Saturday, December 24, 2011

7 burung terpantas di dunia

 http://lab.tedais.org/wordpress/g7/files/2010/12/38_678f6874fe61019684e2d93ebc4a6f22.jpg
1. Spine-tailed swift, kelajuan maksimum = 171 km/jam
 
http://www.grand-cayman-wanderer.com/images/Grand-Cayman-wildlife-frigate-bird3.jpg
 
2. Frigate bird, kelajuan maksimum = 153 km/jam.

3. Spur-winged goose, kelajuan maksimum = 142 km/jam
 
4. Red-breasted merganser, kelajuan maksimum = 129 km/jam

10 cara mengerikan haiwan membunuh manusia

Alam memang indah, tetapi juga dapat membahayakan dan kadang-kadang, benar-benar buruk. Berikut adalah daftar 10 cara paling mengerikan di mana haiwan dapat membunuh anda.

10. Disambar elektrik

oleh belut elektrik
Belut elektrik adalah salah ssatu jenis penghuni bahaya di sungai Amerika Selatan. Bukan hanya satu, tapi tiga organ khusus untuk menghasilkan arus elektrik cukup kuat (600 volt, kadang-kadang lebih) cukup untuk menjadikan pengsan atau membunuh manusia dewasa. 

Perkara ini diyakini sebagai penjelasan bahawa banyaknya orang hilang yang sedang berenang di sungai Amazon dan Orinoco, disebabkan kerana mereka menjadi terkejut oleh belut elektrik lalu tenggelam. Banyak dari kematian ini sering disalahkan pada serangan oleh haiwan pemangsa seperti piranha atau caiman.

9. Tercekik

oleh python / anaconda
Phyton dan anaconda tidak berbisa. Haiwan ini mempunyai gigi yang sangat tajam untuk mencengkam mangsanya, tetapi bergantung pada pembelitan untuk membunuh. 

Ini bererti, haiwan ini melilit mangsa dan melemaskan sehingga mangsa yang malang tidak mempunyai ruang untuk bernafas. Setiap kali mangsa cuba menarik nafas, ular mencengkam lebih kuat.. Lilitan mematikan ini begitu kuat sehingga darah tidak boleh mengalir.

8. Ditenggelamkan dan dikoyak

oleh buaya
Di antara haiwan pemangsa besar, buaya adalah yang membunuh sejumlah besar orang setiap tahun. Haiwan ini sering dikatakan beberapa binatang yang melihat manusia masih sebagai mangsanya. 

Buaya mempunyai teknik membunuh yang terkenal, iaitu “putaran maut”. Buaya memegang mangsanya dengan rahangnya (biasanya leher), menyeretnya ke dalam air dan memutarkan tubuhnya, ini biasanya cukup untuk memotong-motong tubuh mangsa yang malang.

Bahagian yang paling menakutkan adalah bahawa buaya benar-benar tidak peduli jika mangsa masih hidup atau mati ketika mulai memakannya.

7. Digigit menembus otak

oleh jaguar
Cara membunuh jaguar berbeza dengan keluarga lainnya sesama kucing ataupun singa, yang biasanya menggigit leher mangsa sehingga mematahkannya , melainkan menggigit melalui tengkorak dan menembus otak, menyebabkan kematian mangsa . 

Ini kerana taring panjang dan tebal, dan rahang sangat kuat untuk melakukan tindakan ini (sebenarnya, gigitannya lebih kuat dari pada singa atau harimau itu, relatif terhadap ukurannya). 

Thursday, December 22, 2011

Inilah 7 faktor seseorang menjadi sombong

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjL7YJVzjdp8-jDyaXNV4nSIjHjCq7_OviwsiJmK4zpn1_f0MI62ZEjl4ri4EF0LruKN1oJ_n6SK-KH1LkLJuwNaPljzMEaBfMgc4RINF8P4tMoSgCoNlZPerpciZ7Urhm5tvyp-6Q_eX_d/s400/sombong+tol+dia.jpg

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Imam Al-Ghazali menyebutkan tujuh perkara yang boleh menjadi faktor seseorang menjadi sombong dan takabbur :

1. Ilmu

Sombongnya orang yang berilmu disebabkan hatinya tidak bersih. Apabila hatinya tidak bersih maka dia merasakan diri besar, dirinya berilmu, dirinya lebih baik dari orang lain, merasakan dirinya perlu dihormati dan dipuji, dirinya sudah sempurna tidak perlukan teguran dan nasihat, melihat dirinya bertaraf tinggi sebaliknya orang yang tidak berilmu lebih rendah, merasa dirinya sahaja yang akan selamat dan hampir dengan Allah. Justeru ilmu ini menjadi punca terbesar sifat sombong dan takabbur jika hatinya tidak bersih.

عن جابر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "لا تعلموا العلم لتباهوا به العلماء ولا تماروا به السفهاء ولا تخيروابه المجالس فمن فعل ذلك فالنار النار"

Maksudnya; Janganlah kamu mempelajari ilmu dengan tujuan untuk digelar sebagai ulama, dan janganlah kamu mempelajari ilmu dengan tujuan untuk memperlekehkan orang yang bodoh, dan janganlah mempelajari ilmu dengan tujuan memilih tempat dan kedudukan, sesiapa yang melakukanya dengan tujuan yang sedimikian maka neraka adalah tempatnya.

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "من تعلم علما مما يبتغى به وجه الله لا يتعلمه إلا ليصيب به عرضا من الدنيا لم يجد عرف الجنة يوم القيامة

Abu Hurairah berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang memepelajari ilmu yang dituntut oleh Allah dengan tujuan mendapatkan habuan keduniaan, maka ia tidak mencium bau syurga di hari qiamat.

Allah S.W.T. telah mengingatkan para nabi-Nya dengan firman-Nya :

وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya : “Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman.” (Surah al-Syu‘ara: 215).

Selain itu, orang yang berilmu itu wajib beramal dengan ilmunya. Justeru, adalah menghairankan sekiranya mereka yang berilmu itu berperangai dengan sikap takabbur. Tidakkah mereka pernah mendengar sabda Nabi s.a.w. yang mulia:

عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : إن أشد الناس عذابا يوم القيامة عالم لم ينفعه الله بعلمه

Maksudnya; Sesungguhnya manusia yang menerima siksaan yang sangat berat dihari qiamat ialah orang berilmu yang tidak menggunakan ilmu.

Maka sewajarnya mereka yang berilmu merupakan orang yang paling bersungguh-sungguh menjauhi sikap takabbur dengan mengamalkan ilmu yang dipelajari khususnya ilmu agama..

2. Amal Ibadat

Terkadang orang yang banyak melakukan amal ibadat bersifat sombong dan takabbur kerana merasakan merekalah sebaik-baik manusia yang paling layak mendapat rahmat Allah. Ilmu yang dimiliki tidak dapat membentuk sifat-sifat mulia dan menjauhi sifat takabbur.

Ada juga antara mereka yang apabila sudah terlalu takjub dengan amal ibadat mereka yang banyak berasa bahawa manusia lain yang kurang amal ibadatnya akan binasa.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “

إذا سمعتم الرجل يقول هلك الناس فهو أهلكهم

Maksudnya ;Jika kamu mendengar seorang mengatakan semua orang binasa, maka dialah yang lebih binasa.

Cukuplah sekiranya kita dapat mengambil iktibar daripada sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ مِنْ كِبْرٍ

“Tiada masuk syurga orang yang ada pada hatinya setimbang semut kecil daripada biji sawi daripada takabbur.” .

Wednesday, December 21, 2011

Zimbabwe : Pemerintah kaya raya, rakyat papa kedana


 
Zimbabwe adalah sebuah negara tanpa lautan, dikelilingi oleh Afrika Selatan di selatan, Botswana di barat, Zambia di barat daya, dan Mozambique di timur dan timur laut



Ekonomi Zimbabwe

Ekonomi Zimbabwe terus mengalami kemorosotan selama beberapa waktu ini. Inflasi negeri ini terus meningkat hingga 2,2 juta persen, yang menjadi inflasi tertinggi di dunia
Akibat inflasi yang tinggi tersebut, bank sentral Zimbabwe sudah mengeluarkan 4 versi mata wang sehingga sekarang. Terakhir kali bank sentral Zimbabwe mengeluarkan pecahan $ 100,000,000,000,000 (100 triliun dolar) yang menjadi wang dengan nominal terbesar di dunia yang kemudian digantikan dengan dolar versi ke-4 dimana setiap $ 100,000,000,000,000 (100 triliun dolar) wang lama digantikan menjadi $1 wang baru. 

Tuesday, December 20, 2011

7 macam pahala yang dapat dinikmati selepas matinya

 
Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya. 

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya 

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.   

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.  

Monday, December 19, 2011

Sejarah Taman Tergantung Babylon


Bagaimana rupanya taman tergantung Babylon? Seseorang pernah melukiskannya melalui sebuah puisi : ”Seseorang boleh minum pati buah di taman ini, hanya dengan menghidu aroma pokoknya sahaja.”

Ketika angin berhembus, daun-daun palma berguguran dibawa angin mengambang ke kolam-kolam lili air, dan ke kota Babylon di bawahnya. 
 
Seluruh wilayah kota terbesar pertama di masa kuno ini (penduduknya dianggarkan 200.000 orang) kelihatan sangat jelas dari puncak taman.

Walaupun berada di dataran tinggi, namun seluruh tanaman disirami air setiap hari. Sistem pengairan taman ini sangat menakjubkan. Tidak salah kiranya jika Philon, ahli falsafah Yunani yang gemar mengembara mencatatnya sebagai satu dari tujuh keajaiban kuno dunia. Taman ini sangat memikat hati.

Sejarah Pembuatan Taman Tergantung

Babylon yang merupakan ibukota dari Babylon, kerajaan kuno Mesopotamia, iaitu sebuah kota yang terletak berhampiran sungai Euphrates, yang sekarang dikenali sebagai Iraqselatan.

Berdasarkan sejarah, dinasti pertama dari Babylon didirikan oleh Hammurabi pada masa Neo-Babylonian setelah kehancuran kerajaan Assyrian. Babylon menjadi salah satu kota terpenting pada zaman Timur Tengah kuno ketika Hammurabi (1792-1750 BC), menjadikannya ibukota kerajaan Babylon.

Kebudayaan bangsa Babylon dibina dengan sangat baik dan catatan cuneiform yang berjaya ditemui menunjukkan, agama, sejarah, dan ilmu pengetahuan pada masa itu sangat berkembang.

Ubat-ubatan, kimia, alchemy, botany, matematik, dan astronomi juga dipraktikkan. Agama dan tulisan kuno yang berbentuk cuneiform ini berasal dari kebudayaan Sumer yang lebih tua. 
 
Mereka juga mengembangkan bentuk abstrak dari tulisan berdasarkan symbol cuneiform (berbentuk baji). Tulisan ini ditulis di tanah liat yang basah dan dibakar dibawah terik matahari.

Syahidnya Seorang Ulama' Ummah: As-Syahid As-Syeikh 'Imad 'Effat Rahimahullah


Hubungan Anak & Ayah: Mufti Mesir bersama murid kesayangannya As-Syahid Syeikh 'Imad 'Effat Rahimahullah

Sebelum syahidnya Al-Marhum Syeikh 'Imad 'Effat, ramai yang tidak tahu bahawa beliau adalah antara aktivis revolusi 25 Januari. 


Pemergian beliau turun ke medan Tahrir pada himpunan dan protes sebelum dan selepas jatuhnya Mubarak, tidak ramai yang menyedari kerana As-Syahid akan mengenakan pakaian biasa, tanpa pakaian jubah Al-Azhar dan serban Al-Azhar-seperti kebiasaan yang beliau pakai pada hari-hari menyampaikan pengajian di Masjid Al-Azhar.

Saat menemui ajal, beliau turun sekali lagi bersama-sama rakyat pada Jumaat lalu bersamaan 16 Disember bagi menuntut agar tentera melaksanakan janjinya menyerahkan kerajaan Mesir kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada masa yang disepakati sebelum ini iaitu sebelum Jun 2012 selain menuntut agar pilihanraya Mesir yang berbaki dua pusingan akan datang, berlangsung dengan penuh telus dan bersih.

Turun Membanteras Kezaliman (Klik Untuk Tonton Video as-Syahid)

Ini kerana pada pusingan pertama dan kedua yang berlangsung pada 14 dan 15 Disember lepas, menyaksikan saki-baki golongan 'FULUL' atau calon-calon bekas parti Mubarak yang dibubarkan (NDP) melakukan pembelian undi dan menyogok para pengundi dengan wang. 


Ada beberapa daerah mengundi, calon 'jahat' ini telah mengupah para perusuh untuk melarikan kertas dan peti undi seperti yang berlaku di daerah Gamaliya, bahagian Kaherah apabila calon bekas parti NDP yang juga bekas wakil rakyat kawasan tersebut, Haidar Baghdadi. 

Namun, pihak keselamatan berjaya mendapatkan semula kertas dan peti undi yang cuba dilarikan. Begitu juga pada pusingan kedua baru-baru ini, pihak calon 'jahat' ini mengupah perusuh untuk melakukan kekacauan di pusat-pusat mengundi antaranya melepaskan tembakan ke udara yang menyebabkan ada pengundi yang takut untuk mengundi. 

Pelbagai penipuan yang berleluasa ini, sekalipun berjaya diatasi tetapi ia tiada kerjasama baik yang diberikan oleh pihak tentera sebagai pemerintah sementara ketika ini. Itu belum dikira lagi poster dan kain rentang yang dikoyak dan dirosakkan. 

Sunday, December 18, 2011

Kisah pemabuk dan anak yatim

Dikisahkan, seorang salaf berkata, "Dahulu aku adalah seorang yang tenggelam dalam berbagai macam perbuatan maksiat dan pemabuk.
 
Pada suatu hari aku menemui seorang anak yatim yang miskin. Lalu aku ambil anak yatim itu dan aku berbuat baik kepadanya.

Aku beri ia makan, pakaian, dan aku mandikan ia sehingga bersih semua kotoran yang melekat di tubuhnya, dari hujung rambut sampai hujung kaki. 
 
Aku menyayanginya seperti seorang ayah menyayangi anaknya, bahkan lebih. Malamnya aku tidur dan bermimpi bahawa kiamat sudah tiba. Aku dipanggil menuju hisab. 
 
Kemudian aku diperintahkan untuk masuk neraka kerana banyaknya dosa dan maksiat yang aku kerjakan.