Thursday, January 5, 2012

Tulahan : Nak jadi YB , fikir 1000 kali atau nak jadi YB , tak perlu fikir lagi


Salam, 

http://www.therocket.com.my/en/wp-content/uploads/2011/03/Untitled.jpg

Membaca tulisan Dr. Mariah di sini, penulis rasa simpati kepada mereka yang bernama wakil rakyat terutamanya wakil rakyat PR. Simpati lebih lagi kepada wakil rakyat PR di negeri pemerintahan BN, yang dinafikan peruntukan.

Ada YB yang bergolok bergadai kerana nak tunai kehendak rakyat. Ada YB yang hutang keliling pingang kerana nak penuhi permintaan rakyat. 

Beruntunglah YB jika jamaah kawasan banyak membantu, bantu jaga kebajikan rakyat dan aktif adakan aktiviti bersama rakyat. YB hanya tumpang sampaikan kepada penerima, YB cuma hadir dalam aktiviti yang jamaah kawasan jalankan.

Lebih mantap lagi bila YB pun turut turun padang cari dana kebajikan untuk rakyat, YB pun turut sama merancang aktiviti bersama rakyat.

Malanglah bagi YB jika jamaah kawasan juga bergantung harap kepada YB. Semua YB yang kena, dah la kena tolong rakyat . Jamaah kawasan pun mengharap dana dari YB untuk bergerak.

Lebih malanglah bagi YB yang tak mahu bersama jamaah kawasan , dah rasa yakin boleh bergerak sendiri. Tak mahu dikawal jamaah kawasan.  Bila tidak ada yang mengawal, tidak ada yang memantau maka tidak ada yang menegur. 

Tahu sahaja bila dah bergerak sendiri. Dana kena cari sendiri, aktiviti kena buat sendiri. Jika terdesak, nak minta tolong jamaah kawasan dah malu. 

Akhirnya, terpaksa berhutang sana sini. Hutang sana bayar hutang sini, hutang sini bayar hutang sana. Diri sendiri yang terpaksa tanggung, nak buat macam mana.

Sungguhpun begitu, ramai wakil rakyat  jamaah yang berjaya melepasi ujian ini walaupun ada yang gagal bertahan. 

Bagaimana nak tahu wakil rakyat jamaah itu berjaya ? bila jamaah masih mahu kekalnya sebagai calon, bila ahli jamaah sayang kepadanya, bila rakyat tidak benci kepadanya. Nak tahu wakil rakyat yang tak berjaya ? sebaliknyalah.

Walaupun , susahnya jadi YB. Masih ramai yang teringin nak jadi calon, ramai yang berharap terpilih jadi calon. 

Penulis cuma berharap janganlah ada dalam jamaah mereka yang pasang pengikut untuk berkempen supaya terpilih jadi calon.

Jangan ada yang tak terpilih jadi calon sanggup perlekeh calon yang dipilih jamaah. Jangan pula berpakat dengan pengikut sama naik reka cerita bukan-bukan  untuk burukkan calon yang dipilih.

Jangan ada yang terasa hati sebab tak terpilih jadi calon sehingga lemah semangat nak buat kerja bantu jamaah. 

Sekarang masa untuk berkerja memenangkan jamaah bukan masa melemahkan jamaah, memburukkan calon pilihan jamaah.

Jadi YB memang la popular, dikenali, dihormati. Pi mana-mana ramai yang menyambutnya, ramai yang mengelilingi. Namun kena ingat jadi YB juga besar amanahnya . 

Bagi yang dah teringin dan yang dah terpilih , ingatlah bila kita mati amanah sebagai YB itu akan ditanya Allah. Bersediakah YB dihadapan  Allah jika amanah tidak ditunaikan. Takutlah dengan azab Allah.

Jadi berfikirlah 1000 kali sebelum nak pasang cita-cita nak jadi YB. Jangankan jadikan keingginan nak jadi YB sebagai matlamat utama sehingga bila tak terpilih jadi lemah semangat , dah tak mahu bekerja untuk jamaah.

Boleh nak jadi YB tapi bukan Yang Berhormat tetapi Yang Bekerja. Bekerja untuk jamaah , bekerja untuk menangkan Islam. Nak jadi YB ini tak perlu fikir lagi, dah jadi kewajipan.

Penulis lebih suka bersama dengan ahli dan pemimpin jamaah Yang Bekerja kerana mereka ikhlas bekerja, berkorban masa , tenaga dan wang ringgit demi menangkan jamaah. 

Jadi pilihlah nak jadi Yang Berhormat atau Yang Bekerja. Jangan pula pilih jadi Yang Bermasalah.

Wassalam

No comments:

Post a Comment