Saturday, February 11, 2012

PR berpotensi menang banyak kerusi di Melaka

Salam,
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/4/42/Melaka.gif

Semasa PRU 12, Melaka adalah sebuah negeri yang kelihatannya tidak diserang tsunami apabila keputusan pilihanraya tidak banyak berbeza berbanding pilihanraya lalu. BN tetap menang banyak kerusi  untuk memerintah.

DAP tetap menang kerusi dun dalam parlimen Kota Melaka, dan mendapat tambahan kerusi dun dalam parlimen Bukit Katil. Adakah PAS dan PKR tiada sokongan?

Jika diteliti, memang PAS dan PKR tidak menang tapi mengurangkan majoriti hampir di semua kerusi ditandingi. Undi Melayu kepada PAS dan PKR tidak banyak berubah, namun undi bukan Melayu bertambah tapi tidak tinggi, hanya mencapai purata 50 - 55 %. 

Berbeza dengan undi bukan Melayu yang diterima DAP melebihi 60 % malah ada kerusi lebih 70%. Ini menyebabkan DAP boleh menang walaupun bertanding di kerusi Bachang yang mempunyai hampir 50% pengundi Melayu.

Bagi PRU 13, PAS Melaka optimis boleh menang 9 kerusi yang ditandingi. Bolehkah PAS Melaka menang ? boleh sekiranya undi bukan Melayu melonjak mencapai lebih 60% . 

Perkara ini tidak mustahil kerana ‘mood’ orang Cina untuk memberi undi kepada PR berlaku di seluruh negara.  Malah undi orang Cina pada PRU 13 tidak lagi hanya kepada DAP tapi parti-parti dalam PR. Walaupun tidak dijangkakan setinggi undi yang bakal diterima DAP, namun tetap tinggi berbanding PRU 12.

Undi Melayu kepada PR pada PRU 13 dijangka tidak berubah banyak berbanding PRU 12. Ada kerusi akan meningkat, ada juga yang akan menurun. Bergantung kepada gerak kerja parti yang bertanding memberi khidmat kepada rakyat.


Memandangkan PAS bertanding di kebanyakan kerusi majoriti Melayu dan undi Melayu kepada PR sekitar purata 25 – 30%, penulis tidak jangka PAS Melaka boleh menang 9 kerusi. Penulis jangka PAS Melaka ada harapan besar untuk menang di 6 kerusi  sahaja seperti di bawah:

1.   Kuala Linggi
2.   Lendu
3.   Durian Tunggal
4.   Asahan
5.   Bukit Baru
6.   Merlimau

Begitu juga dengan PKR yang pastinya menampilkan calon yang lebih berwibawa dan diyakini rakyat . Tidak seperti PRU 12 yang ramainya ,maaf cakap ‘tangkap  muat’. Sekiranya kerusi yang sama ditandingi PKR, penulis jangka PKR mampu menang  di kerusi berikut :

1.   Rembia
2.   Gadek
3.   Machap
4.   Paya Rumput
5.   Rim

Berdasarkan pola pengundi Cina yang kuat menyokong DAP , penulis jangka DAP mampu mengekalkan 5 kerusi yang dimenangi semasa PRU 12 dan menambah 2 kerusi lagi iaitu Duyung dan Kelebang. Kerusi – kerusi yang dijangka DAP menang seperti berikut :

1.   Kesidang
2.   Kota Laksamana
3.   Bandar Hilir
4.   Bachang
5.   Ayer Keroh
6.   Duyung
7.   Kelebang

Secara keseluruhannya, BN berada dalam keadaan bahaya di 18 kerusi dun daripada 28 kerusi yang terdapat di Melaka. 

Manakala 3 kerusi parlimen yang menjanjikan persaingan sengit iaitu Bukit Katil, Alor Gajah dan Tangga Batu. Parlimen Kota Melaka adalah kerusi tradisi dimenangi DAP sejak beberapa pilihanraya lepas. 

Jangkaan ini melihat kepada suasana politik semasa di dalam negara. Penulis yakin Pesuruhjaya PAS yang baru Adli Zahari dan Samsul Iskandar dari PKR mampu merangka strategi berkesan bagi PAS dan PKR memenangi kerusi yang ditandingi.

PR berpotensi untuk menang di Melaka dan BN sebenarnya dalam keadaan begitu tertekan. Buktinya, tindakan provokasi berlebihan terhadap ceramah PR. Malah, Ketua Menteri Ali Rustam juga dikatakan berkira-kira bertanding di kerusi lain yang lebih selamat.

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...