Salam,
siapa admin facebook ini?
Semasa PRK Sungai Limau, penulis balik
untuk pergi ke Sungai Limau. Bila sampai , ada sahabat bagi tahu , malam tu ada
Liqa’ Fikri anjuran Lujnah Tarbiyah Negeri. Penulis tanya dia, bukankah kita
sedang berperang, kenapa tak tangguh aje program tu.
Sahabat bagi tahu, dia pun tak tahu tapi
yang pasti Ajk harian wajib hadir. Penulis cakap kepadanya , membantu kempen di
Sungai Limau itu patutnya lebih diutamakan. Petang tu, penulis pergi ke Sungai
Limau sehingga malam. Ada yang diarah pergi ke Liqa’ Fikri, kerana program
tarbiyah tu wajib.
Dua hari selepas itu, penulis bersama YDP,
TYDP dan wakil rakyat sebelum ke Sungai Limau pergi dulu ke jemputan kenduri
kahwin dalam kawasan. Sebelum keluar dari kenduri kahwin salah satu jemputan,
bertembung dengan seorang AJK Kawasan yang baru sampai.
Setelah bersalam dengan semua, AJK kawasan
ni terus ke belakang kereta nak bagi tahu sesuatu kepada penulis. Penulis
ingatkan dia nak sembang mengenai cawangan atau keahlian tapi dia nak sebut tak
puas hati kerana dalam Liqa’ Fikri , salah seorang pembentang hentam ahli
parlimen kawasan penulis.
Penulis tanya dia tahu mana, dia bagi tahu
dengar dari seorang AJK kawasan baru dilantik yang pergi ke pergi ke Liqa’
Fikri. Dia pun AJK Kawasan yang baru dilantik. Penulis bagi tahu dia, sabar
nanti PAS Kawasan akan ambil tindakan sewajarnya.
Penulis juga bagi tahu, bukan salah
Pesuruhjaya kerana yang anjur program Liqa’ Fikri adalah Lujnah Tarbiyah
Negeri. Penulis tak mahu dia pandang serong kepada Pesuruhjaya yang baru jadi
wakil rakyat di kawasan.
Penulis sebelum ini dah beberapa kali
dengar rungutan AJK Kawasan ke Liqa’ Fikri yang setiap bulan pembentang yang
dijemput menghentam beberapa AJK PAS Pusat. Yang terbaru ini lebih keras, siap
sebut nama ahli parlimen kawasan penulis.
Bayangkan betapa terkejut dan terkelirunya
AJK Kawasan penulis yang baru dilantik pergi ke Liqa ‘ Fikri nak dapat input
tarbiyah, tapi didedahkan dengan tuduhan terhadap ahli parlimen kawasannya.
Jika benar salah ahli parlimen kawasan
penulis kenapa tak diadu kepada lembaga tatertib PAS Pusat, mengapa tidak diadu
kepada Majlis Syura supaya Majlis Syura panggil ahli parlimen kawasan penulis.
Ini tidak, dituduh dan dihukum dalam program lujnah tarbiyah tanpa diberi ruang
beliau membela diri.
Habis keliru ahli PAS yang hadir terutama
yang masih baru hadir ke Liqa’ Fikri. Selepas itu , tersebarlah kekeliruan yang
dibangkitkan pembentang.
Bayangkan , jika pembentang ini diberi ruang membuat
tuduhan ke semua negeri melalui program lujnah tarbiyah dan Dewan ulama.
Penulis juga ada mendengar, bagaimana
program lujnah tarbiyah kawasan tertentu digunakan untuk memburuk dan menuduh
Timbalan Presiden penganut Syiah. Bila ditanya kepada mereka apa bukti tuduhan
mereka itu. Jawapan mereka, maklumat SB.
Kempen memburukkan pimpinan, menabur fitnah
kepada pimpinan semakin giat berlaku terutama di laman maya khususnya facebook.
Pelbagai nama facebook dicipta dan adminnya menggunakan nama palsu.
Pelbagai nama facebook yang jika disenaraikan
terlalu banyak , dan yang paling teruk facebook yang meletak gambar anjing
kepada salah seorang calon Ketua Pemuda serta mengelar anjing kepada Timbalan
Presiden .
Kebanyakan facebook nama samaran ini merupakan
penyokong kepada pimpinan yang mereka anggap ‘ulama’ . Paling banyak facebook
menggunakan nama samaran perempuan seperti latifah
omar, zakiah anas, asmidar zainal, syarifah khaulah.
Sesetengah pimpinan mengatakan semua itu
adalah macai umno, tapi bagi penulis mereka bukan macai umno kerana mereka
banyak tahu tentang dalaman PAS.
Penulis banyak berinteraksi dengan ramai
perwakilan yang penulis kenal bertanya tentang facebook nama samaran ini. Ada
antara mereka yang membuat tanggapan bahawa admin facebook nama samaran ini ada
yang dikenali oleh pimpinan tertentu dalam PAS. Malah, kata mereka bahawa kemungkinan
ada pimpinan tertentu terlibat sama menggunakan facebook nama samaran.
Ada juga yang menyatakan admin kepada facebook
penabur fitnah ini adalah dari kumpulan yang ada hubungan baik dengan geng
Jalur 3. Hujah mereka, corak kempen admin-admin facebook ini sama dengan
perjuangan jalur 3.
Kata mereka lagi, mustahil facebook El-Haraki yang sudah lama beroperasi
menabur fitnah kepada pimpinan tertentu dan mengangkat pemimpin ‘ulama’ tertentu
tidak dapat dikenalpasti adminnya. Malah, menurut mereka jika benar tidak dapat
dikenalpasti adminnya sepatutnya aduan boleh terus dibuat kepada SKMM.
Begitu juga, dengan admin facebook fikrah Islamiah pilihan kami yang
meletak gambar anjing pada gambar seorang calon Ketua Pemuda. Facebook itu
masih beroperasi walaupun pejabat agung menyatakan akan dibuat siasatan.
Pemerhati politik , perwakilan sedang
menunggu hasil siasatan ini, calon Ketua Pemuda yang difitnah pastinya mahu
tahu hasil siasatan kerana beliau diminta tidak membuat laporan polis.
Kumpulan penabur fitnah ini bukan setakat
menggunakan facebook, terkini selain blog sedia ada , mereka mencipta satu blog
dengan nama paswajahbaru dan
meletakkan tulisan-tulisan seolah-olah blog itu kepunyaan pimpinan yang mereka
musuhi. Sedang mereka yang mencipta blog berkenaan untuk mengambarkan
seolah-olah jahatnya pemimpin yang mereka musuhi.
Penulis tidak setuju kepada mana-mana kempen
yang memburukkan pimpinan sama ada oleh admin facebook yang dikenali atau yang
menggunakan nama samaran. Namun, penulis lebih tidak setuju kepada admin-admin
facebook nama samaran kerana mereka hanya berani kerana berselindung disebalik
facebook.
Penulis tidak dapat terima dengan kempen
tidak berakhlak ini. Bukan sahaja penulis, perwakilan yang penulis kenal juga
tidak setuju dengan cara berkempen memburukkan pimpinan sendiri. Hairan juga, dengan
tindakan sesetengah pimpinan yang menekan ‘like’ kepada hujah dan fitnah yang ditabur
admin facebook penabur fitnah ini.
Calon-calon yang disokong admin facebook penabur
fitnah ini juga sepatutnya membuat kenyataan terbuka mengutuk admin facebook
ini kerana mereka akan terpalit sama dengan kempen fitnah ini.
Sekiranya, mereka membiarkan sahaja
facebook penabur fitnah berkempen untuk mereka dalam masa yang sama menabur
fitnah kepada pimpinan lain.
Percayalah,
kesan buruk bukan terkena kepada pemimpin yang difitnah sebaliknya kepada calon
yang disokong facebook penabur fitnah ini.
Perwakilan yang sepatutnya mengundi mereka
akan beralih undi sekiranya melihat kempen kotor melalui facebook penabur
fitnah ini.
Wassalam
Thank you!
ReplyDeleteslotxo