Saturday, January 7, 2012

Adakah kamu lebih mulia dari Bilal bin Rabbah, Saad bin Abi Waqas dan Salman Al-Farisi?

 http://wanwma.com/wp-content/uploads/2010/12/rasulullah2.jpg
Di zaman pemerintahan Saidina Umar, empat orang sahabat Nabi Muhammad telah datang kepada Amirul Mukminin untuk mengadu hal. Mereka adalah Bilal bin Rabbah, Saad bin Abi Waqas, Salman Al-Farisi dan Abu Sufyan, bangsawan Arab yang sangat terkenal. 
 
Apabila Saidina Umar membuka pintunya untuk tetamunya, beliau memanggil Bilal dahulu, setelah selesai urusannya dengan Bilal beliau memanggil Saad dan seterusnya Salman Al-Farisi. Akhir sekali adalah Abu Sufyan.
 
Dalam diam, Abu Sufyan berasa marah kerana beliau adalah orang yang terakhir dipanggil dan terpaksa menunggu lama. Padahal seluruh tanah Arab tahu bahawa beliau adalah dari golongan bangsawan yang kaya lagi mulia di tanah Arab pada ketika itu. 
 
Setelah bertemu Saidina Umar, Abu Sufyan telah mengadu halnya kepada Saidina Ali. "Mengapa Bilal si hamba yang hitam itu terlebih dahulu dipanggil oleh Umar? Tidakkah Umar mengetahui bahawa akulah yang lebih mulia? 
 
Saidina Ali menjawab, "Semasa Israk Mikraj Nabi Muhammad ke langit, Rasulullah terdengar bunyi tapak kaki". Rasulullah bertanya kepada Jibrail, "Bunyi tapak kaki siapakah itu wahai Jibrail". Jibrail menjawab, "Itulah bunyi tapak kaki Bilal di dalam Syurga". 
 
Dengan tenang Saidina Ali bertanya Abu Sufyan, "Adakah Rasulullah mendengar bunyi tapak kaki mu wahai sahabatku". Abu Sufyan hanya mampu mengelengkan kepala. "Sebab itu Bilal lebih mulia dari kamu!". Saidina Ali menambah. 
 
"Bagaimana pula dengan dengan Saad bin Abi Waqas, bukahkah di cuma seorang anak kepada hamba?" kata Abu Sufyan yang masih tidak berpuashati dengan Saidina Umar. 
 
Saidina Ali berkata, "Takkala ibu Saad mengetahui tentang pengislaman Saad, ibunya telah berasa malu dan memberi tahu Saad yang beliau tidak makan dan minum sehinggalah beliau meninggalkan ajaran Nabi Muhammad". 
 

Friday, January 6, 2012

Kisah sejarah di Jabal Abu Qubais

 http://www.hajjandumrahusa.com/images/JablAbuQubais.jpg
Jabal Abu Qubais atau Jabal Qubais adalah sebuah tanah tinggi atau bukit di sebelah timur Mekah yang letaknya berdekatan dengan Masjidil Haram. Bukit ini berhadapan dengan Jabal Quayqian.

Jabal Abi Qubais disebut dalam as-Sirah an-Nabawiyah (buku pertama tentang sejarah Nabi Muhammad s.a.w) sebagai tempat yang biasa diziarahi orang-orang pada masa Jahiliah. 

Pada masa Islam, Jabal Qubais ini hanya disebut dalam hubungannya dengan penduduk Mekah, termasuk Abu Quhafah (ayah Abu Bakar As-Siddiq), yang naik ke bukit ini dan tempat-tempat tinggi lainnya untuk melihat dan menyaksikan pasukan Islam yang memasuki Mekah pada hari penaklukan Mekah. 

Dalam al-Munjid (Penolong) karangan Louis Ma’luf disebutkan bahawa Jabal Abu Qubais pernah dijadikan tempat pelontaran manjaniq (alat pelontar batu dalam peperangan) oleh Hasin bin Numayr untuk dihalakan kepada pasukan Abdullah bin Zubair yang bertahan di Kaabah. Tembakan dengan manjaniq ini menyebabkan terbakarnya tirai atau kiswah Kaa’bah.

Cerita-cerita yang disebutkan dalam as-Sirah an-Nabawiyah dan Hayat Muhammad (Kehidupan Nabi s.a.w) oleh Dr. Heikal mengenai Jabal Abu Qubais pada umumnya dihubungkan dengan riwayat Muhammad s.a.w sebelum diangkat menjadi Rasul. 

Thursday, January 5, 2012

Macam-macam alasan tak mahu tutup aurat, ini jawapannya

Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi.

Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. 

Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:

Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? 

Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? 

Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? 

Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. 

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). 

Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Tulahan : Nak jadi YB , fikir 1000 kali atau nak jadi YB , tak perlu fikir lagi


Salam, 

http://www.therocket.com.my/en/wp-content/uploads/2011/03/Untitled.jpg

Membaca tulisan Dr. Mariah di sini, penulis rasa simpati kepada mereka yang bernama wakil rakyat terutamanya wakil rakyat PR. Simpati lebih lagi kepada wakil rakyat PR di negeri pemerintahan BN, yang dinafikan peruntukan.

Ada YB yang bergolok bergadai kerana nak tunai kehendak rakyat. Ada YB yang hutang keliling pingang kerana nak penuhi permintaan rakyat. 

Beruntunglah YB jika jamaah kawasan banyak membantu, bantu jaga kebajikan rakyat dan aktif adakan aktiviti bersama rakyat. YB hanya tumpang sampaikan kepada penerima, YB cuma hadir dalam aktiviti yang jamaah kawasan jalankan.

Lebih mantap lagi bila YB pun turut turun padang cari dana kebajikan untuk rakyat, YB pun turut sama merancang aktiviti bersama rakyat.

Malanglah bagi YB jika jamaah kawasan juga bergantung harap kepada YB. Semua YB yang kena, dah la kena tolong rakyat . Jamaah kawasan pun mengharap dana dari YB untuk bergerak.

Lebih malanglah bagi YB yang tak mahu bersama jamaah kawasan , dah rasa yakin boleh bergerak sendiri. Tak mahu dikawal jamaah kawasan.  Bila tidak ada yang mengawal, tidak ada yang memantau maka tidak ada yang menegur. 

Tahu sahaja bila dah bergerak sendiri. Dana kena cari sendiri, aktiviti kena buat sendiri. Jika terdesak, nak minta tolong jamaah kawasan dah malu. 

Akhirnya, terpaksa berhutang sana sini. Hutang sana bayar hutang sini, hutang sini bayar hutang sana. Diri sendiri yang terpaksa tanggung, nak buat macam mana.

Wednesday, January 4, 2012

Kisah Khalifah Ali ibn Abi Talib yang mencintai ukhuwwah

 http://www.darussalam.com/images/Ali%20Ibn%20Abi%20Talib.jpg
Ini adalah sebuah kisah tentang kemimpinan Ali ibn Abi Thalib dalam sejarah Khulafaurrasyidin yang sangat patut kita teladani.

Tidak ada khalifah yang paling mencintai ukhuwwah, ketika orang berusaha menghancurkannya, seperti Ali ibn Abi Thalib. Baru sahaja dia memegang tampuk pemerintahan, beberapa orang tokoh sahabat melakukan pemberontakan. 

Dua orang di antara pemimpin Muhajirin meminta izin untuk melakukan umrah. Ternyata mereka kemudian bergabung dengan pasukan pembangkang. 

Walaupun menurut hukum Islam pembangkang harus diperangi, Ali memilih pendekatan persuasif. Dia mengirim beberapa orang utusan untuk menyedarkan mereka. 

Beberapa pucuk surat dikirimkan. Namun, seluruh usaha ini gagal. Jumlah pasukan pemberontak semakin bertambah. Mereka bergerak menuju Basra.

Dengan hati yang berat, Ali menghimpun pasukan. Ketika dia sampai di sempadan Basra, di satu tempat yang bernama Alzawiyah, dia turun dari kuda. Dia melakukan solat empat rakaat. 

Semasa solat, dia merebahkan pipinya ke atas tanah dan air matanya mengalir membasahi tanah di bawahnya. Kemudian dia mengangkat tangan dan berdo'a: "Ya Allah, yang memelihara langit dan apa-apa yang dinaunginya, yang memelihara bumi dan apa-apa yang ditumbuhkannya. Wahai Tuhan pemilik 'arasy nan agung. Inilah Basra. Aku mohon kepada-Mu kebaikan kota ini. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya. Ya Allah, masukkanlah aku ke tempat masuk yang baik, kerana Engkaulah sebaik-baiknya yang menempatkan orang. Ya Allah, mereka telah membangkang aku, menentang aku dan memutuskan bai'ah-ku. Ya Allah, peliharalah darah kaum Muslim."

Monday, January 2, 2012

Kisah Abu Ali Labib Al Abib , berubah kerana patukan ular

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuaFDZcBA2Gqn4YdzyU0rDTiTUvi6PZwqMgGer1LSK-q4WzOwgUwNjzxXXdndOb5vO9QMnet5n7g3Biqd-Y8Gyt7ZZVF5ThD6ip6pH3LlY2JxPwXywgGgCU8-p8oZKaCfCiwDVmYt9j1U/s1600/berdoa-4.jpg
Disebutkan oleh Al-Qadhi Abu Ali At-Tanukhi, dia mengatakan: Dahulu kala hiduplah seorang lelaki yang terkenal zuhud dan kuat ibadatnya, dialah Labib Al-Abid. 

Dia datang ke pintu gerbang negeri Syam dari arah barat kota Baghdad, sebuah tempat yang menjadi laluan banyak orang.

Labib kemudian berkata kepadaku: Dahulu aku adalah seorang hamba Rom, milik salah seorang tentara. Dialah yang merawat dan mengajarku cara bermain pedang sehingga aku pun mahir memainkannya sehingga merasa benar-benar perkasa. 

Demi menjalin persaudaraan dan untuk mengawal hartanya, walaupun aku telah dimerdekakan sepeninggalannya, aku kemudian menikahi isterinya. Aku yakin, Allah SWT. telah mengetahui bahawa apa yang kuperbuat itu tiada lain sekadar untuk menjaganya. Aku tinggal bersamanya beberapa tahun.

Selama hidup berumahtangga dengannya, suatu hari kulihat seekor ular menyelinap dalam bilik kami. Aku lalu memegang ekornya untuk kubunuh, tetapi ular itu berpatah balik menyerangku dan berjaya mematuk tanganku hingga menjadi lumpuh. 

Sunday, January 1, 2012

Kisah Zunairah , hamba Abu Jahal yang diseksa sehingga buta

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiS-zVZ29Cp57sGGrZJmJnyQjFQIYyBeoZ8JDn-6xHxSy3Bh1KEuS2reLCrL-IM4UBqRajddktPLIbXZ_eiBJ4bMNRTXeOJNl8aAzNocR2O1mUbLzf4GLtqMH8S8VAJLA7HX4q4Oi8XCww/s1600/tears.jpg
Seorang diantara hamba muslim adalah Zunairah, hamba Abu Jahal. Kerana keyakinannya itulah dia disiasat Abu Jahal.

"Benarkah kamu telah menganut agama Islam?" tanya Abu Jahal.

"Benar. Aku percaya pada seruan Muhammad, kerana itu aku mengikutinya." Jawab Zunairah.

Untuk menggoyahkan keyakinan hambanya, Abu Jahal bertanya pada kawan-kawannya."Hai kawan-kawan, apakah kalian juga mengikuti seruan Muhammad?"

"Tidaaak," jawab mereka serentak.

"Nah, sekira apa yang dibawa Muhammad itu baik, tentu mereka akan lebih dulu mengikutinya" kata Abu Jahl mempersenda hambanya.

Maka dipukullah Zunairah itu secara keji hingga matanya luka parah dan akhirnya menjadi buta. Melihat mata budaknya menjadi buta, Abu Jahal memujuknya.

"Matamu menjadi buta itu akibat kau masuk Islam. Cuba kau tinggalkan agama Muhammad itu, matamu akan sembuh kembali," katanya.

Betapa sakit hati Zunairah mendengar olok-olokan itu."Kalian semua adalah pembohong, tak bermoral. Lata dan Uzza yang kalian sembah itu tak akan boleh berbuat apa-apa. Apalagi memberi manfaat dan mudarat," katanya.

Terkena api dari kubur

http://jalanakhirat.files.wordpress.com/2010/03/4-api-di-dalam-kubur-yang-dipadam-dengan-4-amalan.jpg?w=816
Diceritakan dari Ibnu Hajar bahawa serombongan orang dari kalangan Tabi'in pergi berziarah ke rumah Abu Sinan. Baru sebentar mereka di rumah itu, Abu Sinan telah mengajak mereka untuk berziarah ke rumah jirannya. 

"Mari ikut saya ke rumah jiran untuk mengucapkan ta'ziah atas kematian saudaranya." kata Abu Sinan kepada tetamunya.

Sesampainya di sana, mereka mendapati saudara si mati sentiasa menangis karana terlalu sedih. Para tetamu telah berusaha menghibur dan memujuknya agar jangan menangis, tapi tidak berjaya. "Apakah kamu tidak tahu bahawa kematian itu suatu perkara yang mesti dijalani oleh setiap orang?" tanya para tetamu. 

"Itu aku tahu. Akan tetapi aku sangat sedih kerana memikirkan siksa yang telah menimpa saudaraku itu." jawabnya. "Apakah engkau mengetahui perkara yang ghaib?" "Tidak. 

Akan tetapi ketika aku menguburkannya dan meratakan tanah di atasnya telah terjadi sesuatu yang menakutkan. Ketika itu orang-orang telah pulang, tapi aku masih duduk di atas kuburnya.