Saturday, July 23, 2011

Al-Quran menjawab teka teki pembinaan piramid


Sejak lama para ilmuwan bingung bagaimana cara sebuah piramid dibina.Ini kerana teknologi mengangkat batu-batu besar yang boleh mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum ditemui di zamannya. Apa rahsia di balik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Desember 2006, menerbitkan berita ilmiah yang mengesahkan bahwa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut penyelidikan tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu aslinya.

Para ilmuwan mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam memproses tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi perkara yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang ditinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batu: batu semulajadi dan batu-batu yang dibuat secara manual atau olahan tanah liat.

Dan dalam penyelidikan yang diterbitkan oleh majalah “Journal of American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Ini kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku perapian yang dipanaskan dengan wap air garam dan berhasil membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat. 

Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah menurut ukuran yang diinginkan tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

5 haiwan yang kejam memelihara anak

1. Kumbang Penggali (Burying Beetle)

Ibu kumbang akan memberi makan setiap anak-anaknya, satu per satu. Namun ketika jumlah makanan habis, anak terakhir bukan hanya tidak mendapat  makanan, namun juga akan dimakan hidup-hidup oleh ibunya.


Kumbang Penggali biasanya tinggal di dalam bangkai tikus. Ibu Kumbang selalu bertelur dengan jumlah lebih banyak dari jumlah makanan yang ada (bangkai tikus) maka untuk meningkatkan kesempatan membesar yang lebih besar bagi semua ahli keluarga, jumlah anak harus dicukupkan dengan jumlah makanan, bukan sebaliknya.

2. Panda

Ibu Panda hanya akan memelihara seekor anak, jika dia mempunyai lebih dari satu, maka yang lainnya akan ditinggal begitu saja di alam liar. Sementara ‘anak kesayangannya’ membesar sihat dengan suapan makanan yang cukup, sedangkan anak yang lainnya akan kurus kering tak berdaya.

Ibu Panda memang tidak mungkin menyediakan makanan untuk anak yang kedua atau setelahnya, jadi selama 8-9 bulan pertama (setelah itu anak panda boleh mencari makanan sendiri), anak-anak panda yang tidak dapat makanan cukup harus bertahan hidup sendiri, jika tidak boleh pastilah mereka akan mati.

Kisah beribu malaikat menyambut kedatangan arwah Nasibah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYsJnS7pV2Yq_g8gzVt2AbCTfGTMv7M1JQbavF6uCngBRI9D1C3jE1vGc7FKTWkvke6B0KY4Xc_7edI18ec-J02u8FPiri_TEW73IKtKwBDhDOEG7uSFFnSe2eC8QleSaTl_nvsG9mxiza/s1600/uhud.jpg
Hari itu Nasibah sedang berada di dapur. Suaminya, Said tengah berehat di bilik tidur. Tiba-tiba terdengar suara gemuruh bagaikan gunung-gunung batu yang runtuh. Nasibah menduga, itu pasti tentera musuh. Memang, beberapa hari ini ketegangan memuncak di sekitar Gunung Uhud.

Dengan bergegas, Nasibah meninggalkan apa yang tengah dikerjakannya dan masuk ke bilik. Suaminya yang sedang tidur dengan halus dan lembut dibangunkannya. “Suamiku tersayang,” Nasibah berkata, “aku mendengar suara aneh menuju Uhud. Barang kali orang-orang kafir telah menyerang.”

Said yang masih belum sedar sepenuhnya, tersentak. Ia menyesal mengapa bukan ia yang mendengar suara itu. Malah isterinya. Segera ia bangun dan mengenakan pakaian perangnya. Sewaktu ia menyiapkan kuda, Nasibah menghampiri. Ia menghulurkan sebilah pedang kepada Said.

“Suamiku, bawalah pedang ini. Jangan pulang sebelum menang….”

Said memandang wajah isterinya. Setelah mendengar perkataannya seperti itu, tidak pernah ada keraguan baginya untuk pergi ke medan perang. Dengan gagah dinaikinya kuda itu, lalu terdengarlah derap suara langkah kuda menuju utara. Said terus terjun ke tengah medan pertempuran yang sedang berkecamuk. Di satu sudut yang lain, Rasulullah melihatnya dan tersenyum kepadanya. Senyum yang tulus itu makin mengobarkan keberanian Said saja.

Di rumah, Nasibah duduk dengan gelisah. Kedua anaknya, Amar yang baru berusia 15 tahun dan Saad yang dua tahun lebih muda, memperhatikan ibunya dengan pandangan cemas. Ketika itulah tiba-tiba muncul seorang penunggang kuda yang nampaknya sangat gugup.

Friday, July 22, 2011

9 burung paling berbahaya

9. Rheas
 
The Rhea, burung asal Amerika Selatan, merupakan burung besar yang dapat membesar sehingga berat 60-80 kilogram. Walaupun lebih kecil dari burung unta dan tidak agresif seperti kasuari, rheas mempunyai kaki berotot-otot, taji keras pada kaki dan tendangan dengan kekuatan sebesar 800 pon per inci persegi.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrCrZ_an2iVW0TlsnJHdTYb2MlGQ3eDcIEMzt42FPea-NFCizmT-zvWJpUikS_cgZOAl7dD28UuIzcvF8JlJ9wVIwCQW5ssWcX44Lo9AGi227w7rR7NjK0NYdURC2DcvoEnew6zdabglc/?imgmax=800

8. Vultures
 
Jika terjumpa, seekor burung hering (sekarang banyak spesies terancam pupus) akan mendesis atau membuat suara mendengus rendah untuk anda. Burung, ini juga memiliki paruh melengkung tajam yang boleh melapah daging, bersama dengan penglihatan yang sangat baik.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnKlZ9Aom4zp4Lfl3bYHUXR5i5INZ_AKw-WeIP0HEW4TQuOivdv31rwsULuhVNF_jQBH1V1S9N83-BxUaP-JwJMWFmJ3zPHNGbx0nV6vyStnrLb-FmJg-XTKHTusoEH2vVd-tcIn4bKhA/?imgmax=800

7. Eagles
 
Helang adalah burung yang kuat (cukup kuat untuk mengangkut sesuatu yang mempunyai berat empat pon), burung agresif, dan walaupun tidak membahayakan manusia di alam luar, dalam ruang tertutup cakar dan paruh burung ini dapat membahayakan manusia dengan mudah. (Helang makan kira-kira setengah kilo ikan dalam masa empat minit)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg0EVrE3znUPXBBmjyB1ycnhu8KslbHJ16LnZFfyKQVXK1NSL2mDtgka-943cqQrfhB7ctT0ixOQNXdPjZ6GRHYsj4Q-Jv7FRa0WknHzLGFJ_bPJsunF15jurQoBCy0QbH39o5NkMBwPv4/?imgmax=800

6. Hawks and Falcons
 
Seperti burung pemangsa yang lain, burung ini mempunyai cakar tajam dan paruh kuat yang digunakan untuk memburu, bersama dengan kepantasan dan kelincahan, menciptakan bahaya serius bagi manusia, malah jika hanya anak  burung ini (paruh nya 'juga dapat dikonfigurasi secara khusus untuk memotong melalui saraf tulang belakang dari mangsanya).

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgI1srk20wU8eo4nzfPSOMv0wCkW6Eoi3xIWyiDpWTddqgAYUOvf4o97XRN6JurOzuMfXfiMt5PLNFKo3g6fMAJZ4bkAzk4DI4Rux1QcbsLNPvfE7lFS-Hgn9By8a3J7Af0GTZMcWbkPFk/?imgmax=800

Kisah syaitan gemuk dan syaitan kurus

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghM7B2FmhsC2fiWDqyItd7Qk_Z-w4lpuQ9o3muKKYVlvLl-IVxiRtCYq6qYdEeVRg3ayiz20zb3XoXvwWel2GAOJgkQJYuGS6zc_TlvLX1FgxGZNfPgu0_mtfyWLERvHSxjN26X59g7eA/s1600/setan.jpg

Suatu ketika Abu Hurairah ra.,salah seorang sahabat nabi terkenal, bertemu dengan syaitan penggoda orang mukmin dan syaitan penggoda orang kafir. 

Syatan penggoda orang kafir itu gemuk, segar, rapi, dan memakai baju cantik. Sedangkan syatan penggoda orang mukmin kurus, kering, kusut, dan tidak berpakaian.

Syaitan gemuk itu bertanya pada syaitan penggoda kaum mukmin yang kurus, 

“Kenapa keadaanmu menyedihkan, kau kurus kering, kusut dan tidak berpakaian?”

Syaitan kurus menjawab, “Aku bertugas menggoda orang mukmin yang selalu berzikir dan membaca basmilah menyebut nama Allah. Ketika hendak makan dan minum ia membaca basmilah menyebut nama Allah, maka aku tetap lapar dan haus. Ketika memakai minyak ia menyebut nama Allah, maka aku tetap kusut. Dan ketika memakai baju ia juga menyebut nama Allah sehingga aku tetap tidak berpakaian! “

Gambar-gambar keindahan bumi Siberia

Jika mendengar nama Siberia, mungkin dibenak anda yang akan muncul adalah dataran luas di Rusia yang selalu dilitupi dengan ais kerana lokasinya di sebelah bumi utara namun ada sebelah lain iaitu Siberia barat yang tidak kita ketahui.

Fotografi dengan "pemandangan dari atas-" sangat menarik.Ini adalah gambar-gambar dari Daerah Novosibirsk yang merupakan sebahagian dari Dataran Siberia Barat.
Dengan luas sekitar 178,200 kilometer persegi. kebanyakan dataran yang rata tetapi di utara ada beberapa hutan besar dengan banyak paya.

Ada dua buah sungai utama dari "Oblast" (bahasa Rusia untuk wilayah), Ob dan Om, dan tasik terbesar adalah Chani, Sartlan, Ubinskoye, beberapa dengan air garam yang terlihat benar-benar putih.

Semua membuat pemandangan begitu indah dan membuat kita tidak akan menyangka bahawa ini adalah Siberia ... Wilayah ini mempunyai iklim benua,-19 C di musim dingin dan 19 darjah C di musim panas. Haiwan juga dapat kelihatan dalam gambar, anda juga boleh melihat sempadan dengan Kazakhstan.


Thursday, July 21, 2011

4 sebab hari Jumaat begitu penting bagi seseorang Islam


Hari Jumaat mempunyai kedudukan tersendiri di dalam Islam, baik dari sisi keutamaan, sejarahnya dan juga disyariatkan amalan-amalan sunnah yang berlipat ganda pahalanya. 

Sangat wajar jika kita menyambutnya sepenuh hati dan sukacita, malah Rasulullah SAW juga menyebutnya sebagai hari raya. Jumaat memang hari raya mingguan, yang kadang-kadang sering kita lupakan.

Agar kita bertambah semangat dalam menyambut hari Jumaat, dan mengisinya dengan seberapa banyak amalan utama, maka perlu kita sedikit melihat apa sesungguhnya keistimewaan hari Jumaat. 

Berikut adalah sebab kita bergembira di hari Jumaat, sesuai dengan pengkhabaran hadits dan riwayat sahih diantaranya sebagai berikut :

Pertama : Hari Jumat sebagai hari terbaik dan bersejarah
 
Dari Abi Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: Hari terbaik terbitnya matahari adalah pada hari Jum’at, pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu pula dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu tersebut dia dikeluarkan dari syurga” (HR. Muslim)

Sebagai hari terbaik, maka layaklah kiranya kita menyambut dengan segenap kebaikan dalam semangat dan niatan beribadah. Harus ada yang berbeda pada hari jumat, sebagaimana sejarah dan syariat kita telah mencontohkannya.

Terkini : Drama bergambar serangan harimau bintang di India

A wild leopard which mauled six people after wandering into a village in deepest India has died from injuries sustained during the attack.

The fully grown beast savaged several policemen and forest rangers, as well as villagers, during its rampage in a densely populated district near Siliguri in West Bengal yesterday.

The leopard was eventually tranquilised, tied up and taken to a veterinary clinic, where it later died.

A forestry department official said the animal had suffered multiple 'external injuries' as the police had used batons and knives to save their colleagues.

Lunging: Jaws open and claws outstretched, the leopard launches itself as its prey - but the unsuspecting forest guard still doesn't know he's under attack
Lunging: Jaws open and claws outstretched, the leopard launches itself as its prey - but the unsuspecting forest guard still doesn't know he's under attack

The leopard attacks a forest guard at Prakash Nagar village near Siliguri in north-east India
The leopard attacks a forest guard at Prakash Nagar village near Siliguri in north-east India

Forestry officials desperately try to reach higher ground as the big cat heads in their direction
Forestry officials desperately try to reach higher ground as the big cat heads in their direction

Villagers can only watch in horror as the leopard which mauled a number of people lands on a forest guard
Villagers can only watch in horror as the leopard which mauled a number of people lands on a forest guard 

The drama unfolded in Prakash Nagar, home to 3,000 villagers, in north-east India.

Wednesday, July 20, 2011

Persidangan syaitan, iblis dan jin

 http://2.bp.blogspot.com/-Be3862H77RY/ThPcMXko6iI/AAAAAAAAAxc/-6ZJi8lZgeY/s400/syaitan+sesatkan+manusiA.JPG

Pernahkah anda mendengar persidangan ini? Sedikit renungan dicelah kesibukan kita, sekadar saling mengingatkan. Dalam suatu persidangan iblis, syaitan dan jin, dikatakan:

"Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid",
"Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran",
"Malah kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka ALLAH SWT dan Pembawa risalah-Nya Muhammad",
"Pada masa mereka melakukan hubungan dengan ALLAH SWT, maka kekuatan kita akan lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid, biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga mereka tidak lagi ada waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada ALLAH SWT".

"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis.
"Alihkan perhatian mereka dari usaha mendekatkan kepada ALLAH SWT dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!".

"Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin iaitu syaitan, dan jin.
Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipu daya untuk menyibukkan fikiran mereka,"

10 gunung berapi berbahaya yang masih aktif di dunia

1. Chaitén
semua-nyata.blogspot.com
Terletak di Chile selatan, tepi kaldera mencapai 1,122 meter di atas aras laut dan 3km dengan diameter. Gunung Chaiten mula meletus pada  Mei 2008. Kekuatan letusan itu meningkat secara dramatik menghasilkan ledakan arus awan dan lava. Pada bulan Februari 2009 , terjadi sebahagian letusan disebabkan runtuhnya kubah aliran piroklastik lebih bawah melalui lembah sungai.
2. Mayon
semua-nyata.blogspot.com
Gunung Mayon terletak di bahagian Albay, di Luzon, Filipina. Sebahagian dari Lingkaran Api Pasifik, merupakan salah satu gunung berapi paling aktif, telah meletus di Filipina selama lebih dari 49 kali dalam masa 400 tahun terakhir.
3. Mount Etna
semua-nyata.blogspot.com
Terbesar daripada tiga gunung berapi aktif di Itali terletak 3,329 meter di atas aras laut di pesisir timur Sisilia. Salah satu gunung berapi yang paling aktif di dunia, Gunung Etna adalah dalam keadaan hampir konstan. Yang paling terakhir adalah letusan abu pada bulan April 2010.

Doa Rasulullah yang tidak popular di zaman ini


Tidak ada orang mahu miskin. Semua mahu kaya, mahu rezekinya murah, mahu hidupnya mewah, mahu urusan duniawinya dipermudahkan. Tidak ada yang mahu miskin, kekurangan, apalagi melarat.

Semua mahu hidup senang di dunia, mewah dan berlebihan tanpa memikirkan apa yang menimpa terhadap dirinya dari kekayaan yang diberikan kepadanya. 


Malah sebahagian dari mereka berusaha agar boleh kaya dengan cara apapun. Dengan cara halal atau dengan cara haram. Semua cara dilakukan, yang penting boleh kaya dan mendapat duit.

Banyak sekali do'a-do'a yang diajarkan Nabi kita Muhammad saw agar boleh dapat kekayaan, murah rezeki dan hidup senang, diantaranya yang diriwayatkan oleh Abu Abdullah Muhammad al Qurtubi dalam tafsirnya yang menulis bahawa kebaikan di dunia sangat luas mencakupi diantaranya: 


kesihatan, isteri yang soleh, anak dan keturunan, ilmu, ibadah dan pula harta benda dan kekayaan. Ini semua termasuk dalam kategori kenikmatan duniawi.

Di lain ayat Allah berfirman "dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi". Alqashash 77

Di samping do'a-do'a yang diajarkan untuk rezeki murah, ada pula do'a-do'a yang tidak popular di zaman ini yang diajarkan Rasulullah SAW agar meminta kepada Allah kemiskinan

"Ya Allah, hidupkan aku miskin. Matikan aku miskin. Dan kumpulkan aku kelak di Padang Mahsyar ke dalam kelompok kaum miskin".

Tuesday, July 19, 2011

Kisah kaldai dalam perigi

Seekor kaldai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi. Sang petani letih berfikir apa yang harus dilakukannya terhadap kaldai tersebut. Akhirnya, sang petani memutuskan untuk menanam kaldai itu hidup-hidup di dalam perigi. 

Memandangkan kaldainya sudah tua dan perigi tersebut harus ditimbus kerana akan membahayakan haiwan dan juga orang lain yang melintas. Jadi tidak ada gunanya menolong sang kaldai. Ia pun memanggil jirannya untuk membantu menimbus perigi tersebut. Mereka membawa cangkul dan mula memasukkan tanah ke dalam perigi.
 
Sang keledai terkejut menyedari kenyataan yang harus dihadapinya. Dengan spontan ia terus meronta-ronta ketika tanah dijatuhkan ke atas badannya. Tapi kemudian ia terdiam. Setelah beberapa cangkul tanah dituangkan ke dalam perigi dan tidak lagi terdengar suara kaldai yang meronta-ronta, sang petani melihat ke dalam perigi. Namun ia tercengang dengan apa yang dilihatnya.

Tulahan : 10 'keganasan' orang awam terhadap polis semasa himpunan Bersih 2.0

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar meminta kerjasama orang ramai agar menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu.
 
Mustahil polis tidak mempunyai bukti-bukti keganasan yang dilakukan sehingga perlu meminta kepada orang ramai.

Sedangkan polis boleh sahaja membuka youtube dan gambar-gambar yang diambil oleh orang ramai untuk digunakan sebagai bukti.

Jika polis menuduh video youtube dan gambar-gambar itu palsu, polis boleh sahaja guna khidmat pakar Amerika sebagaimana yang digunakan ke atas video seks ciptaan Dato 'T'.

Apa jaminan polis, orang ramai yang menyerahkan video akan selamat dari ugutan dan ancaman jika menyerahkan video keganasan polis.
Berikut adalah senarai 10 keganasan polis semasa himpunan Bersih 2.0.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiERiMisCX3u44QAA4NQxNfdNXK34_pWutOxv6iuQFpiCNC_V1XUUJBJovckRFCSj_y7ziteesrlaV1FxSjuJTMmAu17fQ-e7FlEMUkKtckLQdM2FS9EfrUC1jCS3uETINbnQYISg_1EKw/s320/bersihmati2.png
1. Allahyarham Baharuddin Ahmad, meninggal dunia


Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak polis ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani postmortem.

“Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah,” kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin.
http://tvsnews.net/v1/images/news_images_upload/allahyarham.jpg
Laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa.Ia menjadi tanda tanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

http://www.fuhsantai.com/wp-content/uploads/2011/07/bodyguard-anwar-2-640x480.png

2. Fayyad Al-Bakri, retak tulang pipi , jalani pembedahan plastik
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata , polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata pada paras 45 darjah ke arah udara , namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercaya sengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah mata Anwar Ibrahim,peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri.(Ada Youtube )
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-YEThKeKc4XxeACXOCsuV98thRxpIGwSfC15_saWPkFYS76xpt8SGO7mSwU58TaCtUSdQTml8gVgGZ-79VSjMjj7rGoRYivxXrsgm4SON5ylFkqqSq6tBmayq1OPFTT8Imba4xIfCmf0/s400/fayad+al+bakri+2.png
Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya.  Beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik.

http://1.bp.blogspot.com/-I2axRDckLeA/Th9zSCGb6pI/AAAAAAAAAeo/o19uKi285ME/s1600/268058_10150242917063046_215868293045_7054253_6642161_n-775839.jpg
3. Seorang pemuda, patah kaki kanan

Pemuda ini patah kaki kanannya akibat diterajang oleh beberapa anggota Polis/FRU.
http://media1-cdn.malaysiakini.com/382/515a218cedcef5d4c1533928ca7beb99.jpg
Selepas ditahan, diikat tangannya dengan cable tight, pemuda ini kemudiannya ditinggalkan begitu sahaja dibahu jalan oleh anggota polis yang menahannya selepas menyedari kaki pemuda ini patah. Maklumat mengenai pemuda ini masih belum diperolehi lebih lanjut.

Monday, July 18, 2011

Kelengkapan perang negara Iran yang mengerunkan negara Barat

Pada masa ini Iran menjadi salah sebuah negara dengan kekuatan ketenteraan yang besar dan ditakuti. Selain isu tuduhan mengembangkan senjata nuklier, Iran juga mempunyai persenjataan lengkap mulai dari bom, rudal, peluncur roket, senapang dan lain-lain. 

Kendaraan tempur yang dimiliki juga banyak seperti pesawat, tank, kapal perang, kenderaan pengangkut personel, dan sebagainya. Inilah yang boleh mengerunkan negara kuasa besar seperti Amerika yang menjadi fobia terhadap Iran. 

Berikut ini adalah beberapa persenjataan dan kenderaan tempur yang dimiliki oleh Iran.


IRAN ARTILLERY ROCKETS

Top to bottom:
- 107 mm single barrel rocket launcher
- 107 mm double barrel rocket launcher
- 107 mm 12 barrel rocket launchers
- 122 mm single barrel rocket launcher
- Rocket artillery chart

10 spesis haiwan baru hasil kacukan dua haiwan berlainan

Beberapa haiwan hibrid dilahirkan di alam liar, sementara yang lain dibesarkan oleh manusia untuk keuntungan atau kajian  ilmiah. 


Apapun alasan untuk kelahiran haiwan ini, spesies baru dan menarik di luar sana kerana campuran spesies.Berikut adalah 10 jenis haiwan hibrid yang relatif baru dalam dunia haiwan.

01-Dzo (Peranakan Lembu + Yak)


Dikembangbiakkan untuk bekerja di sektor pertanian di kedua negara Nepal dan Mongolia, Dzo (atau Khainag di Mongolia) adalah kacukan jantan dari yak dan betina dari lembu peliharaan. 



Haiwan ini 25 hingga 30 peratus lebih berat dari lembu biasa Mongolia. Walaupun Dzo adalah binatang untuk mengangkut barang yang kuat, dagingnya  dianggap jauh lebih enak dari kedua induknya.

02-Kucing Bengala (Peranakan Leopard + Kucing Peliharaan)

http://kitten.com.my/forum/attachments/me-my-cat/21793-kucing-bengal-saya-kurus-010820071467.jpg 
Kacukan antara Leopard Asia dan kucing rumah tempatan, Kucing Bengala pertama kali dikembangbiakkan antara akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh sesiapa yang inginkan haiwan peliharaan dengan penampilan eksotik tapi dengan perubahan perilaku yang boleh dijinakkan. 

Seperti kucing rumah biasa sehingga besar, Kucing Bengala mempunyai bulu yang berkisar dari kelabu, coklat atau oren atau putih seperti gading, dengan tompok-tompok bervariasi warna dari warna kakao sehingga warna arang atau hitam.

03- Zebroid (Peranakan Zebra + Keldai)


"Zebroid" hasil pencatuman setiap hibrid zebra dan spesies keldai; kacukan gen ini pertama terjadi di awal abad 19. Ia mempunyai nama yang berbeza bergantung campuran ras induknya. 

Apabila seekor zebra betina dan seekor keldai jantan dikacukkan, anaknya disebut zebrinny, sementara zebra jantan dan keldai betina disebut zedonk-tapi secara umum, keturunan yang dilahirkan mirip seperti Zebra dewasa dan dengan belang-belang dari zebra pada beberapa (tetapi tidak semua) dari tubuhnya.

Sunday, July 17, 2011

Dendam masa kecil , punca Hitler memerangi Yahudi

Fakta Unik - "Boleh sahaja saya memusnahkan semua YAHUDI di DUNIA, tapi saya tinggalkan sedikit sahaja yang hidup. agar kamu tahu mengapa alasan saya membunuh mereka" Ucapan Hitler

Seringkali, tabiat, perilaku dan pendirian seseorang adalah hasil dari pengalaman masa lalunya. Semasa kecil Hitler adalah seorang anak yang dibuang, ayahnya sangat membencinya dan menganggap tingkah lakunya yang “antisosial” itu adalah satu kutukan kerana Alois Hitler (Ayah Hitler) mengahwini anak saudaranya sendiri. 
Adi (nama kecil Adolf Hitler) dilahirkan pada 20 April 1889 di sebuah bandar kecil di Austria dekat sempadan Jerman. Ayahnya adalah seorang yang keras dalam mendidik anak sedang ibunya baik kepadanya.

Ibunya adalah salah seorang dari sedikit orang yang benar-benar disayangi oleh Adolf. Ibunya sangat percaya bahawa anaknya adalah seorang genius, dan selalu menganggap anaknya normal, walaupun sejak kecil sudah menunjukkan gejala destruktif dan antisosial. 


Mengapa kita perlu mandi setiap hari

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfPeoEKjWYI9crS1LDxhVI3-eAU8OeIniadaYLlM2dJDvmKUv40cKCC5CKuGJa-YQ2I_eo_tb2hqWxhLfgmUy12Omequ5pTtvqi5_nN7xJ2-x5vwSI7KhnTIeIFw2NUHmzCqvwdzG3waU/s1600/mandi+sehat.jpg

Ternyata mandi tidak hanya menyegarkan badan, tapi ada manfaat lain di sebalik itu. Baru-baru ini ada kajian mengenai mandi dimana selain untuk membersihkan tubuh badan ternyata mandi juga mempunyai peranan dalam meningkatkan sistem ketahanan, mencegah penyakit kulit, malah untuk menyembuhkan masalah perubatan yang serius. 

Beberapa hasil kajian yang menunjukkan bahawa mandi itu berkhasiat antara lain:

1. Pengidap Diabetes
Untuk pengidap diabetes, dengan setengah jam mandi (berendam) dalam tong air panas (suam) dapat menurunkan kandungan gula dalam darah kira-kira 13%.

2. Kesihatan Jantung
Dengan mandi (berendam) selama 10 minit dalam air panas (suam) dapat memperbaiki kesihatan jantung baik lelaki maupun wanita.

3. Eksema
Eksema adalah radang kronik kulit yang kering dan gatal. Untuk pengidap penyakit kulit seperti eksema, ruam, gatal-gatal dapat menambahkan baking soda(serbuk penaik) ke dalam tong mandi kerana berdasarkan kajian baking soda itu bertindak sebagai antiseptik.

6 sarang binatang yang menakjubkan

Sejak dahulu manusia berlumba-lumba membina bangunan yang megah yang memiliki nilai seni bina yang tinggi. Tidak mahu kalah dengan manusia, binatang pun mempunya nilaiseni bina yang tinggi dalam membina sarangnya, malah keindahannya sering tidak dapat kita bayangkan bagaimana cara binatang ini membinanya.

Berikut ini adalah senarai sarang binatang yang indah dan menakjubkan. Antaranya sarang burung, semut, anai-anai, katak, memerang, dan katak dan sebagainya. Sarang-sarang ini dibina dengan “tangan” mereka sendiri, tanpa bantuan arkitek mahupun kontraktor.

1. Sarang Burung Penenun

Burung penenun membina sarang kekal pada pokok dan objek lainnya yang tinggi. Sarang ini akan cukup besar untuk rumah puluhan keluarga burung, berisi beberapa generasi sekaligus.

Sarang yang sangat terstruktur memberikan burung rasa yang lebih nyaman dibanding keadaan di luar. Pusat bilik tetap panas dan digunakan untuk malam hari dan mengeram telur. Luar ruangan yang digunakan untuk berteduh di siang hari.

sarang burung penenun 1
sarang burung penenun 2

2. Sarang Semut

Komplek sarang semut dibina oleh banyak anggota koloni. Sarang semut dibina di bawah tanah atau di atas pokok. Sarang semut ini dapat ditemui di dalam tanah, di bawah batu atau kayu dan di dalam batu berongga. 

Bahan yang digunakan untuk pembinaa adalah tanah dan tanaman.Sarang semut selalu dikawal ketat dari penganggu.

sarang semut

3. Sarang Memerang

Sarang empangan memerang dibuat sebagai perlindungan terhadap pemangsa, seperti Koyot, serigala dan beruang, dan untuk memberikan kemudahan menyimpan makanan sepanjang musim sejuk.