Jabal Abu Qubais atau Jabal Qubais adalah
sebuah tanah tinggi atau bukit di sebelah timur Mekah yang letaknya
berdekatan dengan Masjidil Haram. Bukit ini berhadapan dengan Jabal
Quayqian.
Jabal Abi Qubais disebut dalam as-Sirah an-Nabawiyah (buku pertama tentang sejarah Nabi Muhammad s.a.w) sebagai tempat yang biasa diziarahi orang-orang pada masa Jahiliah.
Jabal Abi Qubais disebut dalam as-Sirah an-Nabawiyah (buku pertama tentang sejarah Nabi Muhammad s.a.w) sebagai tempat yang biasa diziarahi orang-orang pada masa Jahiliah.
Pada masa Islam, Jabal
Qubais ini hanya disebut dalam hubungannya dengan penduduk Mekah,
termasuk Abu Quhafah (ayah Abu Bakar As-Siddiq), yang naik ke bukit ini
dan tempat-tempat tinggi lainnya untuk melihat dan menyaksikan pasukan
Islam yang memasuki Mekah pada hari penaklukan Mekah.
Dalam al-Munjid
(Penolong) karangan Louis Ma’luf disebutkan bahawa Jabal Abu Qubais
pernah dijadikan tempat pelontaran manjaniq (alat pelontar batu dalam
peperangan) oleh Hasin bin Numayr untuk dihalakan kepada pasukan
Abdullah bin Zubair yang bertahan di Kaabah. Tembakan dengan manjaniq
ini menyebabkan terbakarnya tirai atau kiswah Kaa’bah.
Cerita-cerita yang disebutkan dalam as-Sirah an-Nabawiyah dan Hayat Muhammad (Kehidupan Nabi s.a.w) oleh Dr. Heikal mengenai Jabal Abu Qubais pada umumnya dihubungkan dengan riwayat Muhammad s.a.w sebelum diangkat menjadi Rasul.

Disebutkan pula, bahawa nama bukit itu diambil daripada
nama seorang penduduk daripada Bani Jurhum, iaitu Qubais bin Syalikh,
yang terbunuh di atas jabal (gunung) itu.
Dalam hubungannya dengan Nabi s.a.w, disebutkan bahawa ia pernah dibawa oleh datuknya Abdul Mutalib ke puncak Jabal Qubais untuk berdoa memohon hujan. Nabi s.a.w pada waktu itu masih kecil dan Mekah dilanda kemarau panjang.

Seorang
wanita, Raqiqah binti Abi Saifi bin Hasyim, dalam tidurnya bermimpi
mendengar suara yang mengatakan bahawa dari kalangan kaum Quraisy akan
muncul seorang Nabi.
Suara dalam mimpi itu juga memberinya petunjuk
bagaimana cara meminta hujan agar dikabulkan Tuhan, iaitu penduduk harus
meminta pemimpin mereka (Abdul Mutalib) agar membawa cucunya dan
beberapa orang penduduk untuk berdoa bersama-sama.
Terlebih dahulu
mereka harus bersuci, mencium Hajar Aswad (batu hitam pada Kaabah) dan
bertawaf sebanyak tujuh kali.
Peristiwa lain yang dihubungkan dengan Jabal Qubais adalah peristiwa Hilf al-Fudul. Seorang pemuda daripada Bani Zubaid dizalimi oleh Asif bin Wail, bangsawan Mekah, yang tidak mahu membayar harga barang dagangan yang dibawa pemuda itu.

Orang
ini menemui beberapa pemuda Quraisy untuk meminta pertolongan tetapi
tidak ada seorang pun yang bersedia menolongnya. Kerana kecewa, keesokan
paginya ia naik ke puncak Jabal Abu Qubais dan meneriakkan keluhannya
bahawa dia dizalimi dan berharap ada orang yang dapat menolongnya
menghadapi orang yang menzaliminya.
Seruan orang itu disambut oleh
Zubair bin Abdul Mutalib, bapa saudara Nabi s.a.w. Ia lalu memanggil
tokoh-tokoh Bani Hasyim dan mengadakan perjumpaan di rumah Ibnu Jud’an
yang membuahkan perjanjian Hilf al-Fudul yang bertujuan untuk mengambil
tindakan terhadap Asif bin Wail, sehingga ia membayar harga barang yang
dibelinya daripada orang yang mengadu itu.
Jabal Abu Qubais juga muncul dalam mimpi Atiqah binti Abdul Mutalib di Mekah, tiga hari sebelum meletusnya Perang Badar. Dia bermimpi melihat seorang penunggang unta datang ke Mekah, kemudian masuk ke Masjidil Haram dengan diikuti orang ramai dan naik ke bumbung Kaabah serta berteriak memperingatkan penduduk akan datangnya bencana tiga hari kemudian.

Dari situ, dia turun
dan naik ke Jabal Abu Qubais. Di puncak bukit itu, dia kembali
memperingatkan orang ramai akan datangnya musibah. Setelah itu, dia
mengambil batu besar dan melemparkannya. Setelah sampai ke bawah Jabal
Abu Qubais, batu itu terpecah-pecah menjadi pecahan kecil yang bergerak
memasuki semua rumah di Mekah.
Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. melaksanakan umrah setahun setelah perjanjian Hudaibiah, banyak penduduk Mekah yang naik ke puncak Jabal Abu Qubais dan tempat-tempat tinggi yang lainnya untuk menyaksikan Nabi s.a.w dan sekitar dua ribu orang pengikut baginda melaksanakan umrah.Halaqah

It was very interesting for me to read that blog. Thanks the author for it. I like such topics and everything that is connected to them. I would like to read more soon.
ReplyDeleteDodge A Series Van AC Compressor
Alhamdulillah.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu.