Salam,
Balik dari luar negara, penulis dapat rasa perbezaan yang cukup ketara harga barang dalam negara terutama barang keperluan. Hanya beza 2 tahun lebih , harga barang memang mencongak naik . Duit RM 100 jika dulu boleh muat sebakul barang, kini tinggal separuh.
Siapa yang tak terasa dengan kenaikan ini? Tak kiralah
dia ahli parti apa pun pasti akan terasa. Kecualilah gajinya besar gred DG 51 hingga
pangkat JUSA dalam kerajaan.
Tapi jika sekadar pegawai kerajaan biasa, gaji memang cukup-cukup,
kadang-kadang tak cukup untuk menampung keperluan, tambah-tambah jika tinggal
di bandar.
Sesetengah sindiran kita dengar, orang kampung, orang
felda tak kisah harga barang naik sebab dah kaya-kaya, sebab tu majoriti mereka
menyokong BN walaupun PR janji turun harga barang dalam manifesto.
Yang tua-tua pangkat tok wan dan nenek mungkin tak
terasa sebab makan dah tak banyak, tak dak sangat cari pucuk paku ka, ulam
pegaga ka buat sayur . Tapi yang ada anak ramai, tak kan nak makan pucuk paku
hari-hari.
Anak-anak sekolah semua nak pakai duit, bukan boleh lepas
hanya beli pakaian seragam. Nak kena beli dan bayar macam-macam
buku , buku PBS, derma PIBG, derma sukan, derma majalah dan macam-macam derma
dok ada ( Tak boleh sebut yuran sebab kerajaan dah umum tak ada yuran sekolah).
Itu tak campur, belanja anak ke sekolah hari-hari.
Paling sikit RM 3.00, tapi la nasi lemak pun dah berapa harga? Seorang kampung
yang penulis jumpa bagi tahu, terima duit kerajaan RM 100 tapi dah keluar untuk
derma-derma sekolah dah lebih RM 200.
Tak salah kat sekolah juga, sekolah mana dapat
peruntukan beli buku PBS, sekolah mana dapat peruntukan kertas periksa. Ada
peruntukan yang kerajaan dah potong. Jadi tak dapat tidak, ibu bapa la sumber
dermanya.
Sekarang, penyokong tegar BN mungkin masih bertahan
makan kangkung kerana kerajaan dah janji nak bagi BR1M . Najib dah bagi tahu dengan BR1M tu ,
dapat tangung kehidupan selama setahun. Itu sindir kita, tapi sebenarnya
rata-rata penyokong tegar BN ini adalah mereka yang kehidupan mereka dhaïf,
susah dan mudah diperdaya dengan umpan kewangan.
Bagi mereka, pembangkang tak bagi apa-apa, tapi BN ada
juga bagi BR1M di kala mereka susah. Sampai bila penyokong tegar ini dapat
bertahan menyanjung BN ? Selagi ada umpan sekali sekala yang dilontar oleh pemimpin
mereka melalui dana kerajaan.
Namun percayalah, yang atas pagar sekarang ramai yang
mengeluh kesal memberi undi pada BN. Hanya terumpan dengan propaganda perkauman
dan agama yang ditiup saban hari, mereka terpedaya untuk beri undi. Hari ini,
ramai yang dah menyesal, ramai yang maki-maki, ada yang dah sampai tahap tak
boleh pandang muka Najib dalam TV.
Peritnya kehidupan rakyat, penulis dapat lihat sendiri semasa naik bas
balik ke rumah dari kawasan penulis. Semasa penulis dah duduk di kerusi, naik
suami isteri bersama dua anak lelaki dalam umur 10 dan 11 tahun . Penulis dok
rasa , mereka akan duduk 4 kerusi tapi tidak, mereka duduk 4 orang di atas 2
kerusi.
Bayangkan bagaimana mereka berempat berhimpit untuk
duduk sejauh perjalanan 6-7 jam, yang si ayah meriba seorang anak, isterinya
meriba seorang lagi. Satu tiket RM 50 lebih , bila 2 tiket dah lebih RM 100,
mungkin tak mampu nak beli tiket untuk anak. Memang nampak susah keluarga ini.
Beberapa hari selepas itu, penulis jumpa lagi seorang
dalam lingkungan 50 tahun berada di hadapan penulis nak ambil duit di ATM. Penulis
dok perhati, dia macam malu-malu nak menekan. Rupanya, penulis dapat lihat baki
dalam banknya RM83.60, dia nak keluarkan RM 50.00.
Melihat kehidupan mereka yang susah di depan mata,
penulis terasa sedih, kenang dulu keluarga penulis pun susah. Apabila mereka
yang susah ini pergi pejabat wakil rakyat. Jika wakil rakyat BN , mereka akan melepaskan
kerja ini kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal .
Namun, masalahnya JKM dan Baitulmal pula bukan senang
nak dapat bantuan, macam-macam prosedur. Bila dengar rintihan mereka yang
susah, bukan sangat pegawai yang atas-atas tak lulus tapi pegawai di bawah yang
banyak karenah. Itu tak kena, ini tak betul sehingga orang susah putus asa nak
minta bantuan mereka.
Sehinggakan ada yang susah terlalu marah kepada Pegawai-pegawai
bawah yang payah sangat nak keluarkan bantuan ni . Mereka yang terkena dengan
karenah pegawai bawah ini selalu berkata “ dok ingat duit kebajikan dan duit
baitulmal itu ‘Bapak Dia Punya’”.
Bagi orang susah yang datang ke pejabat wakil rakyat
PR, jika ada dana maka dapatlah wakil rakyat bantu. Jika tiada maka tiadalah ,
kerana wakil rakyat PR tiada peruntukan di sapu Ketua Bahagian Umno.
Ada juga wakil rakyat PR atau jika dalam PAS , ada
Lujnah Kebajikan PAS kawasan yang aktif cari dana membantu rakyat. Maka,
sekiranya wakil rakyat tiada dana lujnah kebajikan yang ada dana akan
mengeluarkannya.
Dalam keadaan harga barang naik melangit, rakyat
semakin susah penulis terasa sungguh jika pemegang amanah dana dalam PAS juga
berperangai seperti pegawai bawah yang kerja di Pejabat JKM.
Bila , ada yang nak minta derma untuk kebajikan rakyat
, tak mahu keluarkan alasannya dah banyak keluar sedangkan dalam tabung masih
berbelas ribu sumbangan orang ramai.
Penulis tak tahu, apakah yang ada dalam fikiran
pemegang amanah seperti ini. Tidak tahukah, tidak fahamkah akan
janji Allah dalam firmanNya ini :
“Siapakah yang mahu memberi
pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan
Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat
ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan
kepada-Nya-lah kamu dikembalikan”. (QS: Al-Baqorah: 245)
Dari firman Allah diatas sebetulnya
sudah cukup jelas untuk menjadi sebuah petunjuk bagi siapapun yang mahu membaca
dan menelaahnya. Siapapun yang mahu
memberi pinjaman (dalam hal ini yang dimaksudkan adalah Sedekah), maka Allah
akan melipat gandakan pembayaran dengan lipat ganda yang banyak.
Ertinya, bukan saja sedekah yang kita
berikan di jalan Allah itu akan dikembalikan, tapi juga Allah akan mengembalikannya
dengan jumlah yang lebih banyak.
Memang Luar biasa! Ini adalah janji
dari Allah, sebagi pejuang Islam mesti kita mampu mengimani , meyakini perkara ini
untuk kemudian kita laksanakan. Tidak pernah kita dengar orang yang menafkahkan dengan bersedekah ia kemudian
menjadi miskin .
Mungkin pemegang amanah ini ingat ayat ini hanya dituju kepada individu bukan organisasi. Tak fahamkah dia akan
barakah harta. Tak kira individu atau organisasi semuanya termasuk di dalamnya,
tambahan pula kita dalam jamaah.
Janganlah ada dalam fikiran, rasa
takut dana kebajikan akan kurang kerana dikeluarkan kepada mereka yang
memerlukan. Percayalah, dana itu makin bertambah kerana Allah telah berjanji
seperti dalam ayat di atas.
Apa yang penulis takut adalah peringatan
seperti yang Rasulullah SAW bersabda :
“ Tidak ada suatu hari pun yang
seorang hamba bangun pagi melainkan turun dua malaikat ke bumi. Yang satu
berdoa, ‘ Ya Allah, berilah ganti kepada hambaMu yang menafkahkan hartanya’.
Dan yang satu lagi berdoa, ‘Ya Allah, binasakanlah harta orang-orang yang
kedekut’ ” (HR Bukhari)
Bila ada hadis menyebut perkara ini,
penulis takut akan kebinasaan kepada harta jamaah kerana pemegang amanah bersifat demikian.
Allah boleh beri kebinasaan melalui
bencana, kecurian atau apa sahaja yang tidak disangka-sangka.Kena ingat, dana
kebajikan boleh kita simpan berbelas, berpuluh ribu tapi sekelip mata Allah
boleh ambil balik.
Penulis menulis begini kerana ada yang mungkin berfikiran demikian dan merasakan tindakan mereka betul. Mereka berangapan tindakan mereka tidak salah kerana mereka menjaga dana kebajikan dengan baik tidak menyeleweng dan hanya mahu dana kebajikan sentiasa banyak.
Semoga Firman Allah dan hadis Rasulullah SAW di atas menjadi pedoman pemegang amanah yang berfikiran begini.
Mereka juga perlu sedar, dalam masa mereka kata Umno suka sekat bantuan kepada rakyat tapi sedarkah mereka, mereka pun sama berperangai seperti Umno jika sentiasa tahan dana kebajikan daripada dikeluarkan kepada orang miskin dan mereka yang memerlukan.
Semoga Firman Allah dan hadis Rasulullah SAW di atas menjadi pedoman pemegang amanah yang berfikiran begini.
Mereka juga perlu sedar, dalam masa mereka kata Umno suka sekat bantuan kepada rakyat tapi sedarkah mereka, mereka pun sama berperangai seperti Umno jika sentiasa tahan dana kebajikan daripada dikeluarkan kepada orang miskin dan mereka yang memerlukan.
Penulis amat berharap pemegang amanah kebajikan membaca tulisan ini kerana penulis
membaca firman Allah di bawah,
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan bisikan mereka, kecuali
bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau
berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa
yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi
kepadanya pahala yang besar. (QS: An-Nisa: 114)
Wassalam
DG 51..?
ReplyDelete
ReplyDeleteAnwar Jadi MB - Skuad Sayang Selangor Bubar Ganti Terengganu
LIHAT BUKTI DI SINI
LIHAT BUKTI DI SINI
'Please Note'
- Pelaburan jutaan ringgit 'skuad sayang selangor' sepanjang 5 tahun untuk merampas kembali selangor di tangan PKR tidak berhasil. Malah memberi 8 lagi kerusi Dun kepada PR
- Walaupun beribu kali lakonan @ provokasi yang dimainkan oleh media UMNO BN ia tidak lagi relevan untuk Rakyat Selangor. Begitu juga Kelantan dan Pulau Pinang. Ia tetap akan menjadi milik kekal PR.
- Terengganu juga bakal mengikut jejak selangor... Lihat saja pru 13 hanya 2 kerusi sahaja berbeza dan kemerosotan ketara BN..
- UMNO BN akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' dan mengantikan 'Skuad Sayang Terengganu' pula. UMNO BN yakin bila perlaburan jutaan ringgit diberikan kepada rakyat Terengganu terutama anak muda akan mengekalkan Terengganu ditangan mereka
- UMNO BN akan kekal memerintah Terengganu jika pelaburan mereka berjaya dalam 'Skuad Sayang Terengganu'... Lihat saja bukti jelas apabila pelaburan RM15,000 untuk satu keluarga FELDA dapat mengekalkan undi mereka kpd UMNO BN walaupun sedikit merosot... Jadi apa sangat bezanya level pemikiran anak muda FELDA dan Anak muda Terengganu?
- UMNO BN tetap akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' apabila Anwar berjaya menjadi MB selangor. Aura Anwar yang kian kuat kpd anak muda Selangor hanya menjadikan usaha mereka sia2. Lebih baik mereka tumpukan Negeri lain yang juga akan jatuh ke tangan PR...
Akhir Sekali, adakah UMNO BN akan menyumbat kembali Anwar ke penjara untuk tempoh 10 tahun lagi untuk menghalang daripada menjadi MB Selangor??..... Tetapi yang pasti, UMNO BN akan 'ketandusan strategi' untuk merampas kembali Selangor dan menemui 'jalan mati' untuk menarik sokongan pengundi muda dan pengundi baru yang sudah terdidik sejak 5 tahun dulu..