pembaca - Penyokong kepimpinan Ulama : Baca tulisan ini
hussin said...
salam, majlis syura ulama adalah badan tetinggi organisasi pas. menginterpretasikan ulama mesti menguasai cawangan, kawasan serta dewan adalah tindakan memperkecilkan peranan majlis syura ulama. 'presiden dan timbalan presiden mesti ulama' tidak wujud dalam perlembagaan pas. yang mencelarukan keadaan bukan orang lain tetapi ulama. yang tidak faham dengan konsep 'kepimpinan ulama' bukan orang lain tetapi ulama. yang tidak faham dengan peranan 'majlis syura ulama' bukan orang lain tetapi ulama. bayangkan sekiranya keseluruhan peringkat organisasi pas dipimpin oleh ulama? di akhir zaman, ulama terbahagi kepada dua - ulama jahat, ulama baik. oleh kerana pas mempunyai ramai ahli dari kalangan ulama, ambil peringatanlah akan pembahagian ulama jahat dan ulama baik ini. wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...