Saturday, January 29, 2011

Landak laut binatang yang unik di dasar lautan



Pernah kita dengar mengenai landak laut atau lebih popular dengan sebutan bulu babi yang dalam istilah ilmiahnya di sebut sea urchin.

Haiwan ini sangat beragam dan hidup di dasar lautan. Salah satu yang sangat unik dan menarik adalah T. gratilla. Hampir seluruh hidupnya di habiskan untuk “bermain” dan tumbuh pada habitat lamun. Suatu tempat yang memang sangat sesuai baginya.

Habitat lamun menyediakan “rumah yang aman” baginya. Daun lamun yang segar merupakan makanan utama dan dasar lamun yang berpasir dan penuh dengan jajaran ryzom yang kuat merupakan tempat yang selamat terhadap serangan pemangsa.

Tulahan : PAS masih ada senjata untuk menang di Tenang

http://wanhassan.files.wordpress.com/2009/01/doa-tgna2.jpg?w=144&h=215

Pertarungan politik antara PAS dan Umno di Tenang sampai ke kemuncaknya esok hari apabila pengundi DUN Tenang mula menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Analisis pemerhati politik dan pusat kajian bebas meramalkan BN akan terus memenangi kerusi Tenang kerana pengundi Melayu Felda masih tidak mahu berubah pegangan politik mereka.

Penulis masih meletakkan harapan calon PAS membuat kejutan kerana PAS masih mempunyai senjata yang boleh digunakan iaitu doa. Doa adalah senjata umat Islam.

Sebagai seorang Islam yang percaya dengan ketentuan Allah, kita harus bersifat redha dengan apa sahaja yang Allah berikan kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Ini sesuai dengan ayat-ayat Allah dalam Al Quran:

"hanya Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus., yaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukannya jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat" - Al-fatihah: ayat 5,6 dan 7

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" -Al-Baqarah: 153

Setelah berusaha bersungguh-sungguh sepanjang kempen, setiap ahli dan penyokong PAS perlu menadah tangan memohon kepada Allah memberikan yang terbaik untuk perjuangan Islam. Memohon Allah memberi kemenangan kepada perjuangan Islam di Tenang.

Sirah perjuangan Rasulullah di medan Badar membuktikan bahawa walaupun pada zahirnya tentera Islam akan kalah kerana bilangannya kecil, senjatanya kurang. Namun, Allah memberi pertolongan kepada tentera Islam di Badar. Kita kena yakin akan pertolongan Allah.

Penulis akan memaparkan peristiwa yang berlaku kepada pejuang Islam di Palestin yang berperang dengan yahudi Israel. Peristiwa yang berlaku menunjukkan Allah memberi pertolongan kepada pejuang Islam di Palestin kerana doa mereka. Bacalah , yakin dan marilah bersama-sama menadah tangan berdoa untuk kemenangan Islam di Tenang.

2 Feb. 2009 : Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. 

Friday, January 28, 2011

Tulahan : Doktor boleh saman, suami Cikgu Mala layak dapat MC

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0322/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.1.jpg




Sudah tidak ada isu untuk menghadapi aura Cikgu Mala yang semakin menyesakkan Umno. Maka , tindakan tidak beretika Umno adalah mempamerkan cuti sakit suami Cikgu Mala untuk dijadikan isu.

Malang sekali isu ini yang ditimbulkan oleh blogger Umno digunakan juga oleh Menteri yang menjaga cikgu-cikgu. Sudah tidak ada isu, disuruhnya pengetua sekolah berikan cuti sakit untuk dijadikan isu menghentam Cikgu Mala. Sungguh tidak beretika, tidak menghormati profesion perguruan dan kakitangan awam.

Jangan salahkan pengetua berkenaan kerana beliau pun pasti takut jika tidak beri cuti sakit itu. Tak beri mungkin tak naik pangkat, senarai hitam, bertukar sekolah dan macam-macam lagi terpaksa dihadapi. Nak selamat beri je lah.

Kenapa nak hentam Cikgu Mala dan suaminya kerana mereka tidak salah apa-apa pun. Suami Cikgu Mala layak dapat cuti sakit kerana pegawai perubatan berkenaan sudah mengesahkan sakit Cikgu Mala.

Dalam bidang perubatan, sakit bukan maknanya kena perlu mengerang , ada darah, ada luka, berbalut sana sini. Doktor pun bukan hanya tengok kepada aspek luaran tapi aspek dalaman pesakitnya. Jadi jika doktor merasakan seseorang itu layak mendapat cuti sakit, Umno tidak sepatutnya menjadikannya isu politik tidak bertamadun.

Doktor berkenaan tentunya sudah tahu masalah yang akan dihadapi oleh suami Cikgu Mala. Isteri sebagai calon pilihanraya, tumpuan untuk mengendalikan P&P akan terganggu, tekanan dan keresahan akan berlaku semasa berada di sekolah akan mengakibatkan penyakit-penyakit lain. Banyak faktor lain diambil kira oleh doktor berkenaan.

Malah doktor berkenaan tidak merasa takut untuk mengeluarkan cuti sakit kerana beliau arif mengenai profesion yang diceburi berbanding pemimpin dan blogger Umno yang tidak ada etika. Tindakan pun tidak boleh diambil kepada beliau, malah beliau layak menyaman mereka yang mempertikaikan cuti sakit berkenaan.

Penulis akan paparkan artikel mengenai tekanan / stress yang dihadapi oleh guru-guru sehingga terpaksa mengambil cuti sakit. Mereka-mereka ini dibela oleh NUTP walaupun ada yang mengatakan mereka tidak sakit, tetapi doktor tetap memberi cuti sakit kepada mereka kerana mereka layak menerimanya akibat tekanan yang dialami. Bacalah......

Ikan piranha terbesar menjadikan buaya sebagai mangsa


Ikan piranha ini berukuran besar bahkan terbesar di dunia. Oleh kerana ukurannya inilah sehingga ikan ini mampu menjadikan seekor buaya sebagai mangsa.

Giginya sangat tajam, berjumlah 32 batang. Panjang badannya 1,5 meter, beratnya sekitar 45 kilogram. Inilah piranha raksasa.

Ikan ini ditemui oleh Jeremy Wade, pembawa acara River Monsters show yang juga seorang pemancing berbangsa Inggeris. Dia melakukan ekspedisi ke sungai di Congo, Afrika.

Kisah 10 ekor binatang istimewa



1.Untanya Nabi Saleh

Mereka menambah lagi, “Cuba kamu keluarkan seekor unta dari batu besar itu,” kata mereka sambil menunjuk ke arah sebuah batu besar sambil tersenyum sinis. Mereka juga telah menerangkan sifat-sifat unta yang dikehendaki.

Kaum Tsamud cukup yakin bahawa Nabi Saleh tidak mampu memenuhi permintaan mereka itu. Sebaliknya Nabi Saleh menjawab dengan tenang.

“Baiklah, sekiranya aku dapat memenuhi permintaan kamu itu, adakah kamu akan beriman kepada Allah dan menerima ajaranku? Adakah kamu akan mengaku bahawa aku adalah utusan Allah?”

“Baiklah, kami akan beriman kepada Allah dan akan menerima segala ajaran kamu,” jawab mereka.

Setelah satu persetujuan dimeterai, maka Nabi Saleh telah menunaikan solat. Baginda memohon kepada Allah agar mengkabulkan permintaannya seperti yang dituntut oleh kaum Tsamud. Baginda juga berdoa semoga kaum itu akan kembali ke jalan yang benar selepas melihat bukti tersebut.

Allah Maha Berkuasa. Dengan sekelip mata sahaja Allah telah mengkabulkan doa Nabi Saleh. Batu besar tadi telah merekah dan terbelah. Lalu keluarlah seekor unta betina yang besar. Unta itu mempunyai semua sifat yang disebutkan oleh kaum Tsamud.

Maka, tercenganglah semua kaum Tsamud yang melihat kejadian itu. Sebahagian daripada mereka mula mengakui kenabian Nabi Saleh. Salah seorang daripada mereka ialah seorang pemimpin kaum Tsamud yang bernama Junda bin Amru. Akan tetapi, sebahagian yang lain masih enggan beriman. Mereka tetap degil dan sombong.


2.Anak Sapinya Nabi Ibrahim,

Baca potongan surah adz-dzariyat

“Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tentang tamu Ibrahim (yaitu malaikat-malaikat) yang dimuliakan? (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan: “Salaama”.

Ibrahim menjawab: “Salaamun (kamu) adalah orang-orang yang tidak dikenal.” Maka dia pergi dengan diam-diam menemui keluarganya, kemudian dibawanya daging anak sapi gemuk. Lalu dihidangkannya kepada mereka.

Ibrahim lalu berkata: “Silahkan anda makan.” (Tetapi mereka tidak mau makan), karena itu Ibrahim merasa takut terhadap mereka. Mereka berkata: “Janganlah kamu takut”, dan mereka memberi kabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang alim (Ishak).” (QS. Adz Dzariyat: 24-30)
 

3.Kambing Gibasnya Nabi Ismail

…Nabi Ibrahim yang dikatakan memiliki kekuatan 40 kali manusia biasa, dengan pisau yang tajam, maka menyembelih anaknya (Ismail) dan Allah melihat kepatuhan Ibrahim,

Maka Allah mengirimkan malaikat Jibril untuk menggantikan posisi Ismail dengan kambing gibasy yang gemuk, dengan sekejab saja, ternyata yang putus kepalanya adalah kepala kambing gibasy itu dan Ismailpun diselamatkan oleh Malaikat Jibril atas perintah Allah SWT. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillaahi Hamd.

Dari peristiwa itu telah menjadi syari’at ummat Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam untuk melaksanakan ibadah qurban…

Thursday, January 27, 2011

Mati dengan hidung dan telinga dipotong

http://i435.photobucket.com/albums/qq75/Barbarian82/DoaOrangSoleh.jpg

Di dalam Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut:

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash untuk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yang sangat perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kepadaku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”
Abdullah mengaminkannya.

Tiba giliran Abdullah berdoa:

Tukang fitnah zaman ini adalah Abu Lahab moden

http://www.islamicbookstore.com.au/img/productImages/9960971554.jpg

Ketika ini terlalu banyak fitnah yang dilakukan oleh orang yang mengaku beragama Islam terhadap perjuangan Islam dan pejuang-pejuang Islam.

Mereka sanggup melakukan fitnah tanpa mengira dosa dan hanya untuk mencapai kepuasan menghalang perjuangan Islam tertegak di bumi Allah.

Terlalu banyak watak-watak yang menjadi tukang fitnah dengan menggunakan blog , facebook dan twitter menabur fitnah tanpa rasa takut akan azab Allah.

Perbuatan tukang fitnah ini sebenarnya meneruskan usaha yang dilakukan oleh Abu Lahab yang menjadikan fitnah sebagai kerja hariannya menghalang perjuangan Rasulullah.

Abu Lahab telah dibinasakan oleh Allah , namun Abu Lahab moden muncul begitu banyak untuk menghalang perjuangan Islam.

Tulisan kali ini akan mengambil contoh dari kisah Abu Lahab dan isterinya bagaimana mereka berdua bersusah payah mematikan da’wah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam. 

Wednesday, January 26, 2011

Dosa yang lebih besar dari seribu kali berzina

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjC-cbvUIgdYdqMx2mrILlxFpsITo1qoJVzPz3JRTMI3W1WblhGQnBoMqr4EA_2uOMvLAkjh7EF45j-vqp0oCyagQwLk_BF6d0wgH8sPQP1EAAgxauVtNUiUgFpVaK9SsvID5XAX4xzCvU/s400/solat_imad.gif

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kesedihan yang tengah menekan hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu perlahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.

“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya.”jawab wanita cantik itu.

“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Tuesday, January 25, 2011

Tulahan : Benarkah tuduhan blogger Umno terhadap PAS Parit Buntar ?

Salam,
Semalam penulis baca dalam Cenangau ada blogger Umno yang kritik PAS Parit Buntar. Penulis selidik blog ini rupanya dah banyak kali dia hentam tapi sebelum ini banyak dia serang Adun Titi Serong. Mungkin Adun Titi Serong pun tak tahu jadi dia tak jawab, mungkin juga dia malas nak layan.

Tapi bila dia sentuh PAS Parit Buntar, mungkin ada yang bagi tahu Cenangau maka dah dijawabpun dalam blognya. Blogger Luncai Umno ini banyak membuat serangan tanpa bukti, yang selalu dia tulis dengar dari orang Parit Buntar.

Bolehlah kita andaikan bahawa dia hanya main tulis ikut sedap hati dia, kemudian cakap orang Parit Buntar bagi tahu dia. Dia sebenarnya tak tahu pun apa yang berlaku di Parit Buntar.

Penulis cadang kepada blogger ini, turun la ke Parit Buntar buat siasatan dan dapatkan bukti. Pi jumpa orang kampung , pi warong kopi dengar apa yang mereka sembang. Jangan jumpa orang Umno sahaja, begitu juga jangan jumpa orang PAS sahaja. Sebab jawapannya kita dah tahu.

Pi jumpa orang atas pagar, jumpa anak muda yang kurang ambil hal politik, jumpa pekerja kilang. Lebih mudah penulis syor dia buat soal selidik dan bagi soal selidik tu kepada orang Parit Buntar sebagai responden secara random.

Hasil soal selidik tu bentang dalam blog, boleh juga PAS Parit Buntar guna, sebab blogger Umno ini pun tak percaya kepada Umno Parit Buntar.

Boleh kot blogger Umno ni buat, kalau tidak tuduh atas angin macam selalu dia buat sapa nak percaya. Macam Cenangau kata kat dia, terjun dengan labu-labunya. Ikut kau lah Luncai.

Tuduhan Luncai Si Blogger Umno ini tersasar jauh berkenaan program kebajikan di Parit Buntar. Cenangau dah jawab, penulis tambah dan paparkan Wawancara Khas antara Wartawan Sinar Harian dengan Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar yang diadakan pada tahun 2010. Bacalah wawancara ini........
DSCF6616.jpg picture by paspbMenyedari peranan PAS sebagai parti yang mengutamakan kebajikan, Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar mengorak langkah memperjuangkan kebajikan demi kesejahteraan rakyat di Parit Buntar.

Lujnah ini tidak menjadikan alasan PAS sebagai parti pembangkang untuk tidak membantu rakyat. Malah selepas pilihanraya umum ke 11 (2004), Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Parit Buntar telah menetapkan agenda kebajikan untuk bergerak dalam masyarakat.

Penerusan program ‘ Kami Prihatin’, penubuhan Dana Kebajikan Parit Buntar dan Skim Penyayang telah mencetuskan gerakan kebajikan yang bersistematik, teratur dan terancang.

Bagi mendapat penjelasan lanjut berkaitan program kebajikan yang dilaksanakan di Parit Buntar. Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian dengan Ahmad Azhar Haji Sharin Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Parit Buntar.

Ahmad Azhar seorang peguam adalah juga Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar dan pernah menjadi ADUN Titi Serong sekitar tahun 1999 hingga 2004.

SH : Selaku Pengerusi Lujnah Kebajikan, Bagaimana saudara mengerakkan Lujnah ini sehingga aktif mengadakan program kebajikan kepada penduduk di Parit Buntar

AA : Sebenarnya, Lujnah ini digerakkan oleh satu jawatankuasa yang mengabungkan beberapa orang Ahli Jawatankuasa PAS Parit Buntar, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Parit Buntar.

Jawatankuasa ini bermesyuarat setiap bulan bagi merancang program-program kebajikan disamping berbincang untuk menambah dana kebajikan.

Setiap Ahli Jawatankuasa Lujnah memainkan peranan mengaktifkan Lujnah. Contohnya, ada Ahli Jawatankuasa yang ditugaskan menguruskan program Khidmat kesihatan, ada yang menguruskan Skim Penyayang dan tugas-tugas lain.

Kisah 'manusia gergasi' dibinasakan burung hud-hud

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjiNLtQ602AmPzGC9bqQEW3PvCzh0CPY7DgvDkqJO5avgT8yI8oGvsnzCc4LJ9tPdqp_DrSpQ8rIhueEtDK5nuXMt0OOM40kXEFIA1xSXVE2TTyyS1WJXk2VQDOYuOR5QhTvcTFa1b39b6O/s1600/burung+belatuk.jpg
Gambar hiasan

'Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya.

Ada yang mengatakan bahwa dia tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari.

Apabila dia marah atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri tersebut hinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya.

Kisah ayah memotong tangan anak yang memberi sedekah

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs340.ash1/29144_135188363161232_114166781930057_388985_2300925_n.jpg
Gambar hiasan

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah s.w.t.

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. 

Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.

Monday, January 24, 2011

Kisah kubur berkata-kata


http://blogmelayukaya.blogmas.com/files/2008/07/kubur.jpg
Gambar hiasan

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak
Rasulullah s.a.w."

Kisah unta boleh bercakap

http://ringdikit.files.wordpress.com/2010/04/7-unta.jpg
Gambar hiasan

Pada zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik.

Rasulullah s.a.w. lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memutuskan akan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan.

Maka ia pun mengangkatkan kepalanya mendongak ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai
Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" 

Sunday, January 23, 2011

Cacing terbesar di dunia

Cacingnya ditemui di negara Equador, dan cacing ini hampir sama dengan seekor ular.

Selain itu, cacing ini biasa di temui di hutan hutan negara Equador.

Tulahan : Mengapa hanya calon PAS ? calon Umno juga Islam

Salam,

PRK Tenang telah membuka satu lagi perbincangan mengenai adab orang Islam. Isu bersalam calon PAS ini ditimbulkan oleh Presiden MCA dengan nada menghina dan memperlekehkan adab umat Islam di Malaysia.

Sehingga hari ini, Umno sekutu rapat MCA tidak mengeluarkan kenyataan memperbetulkan tindakan biadap Presiden MCA. Malah, blogger Umno ada yang menyokong kenyataan yang menghina Islam ini.

Sekiranya, isu ini ditimbul oleh pemimpin DAP sudah pasti bergemuruh satu Malaysia desakan menyuruh pemimpin DAP memohon maaf. Umno , Perkasa, Jamil Khir, Harusani disokong media massa dikuasai terutama Utusan , TV3 dan RTM setiap hari akan menyerang pemimpin DAP.

Persoalannya, mengapa calon PAS sahaja dipersoalkan sedangkan calon Umno pun beragama Islam. Adakah kerana calon itu dari Umno , terlepas dari dosa bersalam dengan wanita bukan muhram. Jamil Khir dan Harussani tentu ada jawapannya.