Salam,
Balik hujung
minggu lepas , penulis hadir mesyuarat agung pemuda Pas kawasan penulis.
Rasanya dah 4 tahun penulis tak dapat hadir. 2 tahun kerana tak kena tarikh
penulis balik kawasan , 2 tahun kerana penulis di luar negara.
Mesyuarat agung
pemuda tahun ini ada sikit kelainan dari kebiasaan . Kebiasaannya semua
pencalonan pemimpin pemuda negeri dan pusat diserah kepada jawatankuasa pemuda
kawasan. Trend ini dah berlaku setiap
tahun bukan sahaja untuk mesyuarat agung di kawasan penulis, malah sebahagian
besar kawasan lain di Malaysia.
Pada tahun ini, mesyuarat
agung menerima cadangan untuk perwakilan cawangan membuat undian bagi pencalonan
Ketua,Timbalan dan Naib Ketua pemuda Pas
negeri dan pusat. Bagi jawatan lain diserahkan kepada jawatankuasa pemuda Pas
kawasan.
Tiada bantahan
untuk cadangan ini, menunjukkan perwakilan cawangan mahu mengambil bahagian
dalam menentukan pencalonan pemimpin tertinggi pemuda negeri dan pusat. Lagi
pun bukan nak ambil masa yang lama untuk buat pengundian angkat tangan untuk
tiga jawatan itu.
Sebelum ini,
perwakilan cawangan sentiasa bersetuju apabila dicadangkan pencalonan jawatan
ini diserahkan kepada pemuda Pas kawasan. Kenapa bersetuju? Kerana nak cepat
tamatkan mesyuarat agung.
Walaupun ada pemimpin
pemuda Pas yang dicalonkan oleh perwakilan pada mesyuarat agung Pemuda Pas
kawasan penulis bukan disokong penulis, penulis tidak kisah.
Apa yang penting
bagi penulis , mesyuarat agung pemuda Pas kawasan penulis telah menjadi contoh
kepada Pas kawasan lain untuk turut sama memberi ruang kepada perwakilan Pas
cawangan mencalonkan pemimpin tertinggi Pas.
Penulis amat
bersetuju perwakilan cawangan diberi ruang memilih sendiri calon bagi pemimpin
tertinggi bukan sahaja pemuda malah Pas Pusat. Apabila perwakilan cawangan yang
menentukan pencalonan Pas Kawasan bagi jawatan pemimpin tertinggi, maka pemimpin
yang dicalonkan sebenarnya mendapat sokongan akar umbi parti.
Juru kempen calon
pemimpin tertinggi parti tidak lagi mudah-mudah mendapat pencalonan hanya
kerana hubungan baik dengan pemimpin Pas kawasan. Tidak akan ada lagi, YDP , SU
dan lain-lain Ajk Pas kawasan yang akan dihubungi juru kempen untuk mendapat
pencalonan untuk pemimpin yang dikempen.
Tidak mungkin
jurukempen ini sanggup hubungi semua Ketua dan Ajk Pas cawangan untuk
mendapatkan pencalonan. Bukan satu cawangan malah beribu cawangan Pas yang ada di
Malaysia, pastinya tak terdaya mereka nak berkempen.
Tentu ramai yang
tak setuju, ramai yang marah terutama kepimpinan Pas Kawasan yang dah
berura-ura mencalonkan pemimpin yang mereka sokong melalui mandat yang diberi
perwakilan cawangan dalam mesyuarat agung. Jika perwakilan diberi ruang membuat
pencalonan , hilanglah peluang mereka mencalonkan pemimpin yang disokong.
Ramai orang luar ,
ahli Pas termasuk yang jadi perwakilan cawangan membuat tuduhan Pas menutup
demokrasi kepada akar umbi untuk membuat pemilihan pemimpin tertinggi. Mereka
bandingkan dengan pemilihan Presiden dalam PKR dan Umno yang dipilih di
peringkat akar umbi.
Sebenarnya, ruang demokrasi untuk membuat pencalonan
pemimpin tertinggi Pas terbuka dalam mesyuarat agung Pas Kawasan. Perwakilan Pas Cawangan yang mewakili akar umbi
Pas boleh membuat pencalonan pemimpin tertinggi Pas. Malah, tidak langsung melanggar
perlembagaan parti dan terdapat dalam agenda mesyuarat agung Pas Kawasan.
Mesyuarat agung
Pas kawasan sudah bermula minggu lepas , mesyuarat agung pemuda dan muslimat
banyak yang sudah dijalankan. Kini terpulang kepada perwakilan Pas cawangan
mahu menggunakan peluang yang menjadi hak mereka atau menyerahkannya kepada
jawatankuasa Pas Kawasan.
Melalui mesyuarat
agung Pas kawasan, perwakilan Pas cawangan ada hak untuk mencalonkan pemimpin
tertinggi Pas yang mereka yakin layak
memimpin Pas termasuk Presiden Pas. Andai
berlaku, ada perwakilan Pas cawangan
mencadangkan selain Ust Hadi sebagai Presiden Pas untuk pencalonan Pas
kawasannya. Perwakilan ini tidak patut dipandang serong kerana beliau
menggunakan haknya sebagai perwakilan.
Begitu juga andainya
ada perwakilan contohnya mencalonkan Ust Tuan Ibrahim dan Ust. Hadi untuk
pencalonan Presiden Pas dan Ust. Hadi tewas . Tidak bermakna Pas kawasan ini
boleh dipandang serong kerana bukan jawatankuasa Pas kawasan yang membuat
pencalonan sebaliknya perwakilan Pas cawangan dalam mesyuarat agung.
Bukanlah bermakna
Pas kawasan yang mencalonkan Presiden selain Ust. Hadi dilabel sebagai anti
ulama atau label-label lain kerana perwakilan Pas cawangan yang mengundi
mencalonkan Presiden parti. Hormatilah kehendak perwakilan yang mencalonkan
mana-mana pemimpin PAS sebagai pemimpin tertinggi.
Wassalam
No comments:
Post a Comment