Thursday, January 30, 2014

Tulahan : Dana kebajikan, keluarkan jangan disekat

Salam,


Balik dari luar negara, penulis dapat rasa perbezaan yang cukup ketara harga barang dalam negara terutama barang keperluan. Hanya beza 2 tahun lebih , harga barang memang mencongak naik . Duit RM 100 jika dulu boleh muat sebakul barang, kini tinggal separuh.


Siapa yang tak terasa dengan kenaikan ini? Tak kiralah dia ahli parti apa pun pasti akan terasa. Kecualilah gajinya besar gred DG 51 hingga  pangkat JUSA dalam kerajaan.

Tapi jika sekadar pegawai kerajaan biasa, gaji memang cukup-cukup, kadang-kadang tak cukup untuk menampung keperluan, tambah-tambah jika tinggal di bandar.

Sesetengah sindiran kita dengar, orang kampung, orang felda tak kisah harga barang naik sebab dah kaya-kaya, sebab tu majoriti mereka menyokong BN walaupun PR janji turun harga barang dalam manifesto.

Yang tua-tua pangkat tok wan dan nenek mungkin tak terasa sebab makan dah tak banyak, tak dak sangat cari pucuk paku ka, ulam pegaga ka buat sayur . Tapi yang ada anak ramai, tak kan nak makan pucuk paku hari-hari.

Anak-anak sekolah semua nak pakai duit, bukan boleh lepas  hanya beli pakaian seragam. Nak kena beli dan bayar macam-macam buku , buku PBS, derma PIBG, derma sukan, derma majalah dan macam-macam derma dok ada ( Tak boleh sebut yuran sebab kerajaan dah umum tak ada yuran sekolah).

Itu tak campur, belanja anak ke sekolah hari-hari. Paling sikit RM 3.00, tapi la nasi lemak pun dah berapa harga? Seorang kampung yang penulis jumpa bagi tahu, terima duit kerajaan RM 100 tapi dah keluar untuk derma-derma sekolah dah lebih RM 200.

Tak salah kat sekolah juga, sekolah mana dapat peruntukan beli buku PBS, sekolah mana dapat peruntukan kertas periksa. Ada peruntukan yang kerajaan dah potong. Jadi tak dapat tidak, ibu bapa la sumber dermanya.

Sekarang, penyokong tegar BN mungkin masih bertahan makan kangkung kerana kerajaan dah janji nak bagi  BR1M . Najib dah bagi tahu dengan BR1M tu , dapat tangung kehidupan selama setahun. Itu sindir kita, tapi sebenarnya rata-rata penyokong tegar BN ini adalah mereka yang kehidupan mereka dhaïf, susah dan mudah diperdaya dengan umpan kewangan.

Bagi mereka, pembangkang tak bagi apa-apa, tapi BN ada juga bagi BR1M di kala mereka susah. Sampai bila penyokong tegar ini dapat bertahan menyanjung BN ? Selagi ada umpan sekali sekala yang dilontar oleh pemimpin mereka melalui dana kerajaan.

Namun percayalah, yang atas pagar sekarang ramai yang mengeluh kesal memberi undi pada BN. Hanya terumpan dengan propaganda perkauman dan agama yang ditiup saban hari, mereka terpedaya untuk beri undi. Hari ini, ramai yang dah menyesal, ramai yang maki-maki, ada yang dah sampai tahap tak boleh pandang muka Najib dalam TV.