Sunday, December 22, 2013

Tulahan : Antara parit dan tanjung



Salam,


Bulan sudah penulis ada bersembang dengan Adun kawasan penulis. Penulis beritahunya bahawa dia kira beruntung jadi Adun di kawasan penulis yang ramai ahli jamaah. Selepas jadi wakil rakyat, dalam masa 3 bulan pejabat tak ramai yang datang macam tempat lain.

Penulis kemudian cerita kepadanya tentang seorang Adun jamaah di Kuantan yang sampai sekarang, tiap-tiap hari mesti ada yang datang ke pejabat Adun berkenaan minta bantuan. Kawasan Adun berkenaan tak macam di kawasan penulis, kerana ramai orang keris yang susah dan melarat.

Orang-orang keris ni dah anggap wakil rakyat tempat minta bantuan macam kerajaan. Mereka tak fikir dah bahawa wakil rakyat pembangkang tak dapat peruntukan, yang mereka tahu minta dan minta. Penulis bukan cerita bohong tapi, penulis dengar sendiri kuliah Adun ini dan baca buku nukilan Adun ini.

Penulis bagi tahu Adun kawasan penulis, dana yang disumbang kepada fakir miskin dan anak yatim di kawasan penulis setiap kali Ramadan hampir RM 100 ribu untuk satu parlimen. Namun, Adun ini cari dana lebih RM 200 ribu untuk satu DUN semasa Ramadan lepas.

Macam-macam ujian Adun ini hadapi sejak mula jadi Adun sampai sekarang. Mula jadi Adun berlaku ribut, berpuluh buah rumah rosak dan hilang bumbung. Jika di kawasan penulis, jamaah dan wakil rakat hanya mampu bagi sedikit sumbangan kepada mangsa tapi Adun ini sanggup berusaha cari dana beratus ribu untuk baiki hampir semua rumah yang kena ribut.

Ramai akan bertanya, macam mana Adun ini mudah mendapat dana sumbangan luar? Kerana barakah sumbangan orang ramai yang diberi kepadanya, tidak disimpan lama-lama. Sebaliknya , diserah kepada yang berhak ke atas sumbangan itu. Ibarat makanan yang kita makan perlu dikeluarkan untuk masuk makanan lain. Bacalah buku nukilannya kalau nak tahu.