Sunday, November 17, 2013

Tulahan : Pemilihan Naib Presiden - Salahudin, Ust. Tuan hampir pasti, Husam, Mahfuz tidak selamat



Salam,
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioUrsslRuQW3LxiHzvIh1qxDn8Pl32RJi66HPOT7YciSWdnTmw8JIelmuGkU338AvAiGs95ZHbhBg0nVDslsnWTzN-PzlKlKlaPiG5iDxtUQ9K-qlpYeHn1f09JJ6d-co8U1VnOxw_982d/s1600/calon+naib+presiden.jpg
Persaingan untuk jawatan Naib Presiden PAS nampak sengit melibatkan lima calon yang masing-masing ada kewibawaannya. Penyandang Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar,  akan bersaing dengan bekas penyandang Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man, pencabar baru yang merupakan orang lama Ust. Abu Bakar Chik.

Pada peringkat awal ada dua lagi yang mendapat pencalonan disebut-sebut akan turut bertanding iaitu Ust. Idris Ahmad dan Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

Bagaimanapun apabila Ust. Tuan Ibrahim mengumumkan tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden. Kedua-duanya , mengumumkan tidak bertanding jawatan Naib Presiden.

Mahfuz dari Kedah, Salahuddin dari Johor, Husam dari Kelantan, Ust. Tuan Ibrahim dari Pahang dan Ust. Abu Bakar Chik dari Terengganu.

Pemilihan lepas , Ust. Tuan Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden menjadikan berlaku kekosongan . Kekosongan ini berjaya diisi oleh Husam yang sebelum itu bertanding Timbalan Presiden.

Kali ini, Ust Tuan dan Husam kedua-duanya bertanding Naib Presiden menjadikan persaingan yang sengit untuk jawatan ini.


Kepanasan kempen untuk Naib Presiden ini hanyalah antara kelompok perwakilan mahukan ‘ulama’ dan kelompok perwakilan mahukan ‘bukan ulama’. Namun , perwakilan dari kedua-dua kelompok ini adalah terlalu kecil jumlahnya.

Perlu diingat bahawa majoriti daripada perwakilan adalah dari kelompok yang mahu gabungan ulama, aktivis dan profesional.

Majoriti perwakilan tidak terpengaruh terhadap kempen kedua-kedua kelompok ini. Yang banyak terpengaruh adalah mereka yang menjadi perwakilan pemuda. Ini kerana perwakilan pemuda terdedah dengan kempen di media blog dan facebook.

Peratus perwakilan yang melayari blog atau facebook juga sangat kecil. Bukan kerana mereka tidak percaya media internet, tetapi kerana mereka datang dari kawasan luar bandar, umur kebanyakan perwakilan melebihi 50 tahun ke atas, iaitu bukan umur majoriti pelayar blog dan facebook.

Justeru, atas faktor ini penulis menjangkakan Salahuddin dan Ust. Tuan akan mengisi dua jawatan teratas jawatan Naib Presiden.  Ust. Tuan dan Salahuddin dilihat akan menjadi pilihan bagi ketiga-tiga kelompok ini.

Ust. Abu Bakar Chik seperti juga Ust. Idris Ahmad dan Ust. Nik Amar pada sesi lalu bukanlah calon yang popular . Cuma kelompok mahukan ‘ulama’ yang akan memberi  undi kepadanya.

Apabila kelompok mahukan ‘ulama’ memberi undi kepada Ust. Abu Bakar disamping Ust. Tuan dan Salahudin . Husam dan Mahfuz pastinya tidak dapat mendapat undi dari kelompok perwakilan yang mahukan ‘ulama’.

Husam dan Mahfuz akan mendapat undi dari kelompok perwakilan yang mahukan gabungan ulama, aktivis dan profesional . Penentu bagi kedua-dua calon ini mengisi satu lagi tempat adalah kelompok perwakilan yang mahukan ‘bukan ulama’.

Husam dijangka mempunyai peluang cerah berbanding Mahfuz untuk mendapat undi dari kumpulan ini.

Jangkaan penulis untuk jawatan Naib Presiden PAS Pusat.

1. Haji Salahuddin Ayub

2. Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

3. Dato' Paduka Haji Husam Musa

4. Dato' Haji Mahfuz Haji Omar

5. Dato' Abu Bakar Chik

Wasalam

No comments:

Post a Comment