Saturday, November 16, 2013

Cabaran Kepimpinan Pemuda PAS - Bukan untuk dilabel dan melabel


 
Setelah selesai proses pemilihan kepimpinan baru UMNO, tumpuan pemerhati politik pada masa ini beralih kepada pemilihan kepimpinan PAS yang akan dilaksanakan di dalam Muktamar Agung PAS pada minggu hadapan.

Sebagai sebuah parti politik kedua terbesar di negara ini, PAS tidak boleh mengambil ringan soal pengharapan yang diberikan oleh umum, bukan hanya oleh ahli dan penyokongnya sahaja, malahan seluruh rakyat Malaysia yang mengimpikan wajah baru politik negara yang berintipatikan integriti, kejujuran, keadilan sosial, pengukuhan demokrasi, dan pengupayaan warga.

Dengan wujudnya gelombang kesedaran politik yang makin tinggi sejak pasca Reformasi 1998, tahap pengharapan rakyat kepada kerajaan dan parti-parti politik dalam negara semakin mencabar.

Sebagai sebuah negara membangun, rancangan pembangunan samada dari sudut ekonomi dan sosial, serta persoalan hala tuju negara sentiasa menjadi ujian kepada kemampuan kerajaan yang ada, dan parti-parti politik yang menawarkan diri untuk menjadi kerajaan. 
 
Lebih-lebih lagi sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama (dengan tahap integrasi yang relatifnya masih rendah), kerajaan sentiasa berdepan dengan cabaran sukar untuk mencari garis halus penyelesaian polisi dalam banyak perkara yang umumnya berkait dengan sensiviti kaum dan agama.

Sebagai sebuah parti yang berusaha mendapatkan kekuasaan untuk merealisasikan keadilan pentadbiran Islam, PAS harus mampu memahami pengharapan dan tuntutan ini. 
 
Tentunya, bukan semua rakyat boleh tergerak untuk memberi sokongan kalau PAS hanya sekadar menjanjikan keadilan dengan menjaja di bibir semata-mata konsep Negara Islam, bahkan Negara Berkebajikan sekiranya konsep yang dibawa tidak disokong dengan sikap politik yang benar-benar konsisten dengan keadilan konsep seperti dijanjikan.

Rakyat mendamba sebuah kerajaan yang diyakini dan dilihat bukan sahaja tinggi nilai integriti dan ketelusan dalam pentadbiran tapi juga mampu memandu negara untuk terus maju ekonominya dan sejahtera kehidupan di dalamnya.

Kepimpinan baru PAS terutamanya kepimpinan pelapis di kalangan pemimpin muda di dalam PAS harus tampil menyahut cabaran ini. Cabaran untuk mempersembahkan isi keadilan pentadbiran Islam dengan lebih terbuka untuk dicabar dan kemudiannya diterima oleh rakyat Malaysia.

Thursday, November 14, 2013

Tulahan : Pemilihan AJK PAS Pusat - 18 yang dijangka menang



Salam,

Seramai 61 calon akan bertanding jawatan bagi merebut 18 tempat untuk AJK PAS Pusat . Seramai 11 penyandang akan bertanding mempertahankan jawatan dan penulis jangka 10 daripadanya akan dapat kekal. 10 penyandang ini adalah popular di kalangan perwakilan .

Tinggal 8 tempat lagi bakal jadi rebutan calon yang lain. Sebelum itu, dipaparkan keputusan untuk jawatan AJK PAS Pusat bagi pemilihan yang lalu.

1. Mazlan Aliman, – 804 undi
2. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. – 765 undi
3. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi
4. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi
5. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 721 undi
6. Dzulkefly Ahmad, YB Dr – 702 undi
7. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi
8. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi
9. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi
10. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi
11. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi
12. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz – 527 undi
13. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ Ustaz – 470 undi
14. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi
15. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi
16. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi
17. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi
18. Nuridah Salleh, Ustazah – 416 undi

7 daripada penyandang ini tidak bertanding untuk kali ini kerana beberapa sebab yang penulis tahu dan ada yang penulis tidak tahu mengapa mereka tidak bertanding, kerana jika mereka bertanding peluang menang adalah cerah.

Senarai yang penyandang yang tidak bertanding seperti di bawah :

1- Almarhum Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak – meninggal dunia
2- Ustaz
Abdul Ghani Shamsuddin - Tidak tahu alasan tidak bertanding
3- YB Hj. Abdul Wahid Endut – Tidak tahu alasan tidak bertanding
4-
Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik – Bertanding Naib Presiden
5-
YB Dato’ Ustaz Mohd Amar Abdullah – Bertanding Timbalan Presiden
6- Dato’ Dr. Hassan Mohamad Ali – Dipecat
7- Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman - Uzur


10 penyandang yang bertanding dan dijangka kekal dipilih ialah :

1. Mazlan Aliman
2. YB Dr. Mohd Hatta Md Ramli
3. YB Dato’ Kamarudin Jaffar
4. YB Haji Hanipa Maidin
6. Dr. Dzulkefly Ahmad
6. YB Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa
7. YB Haji Khalid Abd Samad
8. YB Ir. Amiruddin Hamzah
9. Dato’ Dr. Mahfodz Mohamed
10. YB Dr. Siti Mariah Mahmud

8 AJK PAS Pusat dan Setiausaha, 3 Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan yang dilantik sesi lepas seperti di bawah :

1. Nasharudin Mat Isa
2. YB Ustaz Idris Ahmad
3. Tuan Haji Asmuni Awi
4. Tuan Haji Anuar Tahir
5. Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin
6. Tuan Haji Zulkefly Mohammad Omar
7. Abang Ahmad Kerdee Masagus
8. Dr. Muhaimin Sulam
9. Dato' Mustafa Ali - Setiausaha
10. YB Datuk Takiyuddin Hasan – P/Setiausaha
11. YB Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi – P/Setiausaha
12. Ahmad Sabki Yusuf – P/Setiausaha
13. Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man – Ketua Penerangan
14. Dato' Abdul Halim Abdul Rahman – Bendahari

2 penyandang AJK PAS Pusat dan Setiausaha, 2 Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dilantik yang tidak bertanding ialah :

1. Nasharudin Mat Isa – Tidak tahu alasan tidak bertanding
2. Tuan
Haji Asmuni Awi - Tidak tahu alasan tidak bertanding
3. Dato' Mustafa Ali - Tidak tahu alasan tidak bertanding
4. YB Datuk Takiyuddin Hasan – Tidak tahu alasan tidak bertanding
5. Dato' Abdul Halim Abdul Rahman - Tidak tahu alasan tidak bertanding
6. Ahmad Sabki Yusuf - Tidak tahu alasan tidak bertanding
7. Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man – Bertanding Naib Presiden

Fitnah memburukkan pimpinan PAS : Menghukum tanpa tabayun, menyerang tanpa bersemuka

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmTRCIm8cU5LNo4Nv_ygVkwGGuXw9fAboEIXD9Mhv5JFq-4QhiRFRT9KwJH0SPJIiP1Qzymsif6OI5yUoIhDaBevZOmPKzhzIr-TO6zj0vGkvq_iYGY87wNPcNsDSDUEpX2N_0RQeQ9vjq/s1600/a.nizar2.JPGSaya nukilkan amaran yang pernah disebut oleh Ketua Dewan Pemuda PAS sekarang, YB Ustaz Nasrudin Hassan dalam satu wacana beberapa tahun lepas;

“Fitnah ini kesannya lebih dahsyat dari membunuh dan menimbulkan masalah besar kepada tamadun manusia. Ia mewujudkan persengketaan, pertelagahan, dan sampai ke peringkat boleh membawa kepada pembunuhan. Fitnah merupakan senjata paling tua di muka bumi untuk membinasakan pihak lain”.
Beliau juga menambah;
“Saya mempunyai satu tekad, apabila diberi amanah sebagai Ketua Pemuda PAS, saya ingin memastikan setiap anggota khasnya pemuda mengamalkan dasar dan sistem politik berakhlak, bermaruah, berhemah dan bukannya bertunjangkan fitnah. Kita tidak mahu politik berlandaskan kepada menjatuhkan maruah orang lain, politik keji dan jijik”.
Saya jadikan ruh teguran dan amaran di atas sebagai sandaran dalm tulisan saya ini. Di hujung perkongsian ini, empat (4) harapan atau cadangan saya sasarkan wajib dipegang oleh ahli gerakan Islam, khasnya PAS, terutamanya mereka yang terlibat dalam kepimpinan di mana peringkat sekalipun.

Dan yang lebih penting sekali kepimpinan yang menjadi perwakilan di dalam Muktamar PAS Ke-59 nanti kerana mereka bakal menentukan corak pemimpin dan kepimpinan masa hadapan PAS kelak, antaranya;

[1] Jangan sesekali membenarkan apa jua doktrin asobiyyah, atau berlakunya proses pengindoktrinasian bersifat permusuhan dan marah dalam berjamaah (‘adawah dan baghdak) oleh sesiapa sekalipun, walaupun mereka itu bergelar agamawan yang kerap bercakap hal-hal berkaitan agama sekalipun. Kepetahan bercakap tidak sepatutnya dijadikan sebagai faktor utama pemilihan kepimpinan dilakukan.

[2] Namun, jika berlakulah juga perkara sedemikian, tatkala wujudnya fitnah yang membangkitkan sangkaan buruk sesama kepimpinan atau ahli jamaah, maka sama-samalah menegur tindakan sedemikian. Bahkan mintalah pada pihak yang menyampaikannya untuk lakukan pengesahan (tabayyun) atau bersemuka dengan pihak yang dilontarkan dzan atau persepsi buruk tersebut. Haramkanlah diri dari terus menyebar atau meredhai apa sahaja persepsi buruk yang didengari atau dibaca tanpa diselidiki kesahihanya itu.

[3] Yang ketiga menyedihkan, disebabkan perkara itu mutakhir ini berleluasa serangannya di dalam PAS, maka saya berharap mana-mana ahli atau kepimpinan yang pernah terpedaya apa jua tuduhan yang disampaikan oleh pihak-pihak terbabit untuk melakukan penilaian semula pendirian yang diambil tersebut. Seterusnya bertindaklah menggunakan akal dan pertimbangan syarak dalam menentukan kepimpinan menggunakan merit dalam perjuangan dan dakwah, dan bukannya membiarkan emosi atau sentiment kepuakan sebagai faktor sesuatu keputusan itu dilakukan.

Dan terakhir sebagai ketegasan saya, berdasarkan contoh serious yang telah banyak kepimpinan dan ahli PAS lalui sendiri, saya berpesan perkara ke-empat ini hendaklah diberikan perhatian serious;

[4] Saya meminta semua ahli PAS, ahli gerakan Islam atau masyarakat awam untuk cukup berhati-hati tatkala mendengar setiap ucapan atau penulisan khasnya dalam isu “fitnah memburukkan kepimpinan PAS” yang disampaikan oleh dua individu berikut; Ustaz Atiullah Othman dan Ustaz Zaharuddin Mohamad, terutama dalam serangan dan tohmahan mereka pada pimpinan PAS dalam nada marah dan dipenuhi kebencian. Saya pohon untuk elakkan persepsi buruk yang dilemparkan oleh kedua mereka itu dari dijadikan sebagai rujukan khasnya menjelang Muktamar PAS pada minggu hadapan.

Itu sekadar objektif awal tulisan ini diokongsikan kelak. Saya akan kemukakan perbahasan dalam ke-empat perkara di atas.

Wallahu’alam.

---------------------------------------------------

Ikhwah yang dirahmati;

“Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam” juga aku berlindung dari segala kerja manusia yang berhukum bahkan membangunkan apa jua fitnah atas bumi ini…

Wednesday, November 13, 2013

Tulahan : TKP dan NKP - Ku Is , Ust. Khalil sengit, Ahmad Zamri ada peluang



Salam,

PAS and PKR supporters make their presence felt in Sungai Limau. The Malaysian Insider by Najjua Zulkefli, October 23, 2013.
Jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat akan menyaksikan persaingan sengit antara Dr. Raja Ahmad Iskandar ( Ku Is) dengan Ust. Khalil Abdul Hadi.

Penulis kenali Ku Is sejak beliau menjadi SU politik Dato’ Mahfuz yang ketika itu Ketua Pemuda PAS Pusat. Masa itu, nama Ku Is dah dikenali perwakilan pemuda berikutan peranan Ku Is sebagai SU politik Ketua Pemuda.

Ku Is ketika itu , walaupun masih muda sudah menampakkan ciri kepimpinan yang proaktif , ramai menjangka Ku Is bakal menjadi pemimpin muda masa depan.

Selepas menyambung pelajaran ke luar negara, nama Ku Is sudah kurang kedengaran sehinggalah beliau pulang dan terus bergiat dalam Dewan Pemuda PAS Perak. Tak lama selepas itu beliau telah dilantik menjadi Exco Pemuda PAS Pusat memegang Lujnah politik antarabangsa.

Kemudiannya, pemilihan  2011 Ku Is menang jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak dan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat. 

Walaupun  Ku Is menjadi Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ku Is dilihat lebih aktif mengerakkan Dewan Pemuda PAS Perak. Beliau kerap bersuara terhadap isu-isu kritikal di Perak dan kadang isu-isu nasional.

Penulis melihat Ku Is memang bergerak mendepani isu rakyat, tapi kebanyakannya hanya melalui kenyataan media atau sidang akhbar. 

Masih belum nampak keberanian Ku Is berhadapan secara fizikal dengan penguasa zalim sebagaimana Suhaizan Kayat dalam Isu PPSMI dan isu pengambilan tanah rakyat di Johor.

Tulahan : Ketua Pemuda PAS Pusat - Suhaizan ada kelebihan, Kamarulzaman bergelut, Zulhazmi dihina


Salam,

Post Pic

Semasa pemilihan PAS tahun 2011 , penulis di luar negara. Hanya mengikuti perkembangan pemilihan melalui blog dan facebook. Penulis ada membuat jangkaan sendiri pemenang bagi jawatan Timbalan, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat.

Jangkaan penulis semasa pemilihan 2011 hampir 70 % adalah tepat terutama untuk jawatan AJK PAS Pusat. Penulis membuat jangkaan melalui jangkaan kecondongan perwakilan yang mewakili PAS Kawasan.

Bagi pemilihan 2011 perwakilan membuat pemilihan kepada calon-calon yang lama bergiat dalam parti, calon yang bersama semasa susah senang PAS, calon yang berani melawan UMNO, calon yang setia dan kuat bekerja .

Bagaimana dengan pemilihan 2013?Penulis memulakan dengan jawatan Ketua , Timbalan Ketua dan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat . Pada pemilihan 2011, penulis tidak membuat jangkaan pemenang jawatan dalam Dewan Pemuda.

Pada peringkat awal, ada kedengaran Ust. Nik Abduh akan bertanding jawatan ini kerana Ust. Nasarudin akan bertanding jawatan Naib Presiden . Manakala jawatan Timbalan Ketua akan ditandingi Saudara Kamarulzaman Muhammad dan Naib pula Ust. Khalil Abdul Hadi.

Namun, perkara itu tidak berlaku apabila Ust. Nik Abduh tidak berhasrat mempertahankan jawatan dalam Dewan Pemuda dan akan menerima pencalonan bertanding jawatan AJK PAS Pusat. 

Selepas itu, kedengaran pula bahawa Ust. Nasarudin akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda, Saudara Kamarulzaman dan  Ust. Khalil bertanding Timbalan dan Naib Ketua Pemuda.

Bagaimanapun Ust. Nasarudin juga mengumumkan tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda , justeru jawatan Ketua Pemuda perlu diisikan oleh muka baru. 

Faktor inilah kemungkinannya menyebabkan Saudara Kamarulzaman menerima pencalonan bertanding jawatan Ketua Pemuda walaupun sebelum itu namanya disebut akan bertanding jawatan Timbalan Ketua Pemuda.

Begitu juga Ust. Khalil Abdul Hadi yang bertanding jawatan Timbalan Ketua Pemuda, walaupun sebelum itu namanya disebut akan bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda. Manakala , Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat Ir. Khairil Nizam bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda.


Saudara Kamarulzaman, Ust. Khalil dan Ir. Khairil dikatakan calon-calon yang akan meneruskan corak kepimpinan era Ust. Nasarudin dalam Dewan Pemuda PAS Pusat.Umum tahu, Dewan Pemuda PAS Pusat dilihat tidak mendepani isu, tidak berada di tengah-tengah anak muda, tidak berada di medan realiti.