Salam,
Sebelum PRU 13, sudah dapat diramal
kecondongan pengundi Melayu, Cina dan India. Penulis ada membuat analisis
ramalan penulis bagi negeri Johor
, Perlis,Melaka, N.Sembilan,Pahang dan Terengganu.
Bagi kesemua analisis ini, penulis
mengandaikan pengundi Cina akan memberi undi kepada PR sehingga 80 % untuk
calon DAP, 60 -70% untuk calon PKR dan PAS.
Pengundi India pula , penulis andaikan akan menurun sokongan kepada PR
kepada 50% ke bawah.
Manakala pengundi Melayu, penulis andaikan
sokongan akan menurun sedikit sahaja kepada PR. Kemenangan PR terutamanya PAS ,
banyak bergantung kepada berapa banyak undi Melayu yang diperolehi. Jika
sokongan di atas 40 % , kerusi berkenaan
ada peluang dimenangi jika undi orang Cina tinggi kepada PAS.
Keputusan PRU 13 menunjukkan sokongan orang
Cina kepada PR tinggi mencapai 75% ke atas bukan sahaja kepada DAP tetapi untuk
PAS dan PKR. Sokongan orang India pula ternyata menurun kepada 55% ke bawah.
Andaian penulis undi Melayu akan menurun
sedikit ternyata tersasar kerana undi Melayu menurun dengan banyak terutama kerusi di
luar bandar. Apabila pengundi atas pagar luar bandar telah mengundi BN berlaku
lonjakan yang besar pertambahan undi Melayu kepada BN.
Penulis tidak menyentuh pengundi Melayu
bandar dalam analisis penulis kerana mengandaikan trend pengundi Melayu sama di
bandar dan luar bandar. Namun, keputusan PRU 13 menunjukkan sokongan pengundi
Melayu bandar adalah tinggi kepada PR, sehingga menyebabkan BN berputih mata di
Selangor.
Banyak kerusi di luar bandar gagal
dimenangi oleh PAS dan PKR kerana undi Melayu yang diperolehi di bawah 40%.
Kerusi campuran yang mempunyai pengundi Melayu lebih 60% ke atas gagal
dimenangi PR, walaupun undi orang Cina tinggi.
Pada PRU 12 , banyak kerusi gagal di
menangi kerana undi orang Cina tidak sepenuhnya kepada PAS dan PKR walaupun
undi atas pagar Melayu sudah diperolehi. PRU 13 pula menunjukkan keadaan
sebaliknya, di mana undi orang Cina sudah sepenuhnya kepada PR tapi undi atas
pagar Melayu pula kembali kepada BN.
Kemenangan PAS dan PKR pada PRU 13 ,
bergantung kepada undi tegar Melayu PR untuk satu-satu kerusi. Sekiranya, undi Melayu PR melebihi BN maka
kerusi ini dimenangi PR kerana undi orang Cina sudah kepada PR.
Dun
|
Undi tegar PR
|
Undi atas pagar
Melayu
|
Undi Cina
|
Keputusan
|
Titi
Serong (75% M)
|
PAS
|
BN
|
PAS
|
PAS Menang
|
Rungkup
(66% M)
|
BN
|
BN
|
PAS
|
BN Menang
|
Kupang
(91% M)
|
PAS
|
BN
|
BN
|
BN Menang
|
Selat
Klang – bandar ( 63% M)
|
BN
|
PAS
|
PAS
|
PAS Menang
|
Kota
Lama (64% M)
|
PAS
|
PAS
|
PAS
|
PAS Menang
|
Bukit
Ibam ( 90% M)
|
BN
|
BN
|
BN
|
BN Menang
|
Justeru, kepentingan undi tegar, undi atas
pagar dan undi bukan Melayu tidak boleh dinafikan oleh mana-mana parti
politik. Setiap parti memerlukan undi dua daripada tiga kelompok undi ini untuk
menang.
Misalnya, dun Titi Serong yang menang
kerana undi tegar dan undi Cina menyebelahi PAS. Walaupun undi tegar menyebelahi
PAS di Dun Kupang, namun PAS tetap tewas kerana undi atas pagar pergi kepada BN
dan undi Cina terlalu kecil peratusnya untuk membantu kemenangan.
Undi Cina yang besar di Dun Rungkup juga
tidak mampu memenangkan PAS kerana PAS kekurangan undi tegar dan undi atas
pagar yang pergi kepada BN. Sekiranya, undi atas pagar dan undi Cina menyebelahi PAS
, PAS menang walaupun PAS kurang undi tegar seperti di Dun Selat Klang.
Jika ketiga-tiga kelompok undi dikuasai mana-mana
parti , kemenangan dengan majoriti besar akan berpihak kepada parti berkenaan.
Contohnya, kemenangan PAS di dun Kota Lama dan BN di Bukit Ibam.
Sedari hakikat ini, kerjasama yang kukuh
antara PAS, PKR dan DAP dalam PR memang memberi kesan kepada perolehan undi
atas pagar dan undi Cina. Bagi menambah undi tegar, usaha parti itu sendiri yang
akan memperkukuhkannya.
Penulis melihat kerjasama dalam PR masih
longgar dalam PRU 13 yang lalu. Faktor ini adalah antara faktor yang menghakis
keyakinan pengundi atas pagar luar bandar kepada kemampuan pakatan pembangkang
membentuk kerajaan. Penulis nampak peluang PR cukup cerah pada PRU 14 berbanding PRU 13.
Tambahkan
undi tegar, kekalkan undi Cina dan India , yakinkan pengundi atas pagar . Bukan
‘Sebelah Kaki ke Putrajaya’ , dua-dua belah kaki boleh masuk Putrajaya.
Wassalam
No comments:
Post a Comment