Friday, December 18, 2009

Tulahan : Takut ke masjid kerana masbuk, muafiq

Salam,


Minggu lepas , selepas bawa anak isteri makan angin di Melaka. Penulis terus ke Parit Buntar untuk buat kerja program Klinik Solat yang dirancang sejak pertengahan November.

Klinik Solat ini dibuat untuk anak-anak ahli jamaah di cawangan yang berumur 11 hingga 15 tahun , yuran cuma RM 5.00 untuk makan. Belanja lain ditanggung Kawasan, pemuda dan muslimat.

Ada cawangan yang hantar peserta, ada juga yang tak hantar. Tak tahu tak hantar kerana tak da peserta atau tak hebahkan perkara ini kepada ahli di cawangan. Walaupun begitu, peserta yang hadir mencecah 137 orang, kira ramai la.

Program ini jika dibuat oleh konsultan mungkin yurannya mencecah lebih RM 100. Tapi untuk anak-anak ahli jamaah yuran serendah ini tidak bebankan ibu bapa. Ada peserta yang dibayar oleh cawangan.

Solat tiang agama, ibadah pertama dan paling penting dinilai Allah. Walaupun, anak orang jamaah kalau tak solat atau tak betul solatnya hukumnya tetap berdosa.

Penulis terfikir untuk cadangkan program ini bila PASTI Kawasan anjur Kem Motivasi Solat untuk pelajar PASTI.

Peluang musim cuti sekolah perlu diambil untuk buat program ini. Penulis cadang kepada Pengerusi Lujnah Tarbiyah dan dia setuju buat.


Klinik solat ini makan masa satu hari sahaja, jadi persediaan tak lah terlalu susah. Yang penting kena ada kesungguhan dan rasa tanggungjawab jayakan program ini. Muslimat, pemuda, Nisa dan Unit Amal juga bantu ikut kadarnya.

Sebelum program, penulis minta pengerusi Lujnah Tarbiyah pastikan ada pengisian cara-cara solat jamaah termasuk masbuk dan muafiq. Kenapa penulis nak sangat pengisian tu? kerana faktor itulah yang menyebabkan remaja dan orang muda takut nak solat di surau dan masjid.

Banyak yang kritik orang muda kerana tak berjamaah di surau atau masjid. Sedarkah kita, betapa ramai orang muda yang nak ke masjid tetapi terhenti niat mereka kerana tak tahu macam mana nak masuk solat jika imam dah rukuk.

Pernahkan kita bagi pendedahan kepada mereka. Orang muda takut ke masjid kerana takut salah masa solat berjamaah, malu orang kata. Lebih baik tak payah pergi daripada tanggung malu, solat dekat rumah ja la.

Penulis bukan cakap kosong kerana penulis pernah uji anak murid di sekolah yang berumur 13 hingga 17 tahun. Ramai yang tak tahu.

Penulis jika ada peluang di surau sekolah, penulis panggil pelajar tunjuk praktikal solat jamaah termasuk masbuk dan muafiq supaya apabila mereka keluar dari sekolah mereka tak takut solat di masjid walaupun mereka lambat.

Walaupun penulis bukan ustaz, tanggungjawab ini kena laksanakan. Semua ini akan disoal Yang Maha Kuasa.

Bagi ibu bapa yang ada anak lelaki, kena tunjuk ajar perkara ini. Begitu juga ustaz dan ustazah di sekolah, jangan hanya ajar teori atau melalui buku dalam kelas. Buat secara praktikal, bimbing pelajar.

Berbalik pada program, ibu bapa yang hadir minta buat lagi untuk anak-anak mereka. Penulis harap Lujnah Tarbiyah akan laksanakan walaupun tanpa bantuan penulis. Ramai ustaz2 yang boleh bantu, tak usahlah takut sangat dengan bagi pelbagai alasan.

Kena berani buat kerja jamaah ini, kalau bukan kita yang tolong sapa lagi. Kalau semua ustaz nak jadi pemerhati, sapa yang nak ke depan. Kesian la kepada sorang dua ustaz yang buat kerja jamaah.

Bukan nak buat demontrasi tunjuk perasaan tapi demontrasi tunjuk cara solat kepada pelajar-pelajar.

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...