Sunday, July 17, 2011

Dendam masa kecil , punca Hitler memerangi Yahudi

Fakta Unik - "Boleh sahaja saya memusnahkan semua YAHUDI di DUNIA, tapi saya tinggalkan sedikit sahaja yang hidup. agar kamu tahu mengapa alasan saya membunuh mereka" Ucapan Hitler

Seringkali, tabiat, perilaku dan pendirian seseorang adalah hasil dari pengalaman masa lalunya. Semasa kecil Hitler adalah seorang anak yang dibuang, ayahnya sangat membencinya dan menganggap tingkah lakunya yang “antisosial” itu adalah satu kutukan kerana Alois Hitler (Ayah Hitler) mengahwini anak saudaranya sendiri. 
Adi (nama kecil Adolf Hitler) dilahirkan pada 20 April 1889 di sebuah bandar kecil di Austria dekat sempadan Jerman. Ayahnya adalah seorang yang keras dalam mendidik anak sedang ibunya baik kepadanya.

Ibunya adalah salah seorang dari sedikit orang yang benar-benar disayangi oleh Adolf. Ibunya sangat percaya bahawa anaknya adalah seorang genius, dan selalu menganggap anaknya normal, walaupun sejak kecil sudah menunjukkan gejala destruktif dan antisosial. 


Umur 18 tahun, Adolf sudah menjadi seorang yatim piatu setelah ibunya meninggal dunia sedangkan ayahnya sudah meninggal terlebih dulu sebelumnya. Masa kecil yang diliputi dengan kebencian dan penderaan dari ayahnya ini memberikan kesan besar dalam mental dan kejiwaan Hitler dewasa.

Ada perkara yang harus kita fahami bahawa, jangan pernah meremehkan “dendam masa kecil”. Contoh lain juga boleh kita dapati dari kisah Mao Tse Tung. 
Mao kecil pernah bersekolah di sekolah yang didirikan oleh para missionaris dari Eropah, oleh sebab suatu perkara Mao dimaki oleh salah seorang Paderi dengan makian yang bersifat rasialis “anjing kuning!” dan mulai hari itu Mao tidak pernah kembali ke sekolah itu.

Membenci kaum agamawan. Kemudian menjadi pemimpim komunis terbesar di China, juga menjadi pembunuh massa, jutaan kaum terpelajar dan seniman mati dibunuh dan dihukum kerja paksa dalam Revolusi Kebudayaan 1965. Tiada bezanya dengan Hitler satu dendam masa kecil; inilah bahayanya jika itu dialami oleh seorang pemimpin!

Hitler awalnya bercita-cita menjadi seorang seniman (bukan menjadi tentera/ politikus). Sebagai pecinta seni, maka dia cuba mendaftar ke sebuah fakulti seni di Wina, Austria, tetapi ditolak. Penolakan ini memiliki kesan besar bagi dirinya.

Kecewa, yatim-piatu, tidak ada wang, sehingga dia selama kira-kira setahun merempat, hidup dari belas kasihan orang lain di jalanan. Sepanjang masa itu, dia juga mulai benci terhadap orang Yahudi, kaum imigran yang hidup lebih mewah, dan ini ditambah apabila mendengar ceramah yang sifatnya “Antisemitik” oleh Datuk Bandar Vienna Karl Lueger.

Teori Lueger yang menyalahkan kekacauan ekonomi dan politik kepada kaum Yahudi, menjadi inspirasinya menjadi pembenci kaum Yahudi sepanjang hidupnya. Ini pula yang membina ideologinya dan menganggap bangsa Arya adalah bangsa tertinggi. 
Banyak orang berkata, seandainya dia diterima di sekolah seni tersebut, mungkin Hitler hanya akan menjadi seniman seperti Picasso contohnya, mungkin sejarah juga akan lain ceritanya. Di sinilah salah satu faktor pentingnya Hitler, dia mengubah sejarah (walaupun ke jalan yang dianggap salah). Garis hidupnya bagaikan takdir yang tidak boleh diubah.

Pada tahun 1914, Jerman ikut serta dalam Perang Dunia 1 dan Hitler masuk menjadi tentera. Sewaktu perang di barisan hadapan, dia mendapat luka, dipulangkan dan mendapat anugerah untuk keberaniannya. 
Sepanjang perang, Hitler berangsur-angsur menjadi seorang patriot untuk Jerman walaupun dia sendiri bukan warga negara Jerman (dia lahir di Austria). 
Maka dari itu, sewaktu Jerman kalah perang, dia tidak boleh menerima kenyataan, karena bagi Hitler, Jerman adalah yang terkuat. Dia lalu menyalahkan para "pengkhianat" sivil, terutama orang Yahudi sebagai penyebab Jerman kalah perang.

Jerman setelah kalah perang porak poranda. Keadaannya sangat teruk dengan bandar-bandar yang hancur, harga barang tinggi ditambah lagi dengan datangnya gerakan-gerakan revolusi komunis. 
Hitler sendiri tetap setia sebagai tentera. Hitler membenci orang-orang dari berbagai ideologi, termasuk komunis (Karl Marx adalah seorang Yahudi), sosialis, kapitalis dan liberal. Sebenarnya karier tentera Hitler hanya sampai berpangkat Kopral, boleh dibayangkan betapa hebatnya orang ini, bagaimana dia menjadi Army Commander yang ditakuti seluruh dunia pada Perang Dunia 2.

Pada tahun 1919 Hitler menyertai sebuah parti kecil bernama Partai Pekerja Jerman dan meninggalkan karier tenteranya. Kemudian berjaya menjadi pemimpinnya dan akhirnya mengubah namanya menjadi partai NAZI. Tahun 1920, Hitler menerbitkan simbol Swastika dan pada tahun 1921 Parti ini semakin mendapat sokongan penuh dengan didukung oleh kumpulan militia SA.

Disinilah kita boleh melihat salah satu kegeniusan Hitler, berorganisasi dan berpidato. Apapun yang Hitler katakan adalah seperti sebuah “Religion’s order” yang membuat pengikutnya menjadi terlalu fanatik

No comments:

Post a Comment