Tuesday, July 19, 2011

Kisah kaldai dalam perigi

Seekor kaldai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi. Sang petani letih berfikir apa yang harus dilakukannya terhadap kaldai tersebut. Akhirnya, sang petani memutuskan untuk menanam kaldai itu hidup-hidup di dalam perigi. 

Memandangkan kaldainya sudah tua dan perigi tersebut harus ditimbus kerana akan membahayakan haiwan dan juga orang lain yang melintas. Jadi tidak ada gunanya menolong sang kaldai. Ia pun memanggil jirannya untuk membantu menimbus perigi tersebut. Mereka membawa cangkul dan mula memasukkan tanah ke dalam perigi.
 
Sang keledai terkejut menyedari kenyataan yang harus dihadapinya. Dengan spontan ia terus meronta-ronta ketika tanah dijatuhkan ke atas badannya. Tapi kemudian ia terdiam. Setelah beberapa cangkul tanah dituangkan ke dalam perigi dan tidak lagi terdengar suara kaldai yang meronta-ronta, sang petani melihat ke dalam perigi. Namun ia tercengang dengan apa yang dilihatnya.


Walaupun badannya terus ditimpa oleh bercangkul-cangkul tanah dan kotoran, si kaldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Ia menggoncang-goncangkan badannya agar tanah yang menimpa badannya jatuh ke bawah, lalu ia pun menaiki tanah itu. 

Si petani terus menuangkan tanah dan kotoran ke atas badan haiwan itu, namun si kaldai juga terus mengguncangkan badannya dan kemudian melangkah naik. Si kaldai akhirnya berhasil meloncat keluar dari perigi dan melarikan diri.
 
Apa yang boeh kita dapat dari pelajaran ini? Kehidupan terus sahaja menuangkan segala macam tanah dan kotoran kepada kita. Cara untuk keluar dari ‘perigi' (kesedihan dan masalah) adalah dengan menggoncangkan segala tanah dan kotoran dari diri kita (fikiran dan hati kita) dan melangkah naik dari ‘perigi' dengan menggunakan hal-hal tersebut sebagai pijakan.
 
Setiap masalah kita merupakan satu batu pijakan untuk melangkah. Kita dapat keluar dari ‘perigi' yang terdalam dengan terus berjuang, jangan pernah menyerah. Goncangkan hal-hal negatif yang menimpa dan melangkahlah naik.Motivasi Keeboo

No comments:

Post a Comment