Saturday, January 21, 2012

Usamah bin Zaid, panglima perang termuda kesayangan Rasulullah s.a.w.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipls2CeCguzN1We0MJKhRUhsx7AIz7oHmi3NgOGDpEg9_KECvlAEHanyyOq360gj1yf-wpZrI9xODwtxXte_NvLrzrk9yYHoe7lzGzE1lsrk0CDmNRpN476RbdcjyRD9TTfcPMkClFQno/s320/usamah-bin-zaid.jpg
Pada tahun ketujuh sebelum hijrah, ketika itu Rasulullah saw. sedang dalam kesusahan kerana tindakan kaum Qurasy yang menyakiti beliau dan para sahabat. Kesulitan dan kesusahan berdakwah menyebabkan beliau sentiasa perlu bersabar. 

Dalam suasana seperti itu, tiba-tiba terpercik cahaya memancar memberikan hiburan yang menggembirakan. Seorang pembawa berita memberitahu kepada beliau, “Ummu Aiman melahirkan seorang bayi laki-laki.” 

Wajah Rasulullah berseri-seri kerana gembira menyambut berita tersebut.

Siapakah bayi itu? Sehingga, kelahirannya dapat mengubati hati Rasulullah yang sedang duka, berubah menjadi gembira ? Itulah dia, Usamah bin Zaid.



Orang tua Usamah


Para sahabat tidak merasa aneh bila Rasulullah bersuka-cita dengan kelahiran bayi yang baru itu. Kerana, mereka mengetahui kedudukan kedua orang tuanya di sisi Rasulullah. 

Ibu bayi tersebut seorang wanita Habsyi yang diberkati, terkenal dengan panggilan “Ummu Aiman”. Sesungguhnya Ummu Aiman adalah bekas sahaya ibunda Rasulullah Aminah binti Wahab. 

Dialah yang mengasuh Rasulullah waktu kecil, selagi ibundanya masih hidup. Dia pulalah yang merawat sesudah ibunda wafat. Kerana itu, dalam kehidupan Rasulullah, beliau hampir tidak mengenal ibunda yang mulia, selain Ummu Aiman


Rasulullah menyayangi Ummu Aiman, sebagaimana layaknya sayangnya seroang anak kepada ibunya. Beliau sering berucap, “Ummu Aiman adalah ibuku satu-satunya sesudah ibunda yang mulia wafat, dan satu-satunya keluargaku yang masih ada.” Itulah ibu bayi yang beruntung ini.


Adapun bapanya adalah kesayangan ) Rasulullah, Zaid bin Haritsah. Rasulullah pernah mengangkat Zaid sebagai anak angkatnya sebelum ia memeluk Islam. 

Dia menjadi sahabat beliau dan tempat mempercayakan segala rahsia. Dia menjadi salah seorang anggota keluarga dalam rumah tangga beliau dan orang yang sangat dikasihi dalam Islam.


Kegembiraan Kaum Muslimin dan Sayangnya Rasulullah SAW kepada Usamah


Kaum muslimin turut bergembira dengan kelahiran Usamah bin Zaid, melebihi kegembiraan meraka atas kelahiran bayi-bayi lainnya. Hal itu boleh terjadi kerana tiap-tiap sesuatu yang disukai Rasulullah juga mereka sukai. 

Bila beliau bergembira mereka pun turut bergembira. Bayi yang sangat beruntung itu mereka panggil “Al-Hibb wa Ibnil Hibb” (kesayangan anak kesayangan).


Kaum muslimin tidak berlebih-lebihan memanggil Usamah yang masih bayi itu dengap panggilan tersebut. Kerana, Rasulullah memang sangat menyayangi Usamah sehingga dunia seluruhnya agaknya iri hati. 

Usamah sebaya dengan cucu Rasulullah, Hasan bin Fatimah az-Zahra. Hasan berkulit putih tampan bagaikan bunga yang mengagumkan. Dia sangat mirip dengan datuknya, Rasulullah saw. 

Usamah kulitnya hitam, hidungnya penyek, sangat mirip dengan ibunya wanita Habsyi. Namun, kasih sayang Rasulullah kepada keduanya tiada berbeza. 

Beliau sering mengambil Usamah, lalu meletakkan di salah satu pahanya. Kemudian, diambilnya pula Hasan, dan diletakkannya di paha yang satunya lagi. 

Kemudian, kedua anak itu dirangkul bersama-sama ke dadanya, lalu berkata, “Wahai Allah, saya menyayangi kedua anak ini, maka sayangi pulalah mereka!”


Begitu sayangnya Rasulullah kepada Usamah, pada suatu hari Usamah tersandung pintu sehingga keningnya luka dan berdarah. Rasulullah menyuruh Aisyah membersihkan darah dari luka Usamah, tetapi tidak mampu melakukannya. 

Kerana itu, beliau berdiri mendapatkan Usamah, lalu beliau hisap darah yang keluar dari lukanya dan ludahkan. Sesudah itu, beliau pujuk Usamah dengan kata-kata manis yang menyenangkan hingga hatinya merasa tenteram kembali.


Sebagaimana Rasulullah menyayangi Usamah waktu kecil, tatkala sudah besar beliau juga tetap menyayanginya. Hakim bin Hazam, seorang pemimpin Qurasy, pernah menghadiahkan pakaian mahal kepada Rasulullah. 

Hakam membeli pakaian itu di Yaman dengan harga lima puluh dinar emas dari Yazan, seorang pembesar Yaman. Rasulullah enggan menerima hadiah dari Hakam, sebab ketika itu dia masih musyrik. 

Lalu, pakaian itu dibeli oleh beliau dan hanya dipakainya sekali ketika hari Jumat. Pakaian itu kemudian diberikan kepada Usamah. Usamah sentiasa memakainya pagi dan petang di tengah-tengah para pemuda Muhajirin dan Ansar sebayanya.


Sejak Usamah meningkat remaja, sifat-sifat dan pekerti yang mulia sudah kelihatan pada dirinya, yang memang pantas menjadikannya sebagai kesayangan Rasulullah. 

Dia cerdik dan pintar, bijaksana dan pandai, takwa dan wara. Ia sentiasa menjauhkan diri dari perbuatan tercela.


Dikisahkan bahawasanya pada suatu hari, terjadilah pencurian dimana pelakunya adalah seorang wanita ternama dari bangsa Quraisy, maka kaum Quraisy pun terlena, apa yang semestinya diputuskan terhadap wanita tersebut sedangkan hukuman untuk pencuri adalah potong tangan.

kemudian mereka ingin bertanyakan hal ini kepada Rasulullah SAW namun ketidak beranian yang mereka miliki membuat mereka mundur langkah dan maju langkah. Hingga terbitlah dihati salah seorang diantara mereka bahawasanya orang yang paling berani untuk menanyakan hal ini adalah Usama, kerana dia adalah orang yang paling dekat dan paling dikasihi oleh Rasulullah saw.

Thursday, January 19, 2012

Ummu Waraqah binti Naufal syahid di rumah sendiri


Beliau ialah Ummu Waraqah Binti Abdullah Bin al-Harith Bin 'Uwaimir Bin Naufal. Beliau lebih terkenal dengan nama Ummu Waraqah Binti Naufal iaitu dinasabkan kepada moyangnya yang bernama Naufal. 
 
Tidak diketahui tahun kelahiran dan kewafatannya secara tepat, namun ahli sejarah telah bersependapat bahawa beliau meninggal dunia pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Bin al-Khattab. 
 
Justeru, dapat diketahui bahawa beliau hidup pada zaman Rasulullah, zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, dan zaman pemerintahan Umar al-Khattab. Telah dinyatakan dalam kitab al-Tabaqat al-Kubra bahawa beliau telah syahid pada tahun 22 Hijrah.

Ummu Waraqah merupakan seorang wanita di kalangan Ansar. Beliau merupakan antara wanita Ansar terawal yang beriman dengan risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw dan berbai'ah dengan nabi ketika nabi berhijrah ke Madinah. 
 
Apabila memeluk Islam, beliau berpegang bersungguh-sungguh dengan agama Islam serta mendalami ilmu agama. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan beliau juga merupakan seorang wanita yang banyak menghafaz ayat-ayat al-Quran.

Keunggulan peribadi Ummu Waraqah dapat dilihat apabila Rasulullah SAW sendiri pernah menziarahinya. Ziarah Rasulullah itu adalah sebagai penghormatan kepada Ummu Waraqah yang mempunyai keimanan yang mantap kepada Allah serta memiliki ilmu agama yang tinggi. 


Ummu Waraqah bukan sahaja mempelajari ilmu secara teori semata-mata, tetapi beliau juga berusaha mempraktikkannya sedaya mungkin sehingga beliau berusaha untuk ke medan jihad melawan musuh dalam peristiwa Peperangan Badar, dengan tidak mengetepikan tanggung jawab dalam rumahtangga.

Pada tahun kedua Hijrah, Ummu Waraqah telah mendengar berita bahawa akan berlaku pertembungan di antara orang Islam dengan tentera Musyrikin. 


Lalu beliau bergegas menemui Rasulullah untuk meminta keizinan untuk turut serta dalam usaha jihad tersebut, sekurang-kurangnya sebagai orang yang akan membantu merawat tentera yang cedera, menghulurkan bantuan makanan dan minuman dan memberikan apa jua pertolongan kepada tentera Islam semasa peperangan berlangsung.

Telah disebut di dalam kitab al-Isobah, bahawa Ummu Waraqah telah berkata kepada Rasulullah: 'Wahai Rasulullah, sekiranya engkau memberikan keizinan kepadaku untuk turut serta, nescaya aku dapat memberikan bantuan dan rawatan kepada tentera yang cedera, dan semoga Allah mengurniakan syahid kepadaku'. 


Lalu jawab Rasulullah: 'Wahai Ummu Waraqah, duduklah di rumahmu, sesungguhnya Allah akan mengurniakan syahid di rumahmu'. Semenjak hari itu, Rasulullah telah menggelarkan Ummu Waraqah sebagai 'syahidah' iaitu orang yang syahid. 

Ketika Rasulullah mengajak para sahabat menziarahi Ummu Waraqah, baginda berkata, 'mari kita menziarahi al-syahidah'.

Kehebatan Ummu Waraqah juga dapat dilihat dalam beberapa perkara iaitu:

 
1. Beliau merupakan wanita pertama dalam Islam yang diberi keizinan untuk dilaungkan azan dari dalam rumahnya.

 
2. Beliau wanita pertama yang menjadi imam solat kepada wanita di Madinah.

 
3. Beliau wanita pertama dalam Islam yang digelar 'al-syahidah'.

Ummu Waraqah telah meminta keizinan daripada Rasulullah untuk menjadikan rumahnya sebagai musolla, dan dilaungkan azan dari musolla di rumahnya itu. 


Rasulullah telah memberikan keizinan, justeru terdapat muazzin yang dikhususkan untuk melaungkan azan dari musolla di rumah Ummu Waraqah pada setiap kali masuk waktu solat fardhu. Keadaan ini berterusan sehinggalah Ummu Waraqah meninggal dunia.

Rasulullah saw mengetahui bahawa Ummu Waraqah merupakan seorang wanita yang cerdik, banyak menghafaz ayat al-Quran dan alim dalam ilmu agama. Justeru, Rasulullah menyuruh Ummu Waraqah untuk menjadi imam kepada ahli keluarganya di kalangan wanita. 


Bukan itu sahaja, apabila muazzin mengumandangkan azan dari musolla rumah Ummu Waraqah, wanita-wanita yang tinggal berhampiran dan mendengar seruan azan tadi, akan datang menunaikan solat jamaah yang diimami oleh Ummu Waraqah.

Telah timbul persoalan apakah Ummu Waraqah turut menjadi imam kepada lelaki kerana muazzin yang melaungkan azan itu merupakan seorang lelaki. Al-Syarbasi melalui kitabnya 'Yas'alunaka fi al-Din wa al-Hayat' telah menyatakan bahawa muazzin tersebut hanya melaungkan azan, kemudian beliau akan pergi ke masjid dan menunaikan solat bersama-sama jamaah lelaki. 


Syeikh Ahmad al-Syarbasi juga menyatakan bahawa Ummu Waraqah mengimami solat di rumahnya yang tidak disertai oleh mana-mana lelaki ajnabi.

Usia Ummu Waraqah semakin lanjut, dan anak-anaknya semakin meningkat dewasa. Lalu anak-anak perempuannya berkahwin dan mengikut suami masing-masing dan tidak tinggal lagi bersamanya. 


Sehubungan dengan itu, Ummu Waraqah telah mengambil seorang hamba lelaki dan seorang hamba wanita untuk menguruskan rumahnya. Ummu Waraqah telah menjanjikan kepada hamba-hambanya bahawa mereka akan merdeka dan terlepas daripada belenggu perhambaan selepas kematiannya.

Ummu Waraqah menaruh sepenuh kepercayaan kepada kedua-dua orang hamba tersebut. Beliau tidak melayan mereka sebagai seorang hamba, sebaliknya melayan mereka dengan penuh kebaikan. 


Wednesday, January 18, 2012

Dari mubaligh Hindu kepada pendakwah Islam


Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. 

Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato’ Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. 

Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: “Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran.”

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. 

Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu tekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. 

Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. 

Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Tuesday, January 17, 2012

5 kapal kayu terbesar di dunia


Wyoming (137.16 m)
Kapal terbesar di dunia ini dibuat dari kayu dan dibina pada tahun 1909 oleh perusahaan bernama Percy & Small. Kapal ini panjangnya 137,16 m dan beratnya dianggarkan 4.000 ton. 
 
Wyoming dilengkapi dengan mesin kerek jangkar Hyde dan mesin wap. Salah seorang yang membuat pelaburan untuknya adalah Gabenor Negara Wyoming sehingga kapal diberi nama sebagai Wyoming. Kos pembinaannya hampir $ 175.000.USS 


Dunderberg (115 m)
Kapal kayu  kedua
terbesar yang dibina di New York, Amerika Syarikat. Panjangnya 115 meter, dengan kelajuan 15 knot. 
 
Kapal itu dibina untuk dijual kepada Angkatan Laut AS, walaupun kapal ini tidak selesai dibina sebelum perang American Libration War. 
 
The Dunderberg kemudian ditolak oleh angkatan laut Amerika Syarikat dan kemudian dimusnahkan pada tahun 1874.


Caligula’s Giant Ship (104 m)
Kapal ini digunakan untuk mengangkut obelisk di Lapangan Santo Petrus dari Mesir atas perintah Kaisar Rom Caligula. Kapal Caligula’s Giant panjangnya 104 meter, boleh membawa 800 kru anak kapal. Kapal itu juga dipanggil round ship.

Monday, January 16, 2012

Pengacara `Discovery Chanel’ mendapat hidayah di bawah lautan

 http://shareurs.files.wordpress.com/2010/03/mr-jacques-yves-costeau.jpg
Jika anda termasuk orang yang gemar menonton acara TV `Discovery Chanel’ pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli Oceanografer dan pakar selam terkemuka dari Perancis. 

Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke berbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton oleh seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba Captain Jacques Yves Costeau menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding  yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu menjadikan Mr. Costeau pelik dan mendorongnya untuk mencari jawapan penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. 
 
Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak juga mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
 

Sunday, January 15, 2012

Teguhnya hati Rasulullah

 http://donialsiraj.files.wordpress.com/2011/04/kaligrafi-muhammad-saw.jpg?w=400&h=400

Nabi Muhammad Saw, adalah orang yang terkenal teguh hatinya. Maksudnya, ia sangat taat dalam menjalankan kebenaran. Suatu kebenaran yang datang dari Allah dipertahankannya walau keselamatan beliau terancam.
 
Alkisah, Nabi Muhammad Saw, telah menerima wahyu dari Allah. Nabi diutus kepada seluruh umat manusia untuk menyembah Allah. Sejak itu, Nabi mulai aktif berdakwah sendirian.

Pada awalnya, beliau berdakwah kepada isterinya, lalu kepada kaum keluarganya. Kerana Nabi berasal dari suku Quraisy, beliau sering berdakwah setiap ada perkumpulan suku Quraisy. Nabi tidak mendapatkan banyak sambutan, tetapi lebih banyak cemuhan. 

Semakin lama para tokoh Quraisy mulai gusar juga. Beramai-ramai mereka menemui bapa saudara Nabi, Abu Thalib. Selama ini, beliaulah yang menjadi pelindung Nabi setelah datuk Nabi meninggal. 

Seseorang berkata, ”Hai, Abu Thalib! Kau tahu anak saudaramu itu telah membuat fitnah di halaman rumah kita, bahkan perkumpulan kita. Ia mengatakan sesuatu yang tidak kita sukai. Kami berharap engkau dapat menghentikannya!”

Abu Thalib lalu memanggil puteranya, Aqil. ”Wahai Aqil, pergilah engkau cari Muhammad, dan bawa ia kepadaku!”

Aqil pergi mencari dan mendapati Muhammad berada di sebuah pondok dari deretan rumah Abu Thalib. Lalu, Muhammad berjalan beriringan dengan Aqil. Ia kelihatan susah payah berjalan kerana kelaparan. 

Sedih, sungguh mengenang keadaan junjungan kita ini, hati menjadi tersentuh. Beliau memang sering menahan lapar dan kesejukan ketika sedang berdakwah.