Saturday, December 4, 2010

Tulahan : TERBONGKAR - AJK MUSLIMAT PAS PUSAT DITANGKAP KHALWAT

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1yfAOGnbWCdnvAJuJfY0jebLBV9QMBBVdVjMMCkjqurzevUbmhQz8QCrydOyQJBoV_QHRWBLsmhPbV3q18fYcdWJgzdPv45HlNYrIjV3VDOv0Ehxnbz9Rx4VOx6rr3NBBKltL9I2MLdjk/s1600/pas+fitnah.png

Pertama sekali penulis minta maaf sebab letak tajuk di atas, maka akan ramai yang nak mengetahui cerita AJK Muslimat PAS Pusat ditangkap khalwat ini.

Sebenarnya inilah cara blogger pro Umno mendapat ramai pengunjung sehingga blog mereka dikatakan popular sudah mengatasi blog pro PR.

Sesiapapun bila tengok tajuk ini berminat nak mengetahui cerita sensasi ini. Trend inilah yang digunakan oleh blogger pro Umno sejak berakhir PRU 12 lalu.

Semua fitnah yang mereka cipta dilepaskan supaya dipaste oleh blogger pro Umno yang lain . Fitnah ini tersebar dengan tokok tambah sehingga cerita fitnah ini menjadi seolah-olah benar.

Inilah yang dialami oleh ADUN Selinsing , Kelantan yang difitnah oleh blogger pro Umno berkhalwat. Cerita fitnah dicipta oleh orang Umno pada tahun 2002.

Blogger pro Umno membuat carian google , taip senarai bini pemimpin PAS dan jumpa cerita fitnah ini dalam mesra.net forum baca di sini

Blogger pro Umno mula mereka tokok tambah terhadap fitnah ini , disebarkan dan sekarang beredar di blog-blog pro Umno, facebook, twitter. Sekarang dah ada pula media kerajaan yang suka ambil cerita fitnah blogger pro Umno buat berita maka banyaklah cerita fitnah yang dicipta dan akan dicipta, tunggulah.

Manusia ada sifat ingin tahu , tambahan pula cerita khalwat tu libatkan pemimpin PAS. Kalau pemimpin Umno dah memang suka berkhalwat tak la sensasi sangat.

Penulis bukan nak paparkan cerita fitnah terhadap AJK Muslimat PAS Pusat tak lama dulu tapi penafian terhadap fitnah ini. Blogger Umno ni punya teruk sampai tahap pimpinan tertinggi muslimat PAS pun depa fitnah. Bacalah :

Fitnah terhadap beliau turut disangkal oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menegaskan tiada serbuan dilakukan pada malam tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web itu.

Dakwaan palsu itu disebarkan dalam laman web My Kmu.net oleh Jamilisa yang menggunakan nama 'Brigade Commander Selangor' dengan tajuk 'Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap'.

Jamilisa dalam ruangan forum pada 25 Januari melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman yang megatakan Adun Selat Klang (Dr Halimah) ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang.

Berikutan perkembangan itu, Dr Halimah telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, petang 27 Januari lalu.
Image
"Pada hari yang dikata saya ditangkap khalwat, saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana menghadiri forum Perdana Keluarga Bahagia bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmood," jelasnya.

Sebelum pergi ke forum Perdana beliau menghadiri satu mesyuarat bersama Yayasan Amal di Shah Alam.

Beliau mendapat tahu fitnah tersebut tersebar dalam laman web My Kmu.net setelah diberitahu oleh suaminya pada 26 Januari iaitu ketika pulang daripada forum Perdana Keluarga Bahagia.
Sehubungan itu tambah beliau, dengan keizinan Menteri Besar Selangor, beliau akan mengambil tindakan saman terhadap pemilik laman web itu sebanyak RM40 juta.

"Saya mendesak pimpinan Umno sam ada di Selangor atau Pusat menyiasat perkara itu kerana saya yakin dan percaya mereka tahu siapa di belakang laman web itu," tegasnya.

Menurut beliau, di bawah laman web itu ada tertera slogan 'Demi Islam' dan dengan perkataan 'Demi Islam' juga Umno perlu siasat perkara tersebut.

Tegas beliau, Umno yang mengatakan mereka merupakan sebuah parti Islam sila teliti surah An-Nur ayat 4 di mana Allah melarang menuduh wanita yang baik berzina.

Ayat itu bermaksud; "Dan orang-orang yang menuduh wanita yang baik berbuat zina dan tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka yang menuduh itu dengan 80 kali deraan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasik." - lanh

Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...